Catatan Popular

Sabtu, 24 Januari 2015

UNTAIAN KISAH PARA WALI ALLAH KE 12 : MENGUCAPAKAN LAILAHA ILLALLAH 70,000 KALI, ALLAH AKAN MERDEKAKANYA DAR API NERAKA neraka.



Ini adalah kisah pengalaman Abu Yazid Al-Qurtubi dalam buku untaian kisah para wali Allah. Ada hadis yang menerangkan bahawa barangsiapa yang menbaca La-ilaha illallah sebanyak 70,000 kali, akan menjadi tebusan baginya dari api neraka. Abu Yazid Al-Qurtubi telah mendengar akan hadis itu, maka beliaupun menyakini dan dan beramal dengannya. Beliau telah membaca La-ilaha illallah 70,000 kali untuk dirinya, 70,000 kali untuk ibunya, 70,000 kali untuk ayahnya dan lain-lain keluarganya juga dibacakannya masing-masing 70,000 kali. Disamping itu beliau juga telah mengerjakan amal-amal soleh yang lain sama ada yang sunat apalagi yang wajib sebagai pelaburan untuk akhirat.

Dikampung Abu Yazid ada seorang pemuda soleh yang kata orang dia ahli kasy-syaf dapat mengetahui perkara-perkara batin dalam waktu-waktu tertentu. Bahkan adakalanya dia menerangkan perkara-perkara batin dalam waktu-waktu tertentu. Bahkan adakalanya dia menerangkan perkara-perkara yang berkenaan dengan syurga dan neraka. Orang ramai mengakui kekeramatan dan kelebihan pemuda itu walaupun dia masih muda kerana sudah banyak terbukti kebenarannya. Abu Yazid juga mengakui akan keistemewaannya. Pada suatu hari dikampung itu ada seorang yang mempunyai hajat. Dia telah menjemput orang ramai agar datang kerumahnya untuk membaca doa selamat dan jamuan makan minum bersama. Maka ramailah yang datang termasuk Abu Yazid Al-Qurtubi dan pemuda kasy-syaf itu juga hadir sama. Apabila bacaan doa telah selesai, jemaah dijemput makan, maka mulailah mereka makan sambil berbual perkara-perkara agama. Tiba-tiba pemuda kasy-syaf itu berteriak kuat, sehingga menyebabkan semua orang yang hadir berhenti makan dan melihat kedanya. 'Wahai Pakcik! Wahai Pakcik......' kata pemuda itu. 'Ada apa, ada apa?' kata orang ramai. 'Ini dia ibuku.' katanya sambil menunjuk dengan tangannya dan menangis. 'Mana..mana?' 'Didalam neraka.' katanya lagi, lalu menangis kuat-kuat. Orang yang hadir kasihan mendengar tangisnya, namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia adalah perkara ghaib.

Abu Yazid Al-Qurtubi sangat kasihan melihat pemuda itu. Dia teringat akan bunyi hadis tentang la-ilaha ilallah 70,000 kali. Sekarang dia ingin membuktikan kebenaran hadis itu. Allah mengilhamkan kepadanya agar dia membaca kalimah Tauhid itu sebanyak 70,000 kali dan menghadiahkannya kepada si ibu pemuda yang katanya ada didalam neraka. Maka dengan senyap-senyap dia mengerakkan bibirnya membaca la-ilahaillallah sehinga tujuh puluh ribu kali. Tak ada seorang pun yang menyedari apa yang dilakukan oleh beliau, kecuali Allah saja yang tahu. Setelah selesai dia berkata dalam hatinya : 'Hadis adalah benar dan orang-orang yang meriwayatkannya adalah benar belaka' Kemudian dia berdoa :'Ya Allah sesungguhnya bacaanku tujuh puluh ribu la-ilaha illallah ini aku hadiahkan kepada ibu pemuda ini sebagai penebusnya dari neraka.' Belum habis dia membaca doa , tiba-tiba sipemuda telah tersenyum gembira sambil berkata : 'Wahai Pakcik, ibu ku telah keluar dari neraka. Alhamdulilahi rabbilalamin'.

Abu Yazid sangat kagum akan kemujaraban kalimah tauhid itu. Sekarang dia bertambah yakin akan kebenaran hadis yang diamalkannya, dan beliau tidak bosan-bosan membaca la-ilaha illallah sebanyak-banyaknya kerana telah menyaksikan sendiri akan hasilnya. Dia juga menyuruh orang lain agar mengamalkan apa yang beliau amalkan. Dia bersyukur kepada Allah kerana telah mengilhamkannya agar membaca la-ilaha illallah ketika si pemuda kasy-syaf menjerit itu. Radiallahuanhum.

Tiada ulasan: