NUKILAN HJ SAARI
MOHD YUSOF (PEWARIS KETIGA ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN)
7) Tabdi
Soalan:
Jawapan:
Makna, maksud atau erti tabdi itu, adalah tetap,
tidak berganjak lagi, tidak bergoyang, tidak was-was, tamat, muktamad, bulat
atau putus.
Peringkat ini, adalah peringkat tidak ada lagi
terpandang yang lain, tidak lagi terpandang zahir dan tidak lagi tertilik
batin, melainkan Allah Taala sahaja wujud yang mutlak, semutlak-mutlaknya, yang
utuh wujudnya (meliputi seru sekalian alam). Peringkat ini, adalah
peringkat:
“La yazuk wala ya arif” bermaksud “Hanya
yang menikmati sahaja yang tahu rasanya”.
“Ana sirrri waana sirruhu” bermaksud “Aku rahsiamu dan kamu rahsia Aku”.
“La Maujud Bil Haqqi Illalah” bermaksud “Tiada yang wujud ini, selain Allah”.
“Ana sirrri waana sirruhu” bermaksud “Aku rahsiamu dan kamu rahsia Aku”.
“La Maujud Bil Haqqi Illalah” bermaksud “Tiada yang wujud ini, selain Allah”.
Mereka yang minum sahaja yang tahu rasa. Untuk
mendapat rasa nikmatnya bersolat dengan hukum qalbi itu, marilah kita sama-sama
rasa. Jika tuan-tuan berhajat untuk mengembara, untuk merasa atau untuk pergi
ke makam (ke peringkat) yang lebih tinggi, ke peringkat yang lebih zuk
atau ke peringkat yang lebih atas lagi, tuan-tuan hendaklah sampai kepada tahap
“tidak ada rasa dan tidak ada zuk”. Itulah makam sebenar-benar tabdi
yang sejati. Jika masih ada rasa atau masih ada zuk, ertinya belum tabdi yang
sejati dan belum zuk sejati.
Tabdi sejati itu, adalah duduknya atau
berpegangnya sehingga sampai kepada tahap yang “tidak lagi berhuruf, tidak
bersuara, tidak berjirim dan tidak lagi berjisim”. Untuk belajar sampai
kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah tuan-tuan sekali
lagi ikut apa saranan saya.
Sekarang saya mahu tuan-tuan masuk ke dapur dan
ambil cawan. Kemudian letakkan cawan itu di hadapan tuan-tuan. Setelah cawan
sudah berada di hadapan mata, jika sudi dan jika boleh sekarang saya mahu
tuan-tuan cuba ambil cawan dan letakkan cawan tersebut ke telinga. Dengar
baik-baik dan perhalusi baik-baik, setelah cawan itu sudah diletak ke telinga,
apakah cawan itu ada berkata-kata? Apakah cawan itu ada mengaku yang dia itu cawan
atau apakah cawan itu ada bersuara dan ada mengaku yang dia itu cawan, cuba
jawab?
Apakah tuan-tuan ada mendengar percakapan cawan,
perkataan cawan atau apakah tuan-tuan mendengar pengakuan cawan? Ternyata cawan
tidak mengatakan yang dia itu cawan, ternyata cawan tidak mengaku yang dia itu
cawan dan ternyata cawan tidak pernah berkata yang dia itu cawan. Sebab apa
cawan tidak mengaku yang dia itu cawan? Sebab cawan tidak mengaku yang dia itu
cawan, adalah kerana sememangnya dia itu cawan (sebabnya cawan itu dah
memang cawan). Cawan tidak perlu mengaku yang dia itu cawan, sebabnya
kerana cawan itu sememangnya sudah cawan. Dia memang sudah cawan, buat apa
perlunya lagi kepada pengakuan. Cawan tidak perlu berkata yang dia itu cawan,
sebab cawan itu sudah sememangnya cawan.
Tidak mengaku cawanpun, dia sudah sememangnya
cawan, jadi buat apa mengaku cawan. Cawan tidak perlu mengaku yang dia itu
cawan, sebabnya dia dah memang cawan sejak azali. Biarpun tidak mengaku yang
dia itu cawan, memang cawan itu tetap cawan. Cawan tidak perlu mengaku yang dia
itu cawan, sebab dia dah memang cawan. Buat apa nak mengaku yang dia itu cawan
sedangkan dia itu sudah sememangnya cawan. Jadi tidak perlu lagi cawan mengaku
yang dia itu cawan, kerana sememangnya dia itu cawan (cawan tidak perlu
mengaku cawan).
Begitulah bagi sesiapa yang berhajat kepada
sebenar-benar bersolat (khusyuk atau zuk) kepada Allah Taala. Bagi
sesiapa yang sudah sampai ke kemuncaknya zuk, penghujung khusyuk dan bagi yang
sudah kemuncaknya tabdi, hendaklah sehingga sampai kepada tahap di mana tidak
terlafaz dan sehingga tidak lagi terucap, “La hurfan wala sautin” (Sehingga
tak berhuruf dan tak bersuara). Inilah baru dikatakan sampai ke makam
tabdi yang sebenar-benar tabdi sejati. Sejati tabdi itu, adalah sehingga
terbuang segala rasa. Jika masih merasa itu dan merasa ini, itu tandanya belum
rasa. Tahap rasa itu, adalah sehingga tidak merasa, tidak merasa itulah yang
dikatakan sebenar-benar rasa.
Solat (sembahyang) dengan hukum qalbi (tabdi)
itu, tidak lagi perlu kepada rasa, khusyuk atau zuk. Mana mungkin garam
mengenal masin. Mana mungkin orang yang sudah mati (berserah) boleh
menerima zuk atau merasa khusyuk? Mana mungkin garam boleh mengenal masin,
kerana garam itu sudah sememangnya masin. Mata tidak akan boleh melihat
penglihatan kerana penglihatan itu, sudah sememangnya mata. Nak rasa apa lagi,
tidakkah yang merasa itu, sudah sememangnya yang dirasa! Yang menilik itu,
adalah juga yang ditilik dan yang disembah itu, adalah juga yang menyembah.
Itulah tahap penghabisan, tahap penghujung atau tahap penamat makam qalbi yang
bernama “tabdi”. Sehingga tidak ada lagi perkara rasa (sehingga
tidak ada rasa, itulah sebenar-benar rasa). Begitu juga dengan perkara
zuk, penamat, penyudah, pemutus atau penghujung zuk atau khusyuk itu, adalah
sehingga sampai kepada tahap hilang rasa dan hilangnya zuk.
Penghujung makrifat itu, adalah sehingga sampai
kepada tahap makrifat. Jika kita duduk pada tahap makrifat, itu adalah tahap
yang belum mengetahui Allah. Bagi sesiapa yang masih duduk pada tahap ilmu
makrifat itu, adalah mereka-mereka yang masih berada atau masih duduk pada
tahap anak tangga perkhabaran (tangga ilmu). Sebenar-benar makrifat
itu, adalah bilamana sudah tidak lagi ada makrifat, itulah sebenar-benar
makrifat yang sejati.
Begitu juga tahap “tabdi”, tahap tabdi
itu, adalah tahap tetap, tahap tak bergoyang, tahap putus, tahap bulat dan
tahap “Ana Sirri Waana Sirruhu”. Sudah tidak ada istilah engkau dan
sudah tidak ada istilah aku. Tahap bersolat dengan hukum qalbi itu, adalah
tahap yang sehingga tidak tahu lagi antara aku atau engkau. Tidak ada istilah
engkau dan sudah tidak ada lagi istilah aku. Tahap duduk yang putus dan duduk
yang sebenar-benar bulat. Tidak ada lagi bahasa untuk menggambarkan tahap
tabdi, melainkan “La ya zuk wala ya arif” ertinya “Orang yang
mengecapi sahaja yang tahu akan rasanya”, orang yang minum sahaja yang
tahu manis atau masinnya air.
Peringkat ini, adalah peringkat hanya Dia yang
mengenal Dia, hanya Dia yang memandang Dia, hanya Dia yang mengingati Dia,
hanya Dia yang menyembah Dia, hanya Dia yang tahu Dia dan hanya Dia yang
seDia-Dianya Dia. Yang Awal, yang Akhir, yang Zahir dan yang Batin itu, adalah
Dia seDia-Dianya Dia!
Kepada yang belum sampai kepada tahap ini,
janganlah hendaknya pandai-pandai untuk memberi komen. Sebelum memberi komen,
sila lihat diri sendiri, apakah tuan-tuan masih ada diri? Jika masih adanya
diri, harap jangan sekali-kali memberi komen tetapi sekiranya tuan-tuan telah
dapati sudah tidak ada keberadaan diri, silalah beri pendapat, kerana pendapat
orang yang sudah tidak ada diri itu, adalah pendapat orang yang sudah mati.
Pendapat orang yang sudah mati itu, adalah pendapat yang bersifat “Ada”,
adapun yang bersifat “Ada” itu, adalah hanya Allah Taala.
Penghujung rasa, penghujung zuk, penghujung
makrifat dan penghujung solat itu, adalah kembalinya kita kepada anak tangga “syariatin”.
Kembalilah kita kepada, “Sunnah Muhamad Rasulullah”.
Dengan penerangan yang tidak sepertinya itu (setakat
yang termampu oleh air tangan Mohd Yusof Cik Wook), moga-moga mendapat
pencerahan olehNya. Itu sajalah yang saya dapat nukilkan ke dalam bentuk bahasa
kalam, supaya dapat dimengerti oleh sesiapa yang dikehendaki Allah. Bagi yang
belum sampai ke dalam lubang ini, janganlah hendaknya pandai-pandai menghukum.
Masuklah sendiri ke dalam lubang ini, semoga tahu akan duduknya perkara.
Bilamana masuk ke dalam lubang ilmu haq, diri tuan-tuan akan tertimbus
bersamanya, di situ baru tuan tahu apakah itu ilmu Tok Kenali Kelantan, ulama
Tok Ku Paloh, Tok Pulau Manis dan ulama-ulama terdahulu yang seumpamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan