Bercakap mengenai kisah para wali, pemikiran kita
akan tertarik kepada perkara-perkara ajaib yg diluar jangkaan akal manusia yg
mana kadang-kadang menjadi tanda tanya yang sukar untuk mendapatkan jawapan yg
logik dan tepat..diantara kisah yg ingin saya kongsikan adalah satu cerita yg
diberitakan oleh salah seorang wali Allah Zin-Nun Al Misri rahimahullah..
Zin-Nun Al-Misri memulakan ceritanya dengan berkata
: saya bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari sesuatu barang yg
saya perlukannya dari sana. Saya pun menempah suatu tempat disebuah kapal,
ketika mana berangkat, saya melihat ramai sekali penumpang diatas kapal
tersebut, sehingga kapal itu penuh sesak..lalu saya terus mengamati wajah-wajah
penumpang itu,saya terlihat diantaranya ada seorang pemuda yg sangat kacak
rupanya.Wajahnya sinar bercahaya dan dia duduk ditempatnya dalam keadaan tenang
sahaja, manakala penumpang-penumpang lain terus mundar-mandir diatas kapal...
Pada mulanya kapal itu belayar dengan tenang
sekali..kerana barangkali lautnya tenang tidak bergelombang,dan angin pun tidak
bertiup kencang dan kalau ada pun hanya ombak ombak kecil yg biasa
dihadapi.dalam keadaan yg begitu tenang diatas kapal..tiba-tiba kami dikejutkan
dengan satu pemberitahuan umum yg mengatakan bahawa nakhoda kapal itu telah
kehilangan suatu barang yg sangat berharga.dan diminta kepada semua penumpang
kapal duduk ditempat masing-masing,kerana satu penggeledahan kan dilakukan
tidak lama lagi untuk mencari barang yg hilang itu.
Kini semua penumpang kapal kecoh berbicara antara
satu sama lain mengenai barang yang hilang itu. Masing-masing cuba
mengeluarkan...
pendapat bagaimana barang itu boleh hilang. Saya
sendiri berasa hairan!! bagaimana barang nakhoda itu boleh hilang?? apakah
dicuri orang?ataupun barangkali keciciran kerana penumpang diatas kapal itu
terlalu ramai.Kemudian nakhoda kapal itu mengumumkan "semua penumpang
hendaklah berada di tempatnya, kerana kami akan memulakan penggeledahan
sekarang juga."
Penggeledahan pun dimulakan oleh beberapa orang
pegawai kapal itu. Penumpang-penumpang itu semuanya panik.Lalu penggeledahan
dan pemeriksaan dijalankan seorang demi seorang dengan sangat rapi.Setelah
beberapa jam kemudian, barang itu masih belum ditemui.
Akhirnya sampailah giliran seorang pemuda tampan
untuk digeledah. Pada mulanya pemuda itu duduk ditempatnya dengan tenang
sekali,tetapi kerana dia adalah orang yg terakhir diperiksa maka semua
penumpang menumpukan perhatian kepadanya dan bersangka mungkin pemuda inilah
pencuri barang yg hilang itu.
Setelah pemuda tersebut dikasari oleh
pegawai-pegawai kapal itu dalam pemeriksaan maka dia pun melompat ketepi dan
memprotes "saya bukan pencuri, kenapa saya diperlakukan sebegini??"
Lantaran kerana pemuda itu adalah satu-satunya orang
yg membantah, maka pegawai-pegawai kapal tersebut telah menyangka dialah
pencuri barang itu.Mereka mahu menangkapnya, maka pemuda itu pun meronta ronta
lalu terjun ke laut. Semua penumpang menyerbu ke pinggir kapal untuk melihat
pemuda yg terjun ke dalam laut itu.Yang menghairankan,mengapa pemuda itu tidak
tenggelam?? Malah dia duduk di atas permukaan laut itu sebagaimana dia duduk
diatas kerusi dan tidak tenggelam. Pemuda itu lalu berkata dengan suara yg
keras :
"Ya Allah!! Mereka sekalian menuduhku sebagai
pencuri!! Demi Zat Mu,wahai Tuhan Pembela orang yang teraniaya!! Perintahkanlah
semua ikan-ikan dilaut ini supaya timbul dan membawa dimulutnya permata-permata
yg berharga !
Penumpang-penumpang terus merenungkan pandangannya
ke laut di sekitar kapal itu kerana ingin melihat jika benar ikan-ikan itu
membawa dimulutnya permata yang berharga. Saya juga turut memerhatikan
ikan-ikan itu. Memang benar dengan kuasa Allah permintaan pemuda itu dikabulkan
Tuhan,malah beribu-ribu ikan yang timbul dipermukaan air dengan membawa
dimulutnya batu-batu putih yang bercahaya sehingga membuatkan mata-mata yang
memandangnya silau kerananya,semua orang disitu bersorak menepukkan tangan
kepada pemuda itu.
Saya terus tercengang,tidak dapat mengatakan apa-apa
pun.Nakhoda kapal dan pegawai-pegawai kapal itu bingung seolah-olah tidak
percaya apa yang dilihatnya. Lalu pemuda itu berkata" Apakah kamu masih
menuduhku yang mencuri barang itu ? Padahal segala perbendaharaan Allah ada
ditanganku, jika aku mahu aku boleh ambil begitu sahaja ".Kemudian pemuda
itu memerintahkan ikan-ikan itu supaya kembali ketempatnya, maka tenggelamlah
kesemua ikan tadi..Sementara orang-orang di atas kapal itu terus bersorak.
Pemuda itu lalu berdiri di permukaan air itu, kemudian berjalan di atasnya
secepat kilat, sementara lidahnya terus mengucapkan :
اياك نعبدواياك نستعين
Maksudnya :Hanya padaMu sahaja lah Ya Allah kami
sembah dan hanya padaMu jualah tempat kami meminta pertolongan. (Surah
Al-Fatihah : ayat 4 )
Kemudian dia terus menjauhi kami...sehingga hilang
dari pandangan kami. Saya sama sekali tidak menduga bahawa pemuda ini
berkemungkinan termasuk dikalangan Para Wali Allah, yang pernah diterangkan
oleh Rasulullah S.A.W :
Maksudnya:"Akan tetap ada dalam umatku sebanyak
30 orang lelaki, yang mana hati-hati mereka sepadan dengan hati Nabi Allah
Ibrahim A.S. Setiap mati seseorang diantara mereka maka akan diganti oleh Allah
seorang yang lain ditempatnya"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan