Catatan Popular

Ahad, 24 November 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (40) Alamat orang mati hati dan alamat orang yang hidup hatinya

Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Apa alamat orang mati hati dan apa alamat orang hidup hatinya?
    Jawab: Tanda orang mati hati itu iaitu ketiadaan dukacita atas barang luput daripada ta'at zahir dan batin daripada segala kebaktian, dan meninggalkan menyesal tatakala terbuat segala pekerjaan ma'siat. Tanda orang hidup hati itu ialah dukacita ia atas barang-barang yang luput daripada pekerjaan segala ta'at akan Allah Ta'ala dan sangat menyesal atas barang yang terbuat daripada pekerjaan ma'siat.

Tiada ulasan: