Catatan Popular

Isnin, 8 Oktober 2018

WASIAT- WASIAT IBN ARABI - WASIAT 2: WASIAT SEORANG BIJAK KEPADA ANAK ANAKNYA MENJELANG KEMATIANNYA


Kitab Al-Washaya li Ibn al-‘Arabi

Allah swt berfirman dalam wasiat umum:
“Dia telah mensyariatkan kepadamu agama yang sama seperti yang telah di wasiatkan Nya kepada Nuh yang telah kami wahyukan kepadamu dan yang Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa, Isa iaitu: ‘Tegakkan agama dan jangan berpecah belah didalamnya…’(QS Asy-Syura,43:13)”

Allah SWT memerintahkan agar kita menegakkan agama, yakni ketentuan waktu dalam setiap zaman dan generasi, dan agar kita bersatu di dalam agama itu serta tidak bercerai berai.Tangan atau kekuasaan Allah ada dalam kebersatuan jamaah.
Serigala hanya memakan domba yang jauh dan terpisah dari tawanannya.

Hikmah yang terkandung di dalamnya ialah bahawa Allah tidak mungkin dipahami sebagai Tuhan kecuali dalam hal Nama nama Nya. Dan dalam kumpulan atau jemaah itulah Dia dipahami sebagai Tuhan. Dengan demikian, tangan Allah-yakni kekuasaan Nya ada kebersatuan jamaah.

Seorang bijak (hakim) berwasiat kepada anak anaknya menjelang wafatnya. Mereka adalah satu jemaah. Ia berkata kepada kepada anak anaknya. “bawakan kepadaku beberapa tongkat!”. Kemudian di himpunkan tongkat tongkat itu dan berkata “patahkanlah”. Mereka tidak mampu mematahkannya. Kemudian dipisahkan tongkat tongkat tersebut “ambillah satu persatu dan patahkanlah”. Mereka pun boleh mematahkannya. “Begitulah sekalian setelah sepeninggalanku”

Begitulah juga kita dalam perjuangan DTT dan DTE ini kita  tidak akan mudah dikuasai dan dikalahkan selama kita semua bersatu dalam urusan perjuangan. Akan tetapi, jika kita bercerai berai dan bergerak secara berasingan, maka market maker dan yang lain mampu membinasakan kita.

Demikianlah hukum hukum agama itu.
Jika ia bersatu untuk menegakkan agama Allah, maka dengan pertolongan iman, syaitan dari golongan jin dan manusia tidak  akan dapat menguasainya dan mengalahkannya melalui bisikannya. Para malaikat pun akan mengelilingi dan menolongnya.

Tiada ulasan: