Di satu waktu ketika Rasulullah saw bersama para
sahabatnya, lalu baginda mengacukan soalan kepada mereka semua yang hadir,
"Siapakah di antara kalian yang melakukan puasa
yang terus menerus dan tidak henti-henti?’
"Saya wahai Rasulullah saw " Jawab Salman
Al-Farisi yang hadir di tengah-tengah khalayak ramai.
"Siapa yang sentiasa menghidupkan malamnua?"
tanya Nabi saw lagi.
"Saya wahai junjunganku Rasulullah saw,"
Jawab Salman Al-Farisi lagi.
"Siapa yang mengkhatamkan Al-Quran setiap
hari?" Soal Rasulullah lagi.
"Saya juga mengkhatamkannya ya Rasulullah
saw," kata Salman Al-Farisi.
Melihat
keadaan tersebut, sebahagian para sahabat membangkang. Kata mereka,
"Ya Rasulullah saw, Salman adalah orang Parsi.
Dia hanya mahu membanggakan sukunya sahaja terhadap kami. Dia tidak melakukan
puasa terus menerus kerana hampir setiap hari kulihat dia makan seperti biasa.
Dia tidak bangun sepanjang malam kerana kulihat dia tidur hampir sepanjang
malam. Dia juga tidak mengkhatamkan Al-Quran setiap hari kerana kulihat dia
lebih banyak berdiam daripada membaca Al-Quran.
"Wahai Polan, janganlah engkau bersikap agak
meremehkan orang seperti Lukman Al-Hakim ini. Tanyalah kepadanya, kelak nanti
engkau akan mendapat jawapannya " Nasihat Rasulullah saw
"Wahai Salman, bagaimana engkau mengaku
melakukan puasa sunat padahal hampir setiap hari aku melihatmu makan?"
tanyanya
"Benar apa yang kamu duga. Aku hanya berpuasa
sunat selama tiga hari sahaja pada setiap bulan . Tapi Allah berfilman
"Siapa yang melakukan perbuatan baik maka
baginya sepuluh kali ganda seumpamanya ."
Surah Al-Anam – 160
Kemudian aku akan berpuasa pada bukan Syahban yang
kulanjutkan terus sampai bulan Ramadan Semua itu dikatakan sebagai puasa sunat
terus menerus.
"Lalu bagaimana dengan bangun sepanjang malam
yang engkau katakan itu padahal engkau lebih banyak tidur berbanding bangun
pada akhir malam"?" pertanyaan di acukan lagi kepada Salman Al
Farisi.
"Tidak benar apa yang engkau duga. Namun aku
mendengar kekasihku, Rasulullah saw
bersabda :
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan bersuci,
seakan-akan dia menghidupkan malam tersebut. Dan aku sentiasa tidur malam dalam
keadaan bersuci."
"Kemudian bagaimana dengan mengkhatamkan
Al-Quran padahal hampir setiap hari engkau lebih banyak berdiam,"
Aku dengar kekasihku, Rasulullah saw berkata kepada
Ali ra.
"Ya Abal Hassan, kedudukanmu di tengah umatku
seperti kedudukan Qul Huallahu Ahad di dalam Al-Quran. Sesiapa yang membacanya
sekali, maka dia telah membaca sepertiga Al-Quran; sesiapa yang membacanya dua
kali, dia telah membaca dua pertiga Al-Quran dan sesiapa yang membacanya 3
kali, maka dia telah mengkhatamkan Al-Quran.
Sesiapa yang mencintaimu Ya Abal Hassan, sekadar
lidahnya, maka dia telah memperoleh sepertiga dari iman, sesiapa yang
mencintaimu dengan lisan dan hatinya, maka dia telah memperolehi dua pertiga
daripada imam. Sesiapa yang mencintaimu dengan lisan dan hatinya, lalu membantu
(perjuangannya) dengan tangannya, maka sempurnalah imamnya. Demi yang
mengutusku dengan kebenaran, apabila
penghuni bumi ini mencintaimu seperti penghuni langit yang mencintaimu, maka
tidak satu pun dari mereka yang akan diseksa dengan api neraka. Dan aku membaca
Qul Huallahu Ahad setiap hari sebanyak tiga kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan