NUKILAN HJ SAARI
MOHD YUSOF (PEWARIS KETIGA ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN)
2) HUKUM TAKRUKH
Soalan:
Apakah erti, makna atau maksud takrukh?
Jawapan:
Erti, makna atau maksud takrukh itu adalah menentukan
anggota mana yang sunat dan anggota mana yang wajib, untuk dibawa berjumpa
Allah sewaktu bersolat.
Sebelum kita menunaikan fardu sembahyang (solat),
hendaklah terlebih dahulu kita tentukan dengan faham dan tentukan dengan
mengerti bahawa di dalam bersolat itu, mana satu anggota yang wajib dan mana
satu anggota yang sunat untuk dibawa berjumpa Allah di dalam bersolat. Sebelum
mengerjakan ibadah solat, hendaklah terlebih dahulu kita tentukan anggota yang
mana satu yang sunat dan anggota mana satu yang wajib, untuk dibawa berjumpa
Allah.
Cuba tuan-tuan tanya dan soal diri tuan-tuan sendiri,
selama hidup dan selama mengerjakan fardu sembahyang (solat), apakah sudah kita
hitung, sudahkah kita jumlah atau sudahkah kita kira, manakah anggota yang
wajib dan manakah anggota yang sunat? Sebab apa kita perlu tahu yang mana
anggota sunat dan yang mana anggota wajib? Sebab perlunya untuk kita mengetahui
yang mana satu anggota wajib dan yang mana satu anggota sunat itu, supaya kita
boleh tentukan agar yang wajib itu, tidak sekali-kali ketinggalan atau tidak sekali-kali
kita meninggalkan anggota yang wajib untuk berjumpa Allah Taala. Tujuannya juga
adalah supaya kita sedar, supaya kita tahu dan supaya kita tidak keliru untuk
tidak meninggalkan yang wajib. Jika sekiranya kita tidak tahu perkara sunat,
sudah barang tentu kita tidak sekali-kali akan tahu perkara wajib, jika
sekiranya kita tidak tahu perkara wajib, maka sudah barang tentu tentu, kita
tidak akan tahu perkara sunat.
Soalan:
Bolehkah kita meninggalkan perkara rukun atau perkara
yang wajib?
Jawapan:
Dengan meninggalkan yang sunat, adalah suatu perkara
yang boleh dimaafkan dan perkara yang boleh dikecualikan (boleh tutup sebelah
mata). Namun dengan meninggalkan perkara yang wajib itu, ianya boleh
membatalkan solat (tidak diterima Allah Taala akan ibadah solat kita). Cuba
tuan-tuan tanya kepada diri tuan-tuan sendiri, apakah ibadah solat tuan-tuan
selama ini telah dikerjakan dengan faham? Faham apakah itu anggota wajib dan
apakah itu anggota sunat untuk di bawa semasa bersolat bagi berjumpa dan bagi
menghadap Allah Taala? Jika jawapan tuan-tuan memihak kepada tidak mengetahui
yang mana anggota wajib dan yang mana anggota sunat, apakah ertinya ibadah
solat yang selama ini tuan-tuan kerjakan? Itulah makanya difardukan atas kita
bagi mengetahui hukum qalbi dalam perkara takrukh.
Soalan:
Apakah itu anggota yang sunat untuk dibawa berjumpa
Allah sewaktu bersolat?
Jawapan:
Anggota sunat yang perlu dibawa sewaktu bersolat
(menyatakan Allah) itu, adalah anggota tujuh (seumpama anggota mata, mulut,
telinga, hidung, tangan, kaki dan anggota perut). Itulah sebabnya seandainya
kita tidak ada kaki, kita boleh sembahyang duduk, tidak boleh duduk jika sakit
pinggang, kita boleh sembahyang secara berbaring. Seandainya tidak ada kaki,
tangan, mata, telinga, mulut dan jika kita tidak ada anggota perut sekalipun,
kita dibolehkan (diwajibkan) bersolat. Ini menunjukan bahawa anggota tujuh itu,
adalah perkara sunat sahaja untuk dibawa bertemu Allah ketika bersolat
(menyatakan Allah). Ada atau tidaknya anggota tujuh, tidak diambil kira atau
tidak mengapa kerana ianya tidak termasuk perkara wajib. Adapun baik dan tidak
semestinya adapun lagi baik.
Soalan:
Apakah itu anggota yang wajib untuk dibawa berjumpa
Allah sewaktu bersolat?
Jawapan:
Anggota wajib yang perlu di bawa sewaktu bersolat (menyatakan
Allah) itu, adalah anggota roh. Rohlah yang wajib dibawa untuk bertemu dan
berjumpa Allah. Anggota tubuh kita yang lain, tidak pernah berjumpa Allah.
Adapun roh sahaja yang pernah berjumpa Allah semasa azali, “Alastu
birobbikom, kolu bala syahidna” (“Tidakkah aku ini Tuhanmu”, tanya Allah
kepada roh, “Bahkan engkaulah Tuhanku”, jawab roh kepada Allah. Ini bererti,
roh sudah dan telahpun mengenal Allah sedari mula. Jadi dialah yang mengenal
dan dialah yang layak dibawa berjumpa Allah sewaktu solat. Rohlah anggota yang
tidak boleh tidak dan mesti ada untuk dibawa berjumpa Allah, bukannya anggota
jasad (anggota jasad adalah perkara sunat, manakala anggota roh adalah perkara
wajib).
Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Cuba
tuan-tuan perhatikan betul-betul dalam soal perkara mimpi. Dalam mimpi,
tuan-tuan dapati memanggil isteri, tuan-tuan didapati berlari dan berenang.
Dalam mimpi juga, tuan-tuan telah didapati pergi ke negara orang lain, negeri
orang lain atau ke kampung orang lain, sedangkan di waktu itu, tuan-tuan sedang
berada di atas pembaringan (di atas katil). Sungguhpun begitu, tuan-tuan
didapati memanggil dengan tidak menggunakan mulut, berjalan dengan tidak
menggunakan kaki, berenang dengan tidak menggunakan tangan dan sedang pergi ke
negara, negeri atau kampung orang lain tanpa menaiki kereta atau tanpa menaiki
kapal terbang. Kaki manakah, tangan manakah dan tubuh badan manakah yang tuan
bawa semasa berjalan, berlari, berenang atau terbang semasa di dalam mimpi?
Cuba jawab.
Sedang kaki, tangan atau seluruh anggota tubuh badan
sedang terbaring di atas katil, tetapi tuan-tuan tetap pergi sehingga sampai ke
negara orang yang kedudukan jaraknya beribu batu. Kaki, tangan atau tubuh badan
manakah yang tuan-tuan bawa? Tubuh badan, kaki atau tangan yang inilah yang
hendak kita bawa di ketika atau di waktu kita bersolat untuk menghadap Allah
Taala.
Persoalannya di sini, bagaimanakah caranya untuk
membawa tubuh atau anggota rohani untuk berjumpa Allah sewaktu bersolat? Akan
di sambung dalam kitab yang akan datang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan