Diceritakan dari sesetengah orang-orang soleh,
bahawanya dia berkata:
Ketika saya menjadi majzub (orang yang tidak
menghiraukan dunia), semasa khalwat, dan saya berjanji kepada Tuhanku tidak
akan merasakan makanan selama 40 hari.
Apabila saya berada di dalam khalwat itu selama 20 hari, saya sudah tidak tertahan lapar, dan
keadaanku sudah tidak keruan lagi. Maka saya pun keluar dari khalwatku, dan
saya terus tidak sedarkan diri hinggalah saya sampai di pasar.
Ketika saya dalam keadaan begitu, berlalu
dihadapanku seorang fakir, lalu dia memohon kepada Allah satu paun roti, satu
paun daging bakar dan satu paun manisan. Saya merasa hairan terhadap si fakir
ini, dia berlalu dihadapanku, dan dia tidak bertanya sapa kepadaku. Maka aku
berkata di dalam hatiku:
“Si fakir ganjil ini, betapa dia mencita-citakan
makanan yang sedap-sedap ini?! Aku hendak sepotong roti keras, aku tak dapat?!
Sebentar lagi, saya lihat dia datang kepadaku, dan
ditangannya ada semua yang diminta kepda Allah tadi, lalu dia pun memberikannya
kepadaku, seraya berkata:
“Hai manusia! Tahukah siapa orang yang ganjil itu? Biarlah aku yang beritahu kau,
iaitu: Orang yang ganjil itu ialah orang keluar dari khalwatnya kerana
mengingini syahwat dunia, dia lalu membatalkan janjinya dengan Tuhan kerana
hendakkan benda-benda yang baik dan mahal-mahal”
Kemudian dia mengingatkanku lagi: Orang yang hendak
menggulung empat puluh hari itu hendaklah dia menggulungnya sedikit demi
sedikit. Lain kali jangan buat lagi”.
Si fakir itu lalu pergi dari situ, dan sesudah itu
saya tidak pernah melihatnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan