Catatan Popular

Ahad, 6 Mei 2018

TIGA CABARAN KEPADA ORANG YANG SABAR


Beberapa faktor yang boleh mengilang dan mengikis sifat sabar pada diri seseorang ialah seperti berikut;

1. Sikap isti’jal, ingin cepat gopoh.

Biasanya tindakan ingin cepat(gopoh) di sebut sebagai tidak sabar. Allah swt menjadikan manusia dengan salah satu sifat manusia ialah suka cepat. Firman Allah swt; al-Anbia’:37.
  
Maksudnya; "Manusia Telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera."

Kerana itulah orang beriman perlu mujahadah untuk melawan sifat isti’jal dan bersabar dalam menunggu hasil sesuatu usaha sebagai para rasul sentiasa sabar dalam usaha dakwah walaupun tidak ramai yang menyambut dakwah yang disampaikan.

Firman Allah swt; al-Ahqaf:35

Maksudnya; "Maka Bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul Telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka."

Sabda Rasulullah s.a.w;



Maksudnya; "Berhati-hati itu daripada Allah dan tergesa-gesa itu daripada syaitan."

Sabda Rasulullah s.a.w;


Maksudnya; "Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa.”

2. Marah.

Apabila seseorang marah maka hilang sifat sabar dalam dirinya. Apabila seseorang marah maka di akan melakukan perbuatan yang diluar dari batas-batas kesabaran. Kerana itulah apabila kita dapat menahan dari sifat marah, kita menjadi orang yang sabar.

Firman Allah swt;

Maksudnya; "Maka Bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya)."
(al-Qalam:48)

3. Putus Asa.

Apabila kita berputus asa bererti kita tidak sabar atas ujian yang menimpa. Kerana itulah haram bagi orang beriman berputus asa. Orang yang putus asa tidak sabar atas apa yang berlaku lalu menyalahkan orang lain dan tidak redha dengan ketetapan Allah swt.

Firman Allah swt;

Maksudnya; "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
( Ali-Imran:139)


Tiada ulasan: