Catatan Popular

Rabu, 10 Disember 2014

Untaian Kisah Para Wali Allah (9 :) Keutamaan Nabi Muhammad saw Selawat sebagai maskahwin Nabi Adam as kepada Hawa



 Wahab Ibnu Munabbih ra bercerita,

Saat Allah menciptakan Nabi Adam as serta menghembuskan roh ke tubuhnya, maka terbukalah kedua belah mata Nabi Adam as lalu terpandang olehnya pintu-pintu syurga yang sangat indah lagi mempesona, dan di sana termaktub tulisan yang berbunyi;

maksudnya: "Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah utusan Allah"

Mengetahui yang demikian Nabi Adam as, bertanya "Ya Allah, adakah Tuan memiliki makhluk lain yang lebih mulia dari hamba di sisi Tuan?"

Allah swt berfirman: "Benar, wahai Adam! dia adalah anak cucumu, dan dia adalah Nabi akhir zaman. Aku akan mengutusnya dengan membawa mukjizat yang besar, dialah semulia-mulia utusan, dan ummatnya adalah semulia-mulia ummat!"

Saat Allah swt menciptakan Hawa pula Nabi Adam as sangat terpikat dengannya, dan nafsunya berlonjak-lonjak mengiringinya lalu beliau berkata:

 "Ya Allah, kahwinkanlah hamba dengannya!"

Allah berfirman: "Boleh, tapi mana dia maskahwinnya?"

"Apakah maskahwinnya," tanya Nabi Adam.

"Bacalah selawat kepada Muhammad sebanyak seratus kali, maka Aku akan kahwinkan engkau dengan Hawa"

Maka, Nabi Adam membaca selawat seratus kali, dan dia pun dikahwinkan dengan Hawa.

Tiada ulasan: