Catatan Popular

Ahad, 6 Mei 2018

KITAB NASHAIHUL IBAAD : ENAM YANG HARUS DITAKUTI SESEORANG MUKMIN


Karya Muhammad Nawawi bin 'Umar Al-Jawi  (IMAM NAWAWI NUSANTARA)

Uthman bin Affan r.a berkata : Seorang mukmin seharusnya takut kepada enam perkata iaitu :
1. "Takut kepada ALAH SWT, jangan-jangan ALLAH SWT mencabut keimanannya sewaktu nazak".
2. "Takut kepada malaikat pencatat amal, jangan-jangan mereka menulis amal kita dengan catatan yang sangat memalukan jika diumumkan pada hari Kiamat nanti".
3. "Takut kepada syaitan,jangan-jangan syaitan itu berjaya merosak amal yang kita kerjakan".
4. "Takut kepada malaikat Izrail,jangan-jangan ia mencabut nyawa kita ketika kita lupa kepada ALLAH SWT".
5. "Takut kepada dunia,jangan-jangan dunia itu membuat kita terlena sehingga kita melupakn urusan akhirat kita". dan
6. "Takut kepada keluarga sendiri,jangan-jangan mereka telah menyibukkan kita untuk memenuhi urusan mereka sehingga kita melupakan ketaatan kepada ALLAH SWT".

Tiada ulasan: