Al Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali R.A, berpendapat akal
memainkan peranan yang penting kepada manusia untuk menerima ilmu pengetahuan.
Beliau merumuskan akal berperanan sebagai gudang ilmu. Dalam erti kata lain
akal berperanan menentukan 'kasta' seseorang manusia pada darjat atau kedudukan
yang baik dan terpuji kerana keilmuan tersebut. Hal ini bertepatan dengan
realiti masyarakat, di mana manusia yang berilmu dan luas pengetahuan dipandang
mulia oleh masyarakat.
Di dalam Al-Quran al-Karim Allah SWT mengulang-ulang perkataan yang berkaitan dengan akal melebihi 50 kali. Ini menunjukkan betapa mulianya akal kepada manusia berbanding makhluk yang lain. Melalui nikmat akal tersebut manusia menerima taklif. Menerusi akal juga manusia mencari petunjuk serta kebenaran untuk menjadikan kehidupan mereka menghala kepada kebaikan dan menjauhi keburukan.
Akal juga sangat luas peranannya kepada kehidupan manusia. Melalui akal manusia berfikir dan mengkaji untuk menjadikan kehidupan lebih bermakna. Akal akan melahirkan idea yang berkesan untuk menentukan baik buruk sesuatu perkara. Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk yang sangat dinamik kerana penganugerahan akal tersebut. Melaluinya manusia mampu mentadbir dan memakmurkan dunia ini bagi melunasi taklif sebagai 'khalifah' serta mematuhi segala perintah dan menjauhi segala laranganNya.
Pun begitu, kemampuan akal adalah terbatas. Akal tidak mampu menanggap atau memikirkan semua perkara. Oleh sebab itu, manusia perlu menyedari dan menginsafi akan hal kejadian mereka yang tidak terlalu sempurna supaya menjadikan kehidupan seimbang dan tidak bersifat angkuh, sombong dan sebagainya. Renungi sejenak! Akal hanya mampu menaakul apa yang berkaitan dengan alam nyata sahaja, sedangkan apa yang menjangkaui alam ghaib akal tidak dapat mengetahuinya kecuali melalui wahyu sebagaimana yang berlaku kepada perutusan para nabi dan rasul Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan