Diceritakan daripada Syaikh Abdul Azia Ad-Darani
r.a. bahawasanya dia berkata :
Sekali peristewa aku bersiar-siar bersama-sama
temanku, sehinggalah aku membawa mereka berhenti disebuah kubur diluar kota,
yang aku kenal tuan punya kubur itu. Dia adalah seorang dari Wali Allah yang
dapat membaca apa yang ada didalam hati orang lain. Aku pun berdiri dikepala
kubur itu, membacakan untuknya beberapa ayat Al-Quraan. Selesai membaca aku
terus menangis dengan penuh hiba yang menyebabkan semua rakan-rakan ku merasa
ajaib. Mereka lalu bertanya kepadaku mengapa aku menangis begitu sedih sekali,
apakah ada pertalian kerabat tuan punya kubur itu deanganku.
"Mengapa aku lihat kau menangis terlalu sedih
sekali dikubur ini?"' tanya seorang temanku. Aku berhenti menangis, dan
belum sempat aku memberitahunya, aku telah ditanya oleh temanku yang lain:
"Kubur ini kubur keluargamu!" "Tidak!" jawap ku. "Tapi
ada suatu peristewa yang ajaib antara aku dengan tuan punya kubur ini.
Peristewanya sungguh ajaib sekali, dan aku akan ceritakannya kepada kamu
sekalian".Kata ku.
Aku hendak ambil suatu barang yang aku pelukan
dikampung disebelah sana. Dan barang itu ada ditangan seorang teman. Maka aku
bersiap-siap hendak berangkat, lalu waktu shalat pun sudah masuk. Maka aku
berazam hendak menunaikan shalatku dulu sebelum berangkat pergi. Aku pun
melencong dari jalan menuju ke kampung itu dan mendatangi masjid dimana tuan
punya kubur ini menjadi imamnya. Aku bershalat dengannya sebagai ma'mum, tetapi
aku dapati dia tidak betul bacaannya didalam shalat itu. Perkara itu sungguh
mengacau fikiranku di sepanjang-panjang shalat, dan aku bertekad tidak jadi
pergi ke kampung itu. Malah aku kira lebih baik aku tinggal saja bersama-sama
imam itu dan aku betulkan bacaannya. Biarlah aku tinggalkan keperluannku itu
pada masa yang lain, kerana perkara membetulkan bacaan imam ini adalah lebih
penting dari keperluannku.
Apabila kami selesai shalat, imam itu terus
berpaling kepadaku seraya berkata : "Hai Abdul Aziz! Segeralah berangkat
untuk mendapatkan keperluanmu di kampung sana! Biarkanlah aku dengan bacaanku
yang tidak betul itu dan tidak payahlah engkau menunggu disini untuk mengajar
ku!"
Aku terperanjat mendengar kata-kata imam itu.
Bagaimana ia tahu apa yang aku ingat di dalam hatiku?" Aku pun tidak
banyak bicara lagi, sebab para Wali Allah itu tidak boleh dibantah bicaranya
atau arahannya kerana akibat membantah nya adalah buruk sekali.
Aku pun segera berangkat menuju ke kampung itu dan
pergi kerumah teman yang ada menyimpan keperluanku itu. Mujur sekali, begitu
aku sampai, aku dapati dia sedang bersiap-siap hendak berangkat pula kenegera
lain. Kalau aku lambat sedikit sahaja, tentulah dia pergi meninggalkan
kampungnya itu.
Apabila temanku itu melihat aku datang, dia pun
menyambutku dan memberitahuku bahawa dia akan berangkat kenegeri lain. Dia lalu
menyempurnakan keperluanku yang ada ditangannya itu. Sebaik-baik sahaja aku
mendapat keperluan daripadanya , dia berlalu pergi. Aku sungguh takjub akan
makasyafah (pendedahan) imam itu dari hal temanku yang akan berangkat itu. Jika
aku terlambat tentu saja sia-sia kepergianku ke kampung itu. Tidak lama setelah
peristewa itu berlaku, maka imam masjid itu pun meninggal dunia, dan ini lah
kuburnya yang aku ziarahi ini. Moga-moga Allah memberi rahmat keatas rohnya dan
memberi rahmat kepada kita!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan