Abu Said Al-Khudri bercerita:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Saat aku memasuki syurga
dalam perjalanan Isra’ Mi’raj dan aku berjalan di bawah pepohonannya, maka
terlihat olehku sebatang pohon besar yang sangat lebat buahnya. Aku lalu
memetik sebiji dari buah-buah itu, lalu dia memecah menjadi empat bahagian.
Dari setiap bahagian dari buah itu keluar pula seorang bidadari, sekiranya ia
menjengukkan wajahnya keluar, niscaya akan terfitnah sekalian penduduk langit
dan bumi. Dan sekiranya mereka mengeluarkan tangannya saja menjadi reduplah
sinar matahari dan bulan. Dan sekiranya mereka tersenyum, niscaya seluruh
langit dan bumi menjadi harum baunya.
Aku bertanya: “Untuk siapakah dirimu ini?”
Orang pertama di antara mereka menjawab: “Hamba ini
ialah calon isteri bagi Abu Bakar As-Shiddiq.”
“Baiklah, kini pergilah anda ke istana yang
disediakan untuk suamimu itu,” kataku kepadanya.
Kemudian aku berpaling pula kepada yang lain, lalu
bertanya pula kepadanya soalan yang sama, iaitu: “Anda pula bakal milik siapa?”
“Hamba adalah calon isteri bagi Umar bin Khattab!”
jawabnya tegas sekali.
“Baiklah, pergilah anda juga ke istana yang
dikhususkan untuk bakal suamimu!” kataku pula.
Aku berpaling kepada yang ketiga, seraya bertanya
dengan soalan yang sama: “Untuk siapa pula anda ini?”
“Hamba ini adalah untuk orang yang telah dipenuhi
segala tubuh badannya dengan darah kesyahidan. Dia itu tiada lain daripada
Usman bin Affan!” jawabnya seperti jawapan teman-temannya yang lain.
“Baiklah, sekarang kembalilah anda ke istana yang
disiapkan untuk bakal suamimu,” kataku kepadanya.
Lalu aku berpaling pula kepada orang yang keempat,
lalu bertanya kepadanya soalan yang sama: “Siapa pula orang yang akan
memilikimu?”
Bidadari itu mendiamkan diri sejenak. Setelah itu ia
pun berkata kepadaku:
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah Ta’ala telah
menciptakan hamba sama seperti kecantikan bentuk dan rupa puterimu Sit Fatimah,
kemudian Allah telah memberi hamba nama yang sama dengan nama Siti Fatimah,
lalu Dia telah mengahwinkanku dengan Ali bin Abu Talib r.a. seribu tahun lebih
dulu daripada Ali mengahwini puterimu Siti Fatimah.”
Demikianlah, mereka itu adalah khalifah-khalifah
Nabi s.a.w. sahabat-sahabatnya serta pembantu-pembantunya. Mereka sekalian akan
berkumpul dengan baginda di syurga yang tinggi.
Moga-moga Allah meridhai mereka sekalian, dan
meridhai kita juga bersama-sama mereka itu, Amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan