NUKILAN HJ SAARI
MOHD YUSOF (PEWARIS KETIGA ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN)
DI SEBALIK FARDU SEMBAHYANG
Siapa Sebenarnya Yang Bersembahyang?
Tuan-tuan yang dirahmati Allah S.W.T sekalian. Semua
orang boleh dan semua orang tahu menunaikan atau mengerjakan rukun sembahyang
(rukun 13) dengan taat. Sayangnya, tidak ramai di kalangan kita yang tahu
mengerjakan sembahyang. Perkara mengerjakan sembahyang dengan perkara
mengerjakan rukun 13 sembahyang itu, adalah suatu perkara yang berbeza dan
suatu perkara yang berlainan (sembahyang dengan rukun sembahyang itu berbeza).
Perkara sembahyang dan perkara rukun sembahyang, akan kita bicarakan pada tajuk
di bawah nanti. Dalam bab ini, mari kita tumpukan perhatian kepada perkara,
siapakah yang sebenar-benar bersolat?
Perlu diingatkan di sini bahawa sebelum kita
mendirikan sembahyang (solat), hendaklah terlebih dahulu kita mengetahui
siapakah sebenar-benarnya yang bersembahyang? Untuk menentukan siapakah yang
bersolat, hendaklah kita mempelajari terlebih dahulu perkara seperti berikut:
1) Sembahyang sebelum sembahyang (solat sebelum solat
atau fardu sebelum fardu)
2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat atau fardu di dalam fardu)
3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat atau fardu sesudah fardu)
2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat atau fardu di dalam fardu)
3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat atau fardu sesudah fardu)
Sesudah kita benar-benar tahu akan ketiga-tiga perkara
di atas, barulah boleh dikatakan yang kita ini benar-benar sembahyang. Barang
siapa yang berhajat untuk mengetahuinya, mari kita sama-sama ikut pelayaran
ilmu ini bersama saya. Pelayaran melalui bahtera makrifat itu, adalah pelayaran
bahtera ilmu yang selalu menempuh gelombang fitnah, tiupan angin sesat yang
kencang dan gelora tuduhan salah yang boleh mendatangkan maut dan karam. Gelora
fitnah di lautan ilmu makrifat ini, selalunya tidak pernah sepi. Namun, barang
siapa yang tahan dengan gelombang, gelora serta ombak lautan fitnah makrifat,
ayuh mari kita sama-sama mengembara.
Sebelum kita berlayar di lautan fitnah ini, terlebih
dahulu saya ingin mengajukan beberapa persoalan kepada tuan-tuan, siapakah yang
bersolat sebelum kita solat? Siapakah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang,
sebelum tuan-tuan bersembahyang? Bolehkah solat kita itu, dibuat-buat sendiri,
ditetapkan, dikerjakan atau diperlakukan dengan kuasa diri kita sendiri?
Bolehkah kita berkuasa untuk berdiri mengerjakan
solat, jika tidak “terlebih dahulu didirikan”? Siapakah yang mendirikan kaki
tuan-tuan, sebelum tuan-tuan berdiri, siapakah yang mendatangkan gerak sebelum
tuan-tuan bergerak untuk bersembahyang? Siapakah yang menetapkan tuan-tuan
untuk mengerjakan sembahyang? Cuba jawab dengan ikhlas, bolehkah kaki kita ini
berdiri tanpa didahulukan oleh berdirinya Allah S.W.T? Bolehkah kita berniat,
sebelum diniatkan terlebih dahulu oleh Allah S.W.T? Bolehkah kita rukuk,
sebelum terlebih dahulu dirukukkan oleh Allah S.W.T? Siapakah yang memulakan
pekerjaan sembahyang, jika tidak dimulai oleh Allah.
Adakah kuasa sembahyang itu, kita? Adakah yang memulai
sembahyang itu, kita? Adakah yang rukuk itu, kita? Adakah yang sujud itu, kita?
Cuba jawab, mana kuasa, mana kudrat dan mana kehendak serta kemahuan kita? Jika
tidak digerakkan, dimulai dan jika tidak bermula dengan kudrat dan iradat
Allah. Jika tidak dengan kehendak, kemahuan dan cita rasa kudrat dan iradat
Allah, bolehkah kita bersembahyang?
Sebelum kita bersembahyang, sebenarnya Allah S.W.T
telah terlebih dahulu mendirikan sembahyang kita di Luh Mahfuz. Sebelum kita
beranak atau sebelum kita dilahirkan ke dunia ini, sebenarnya kita telah pun
didirikan oleh Allah S.W.T untuk bersembahyang. Berdirinya kita untuk
bersembahyang, sebenarnya adalah berdiri yang telah Allah S.W.T dirikan. Kita
sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk mendirikan sembahyang,
semasa di dalam kitab Luh Hul Mahfuz. Allah S.W.T telah terlebih dahulu
mendirikan kita untuk bersolat, semasa di alam sebelum kita dilahirkan, Allah
S.W.T sudah mendirikan kita sembahyang, semasa di dalam perut ibu lagi.
Jika tidak ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam Luh
Hul Mahfuz, masakan kita boleh berdiri sembahyang. Pekerjaan sembahyang yang
kita laksanakan itu, adalah pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh Allah
S.W.T, sedari di alam Luh Hul Mahfuz. Perbuatan kita itu, sebenarnya bukan atas
ketetapan atau kerajinan kita. Kita hanya mengikut garis yang telah Allah S.W.T
tetapkan sedari dahulu. Kita hanya lalu, hanya ikut dan hanya turuti apa yang
telah ditetapkan olehNya.
Kita hanya ikut apa yang sudah Allah S.W.T tetapkan.
Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, bukan pekerjaan baru atau bukan
perbuatan baru, ianya telah sedia ada di dalam kitab Luh Hul Mahfuz. Kita ini,
hanya ajuk atau hanya sekadar melakonkan semula skrip yang telah disiapkan oleh
Allah S.W.T. Kita seolah-olah melakukan pekerjaan yang telah siap dikerjakan
oleh orang lain. Apakah boleh kita mengaku yang sembahyang itu kita punya?
Apakah boleh kita mengaku yang mengerjakan sembahyang itu, kita? Cuba jawab.
Kuasa kaki untuk berdiri sembahyang milik orang.
Kehendak untuk berniat sembahyang, milik orang. Yang menggerakkan solat, milik
orang. Setelah semua seisi solat itu, milik orang, mana yang dikatakan bersolat
itu kita. Cuba jawab?
Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua, adakah
diri tuan-tuan itu, masih bersifat ada? Tidakkah sifat ada itu, hanya bagi
Allah S.W.T? Bilamana Allah S.W.T bersifat ada dan tuan-tuan juga bersifat ada,
tidakkah telah ada dua sifat wujud? Menduakan sifat Allah S.W.T itu, hukumnya
syirik. Barang siapa yang menduakan Allah S.W.T, dosanya tidak akan diampun
olehNya?
Sekiranya tuan-tuan sudah tidak ada, siapakah yang
mengerjakan sembahyang? Hendak kata kita ada, bermakna kita telah menduakan
sifat Allah S.W.T. Hendak kata tidak ada, yang membaca tulisan saya ini siapa?
Hendak kata ada, salah dan hendak kata tidak ada pun salah. Hendak kata ada,
seperti tidak ada dan hendak kata tidak ada, seperti ada. Bagaimanakah
kesudahannya pegangan kita? Adakah kita perlu beriktikad seperti mana biskut Chipmore,
sekejap ada dan sekejap tidak ada? Cuba jawab.
Siapakah sebenar-benarnya yang bersifat ada? Apakah
yang ada itu, kita atau yang ada itu Allah S.W.T ataupun kedua-duanya dan
adakah sekejap ada kita atau sekejap ada Allah S.W.T? Siapakah yang hendak
mengerjakan sembahyang, sekiranya diri kita sudah tidak ada? Sekiranya tidak
ada, ke mana perginya diri kita? Sekiranya kita mengaku bahawa diri kita ada
dan Allah S.W.T juga ada, bermakna sudah kita adakan dua sifat Allah S.W.T. Di
mana tempat duduknya iktikad kita? Beriktikad itu, biarlah putus. Jangan main
sekejap ada sekejap tidak ada.
Bagi mendirikan sembahyang itu, hendaklah dengan
mengunakan anggota kaki. Sekiranya tidak berkaki, bagaimana hendak berdiri?
Siapakah pemilik anggota kaki kita?. Dalam geran asal (dalam rekod kad
pendaftaran yang asal), siapakah sebenarnya yang menjadi pemilik asal yang sah
kepada anggota kaki kita, cuba jawab?
Kaki siapa yang kita guna untuk berdiri? Cuba jawab.
Tentu tuan-tuan takut hendak menjawab bahawasanya kaki itu, kaki Allah S.W.T.
Mana mungkin Allah S.W.T ada kaki? Jika bukan kaki kita dan bukan kaki Allah
S.W.T, kaki siapakah yang kita pakai? Itu baru pertanyaan tentang anggota kaki,
bagaimana pula dengan anggota-anggota kita yang lain. Apakah masih ada lagi
kepunyaan kita? Jika anggota itu bukan kepunyaan dan bukan milik kita, siapakah
yang berdiri untuk bersolat? Kaki siapa, tangan siapa dan tubuh siapa yang
bersolat? Sebelum, semasa dan sesudah itu, tidak sedikitpun tubuh kita ini
milik kita, melainkan segalanya milik Allah. Setelah segalanya milik Allah,
jadi siapakah yang bersolat?
Inilah yang hendak kita perhatikan, hendak kita tilik
dan hendak kita amati betul-betul sebelum mengerjakan solat, supaya solat kita
itu dikerjakan dengan kaedah yang betul (benar), tidak salah atau dikerjakan
dengan cara sebenar-benar mengikut yang dikehendaki oleh solat, bukan hanya
sekadar mengerjakan perbuatan sembahyang (mengerjakan perbuatan rukun 13).
Mari saya sebut lagi sekali, sekiranya segala anggota
tubuh badan (diri) kita ini adalah hak kepunyaan Allah dan hak milik Allah,
apakah lagi yang berbaki untuk kita, yang tersisa dan yang tertinggal untuk
kita? Di sini bererti bahawa segala jasad tubuh badan kita ini, adalah milik
Allah, sekiranya segalanya milik Allah, bererti sebesar zarah sekalipun, tidak
ada hak kita, tidak ada milik kita dan tidak ada kepunyaan kita. Dengan itu,
saya berseru kepada semua muslimin dan muslimat yang di luar sana, agar
insaflah, sedarlah dan percayalah dengan sebenar-benar yakin bahawa
sebenar-benar diri, sebenar-benar milik kita, kepunyaan kita itu, sebenarnya
tidak ada. Yang ada, yang wujud dan yang maujud itu, adalah hanya Allah, hanya
Allah dan hanya Allah.
Bahawa sesungguhnya wal awallu, wal akhiru,
wal zahiru dan wal batinu itu, adalah Allah. Setelah segalanya
telah kembali kepada Allah, manakah lagi adanya diri kita? Itulah sebabnya yang
dikatakan berdiri kiam semasa berdiri solat itu, adalah dikatakan berdiri kiam
(berdiri mati). Kiam itu, adalah bererti mati. Bila saja kita berdiri solat,
itu adalah bererti kita berdiri mati atau bermaksud kita mati.
Semasa berdiri untuk bersolat itu, bererti diri kita
sudah mati, iaitu hendaklah dimatikan diri kita atau diserah kembali diri kita
kepada Allah. Setelah segalanya telah kita serah kepada Allah, itulah yang
dimaksudkan dengan perkataan kiam (mati). Kiamkan dirimu di kala bersolat itu,
adalah bererti hendaklah kita matikan diri di kala bersolat. Setelah kita
berdiri kiam atau berdiri mati, mana mungkin ada lagi gerak kita. Seandainya
kita masih mengaku kita yang bergerak (mengerjakan solat), bererti kita masih
hidup, sedangkan makna, maksud atau erti perkara berdiri kiam itu, adalah
merujuk kepada maksud “berdiri mati”. Bilamana berdiri mati, bererti kita mati,
setelah kita mati, jadilah segala perbuatan solat itu, bukan lagi dikatakan
kita, melainkan segalanya adalah kudrat dan iradat Allah. Untuk lebih jelas,
mari kita ikuti bab di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan