Al-Hujwiri memulakan pembicaraan tentang pentingnya ilmu ialah
dengan bertolak dari ayat Al-Qur`an, antaranya bermaksud;
``Sesungguhnya yang takutkan Allah dari hamba-hambaNya ialah `ulama`.``
(Fatir: 28):
Dia juga mengambil bukti daripada Hadith Rasulullah s.a.w. bermaksaud:
``Menuntut ilmu wajib ke atas setiap orang muslim – dan juga
muslimah.`` Dan Hadith yang bermaksud:
`Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina.``.
Mengenal pasti apa yang dipelajari itu ilmu atau bukan ilmu adalah
penting, agar, apa yang dipelajari adalah benar-benar ilmu, bukan sesuatu yang
khurafat atau karut dan sebagainya.
Ilmu adalah kebenaran. Dan setiap ilmu itu adalah benar. Dia dapat
memandu kepada jalan yang betul. Di dalam hidup kita perlu kepada ilmu – yang
betul agar apa yang kita lakukan betul dan tidak salah. Jika kita gunakan ilmu
berkenaan berfaedah.
Al-Hujwiri membicarakan ilmu kepada pegangan dan amalan. Dia
membahagikan ilmu kepada dua. Iaitu tentang Ketuhanan dan Kealaman.
Mengetahui kedua-kedua keilmuan ini adalah mustahak. Kedua-duanya adalah
berkait. Misalnya untuk mengetahui ketuhanan ialah dengan ada alam ini, kerana
ia tidak boleh terjadi dengan sendiri dan memerlukan kepada yang menjadikannya,
iaitu Tuhan.
Tetapi untuk mengetahui alam dan mengetahui Tuhan adalah dengan ilmu.
Untuk mendapat ilmu perlu kepada berfikir dan menggunakan akal. Misalnya
memahami alam dan muka bumi dari satu segi, ianya teratur dan indah, dan dari
muka buminya kita mendapat rezeki yang menunjukkan ada yang bersifat rahmat dan
kasih sayang. Dia adalah dikenali dengan Tuhan. Dari satu segi lagi, pada
langit dan bumi ada kerosakan-korosakan dan bala bencana yang menyebabkan
kebinasaan dan kematian, memperlihatkan bahawa ada yang berkuasa menyebabkan
kerosakaan, kebinasaan dan kematian. Dia adalah Tuhan. Kedua-dua analogi di
atas adalah menggunakan akal, sebab itu akal penting bagi mempelajari
ilmu. Tanpa akal tidak ditaklifkan seseorang. Melalui akal difahami secara
logik, dengan dalil dan burhan tentang kewujudan Tuhan, melalui akal dapat
dipertimbangkan bahawa alam ini dicipta dan menerima kemungkinan rosak
dan binasa.
Memahami Tuhan dan alam perlukan ilmu.
Memahami tentang Tuhan adalah melalui ilmu akidah seperti mengetahui
tentang Dzat, sifat dan af`al dan memahami tentang alam yang berdepan mata
kepala kita. Ianya dapat disaksi dengan inderawi kita dan akli kita, bahkan
melalui kefahaman terhadap yang alamiah dapat membawa dan mengukuhkan kefahaman
tentang ketuhanan.
Al-Hujwiri juga menyentuh tentang keilmuan yang diterima melalui naqal
(Al-Qur`an dan al-Hadith) dan akal. Daripada naqal dapat diketahui
pengetahuan tentang shari`at yang menurutnya berdasarkan tiga sumber, iaitu:
1)
Al-Qur`an
2)
Sunnah
3)
Ijma`
Al-Hujwiri mengambil pendapat Muhammad bin Fadhl al-Balakhi, bahawa
sumber pegetahuan adalah dua;
1)
Tuhan (secara ma`rifat)
2)
Shari`at (Dari Tuhan).
Al-Hujwiri memberi pendapat yang hampir sama dengan pendapat Al-Imam
Malik tentang perlunya ilmu tasawuf dan tidak terpisah antara syariat dan
kerohanian (tasawuf) sebagaimana katanya:
``Siapa yang bertasawuf dan tidak berfiqah boleh membawa kepada zindiq
dan
Siapa yang berfiqah dan tida bertasawuf boleh membawa kepada fasiq dan,
Siapa yang menghimpun antara keduanya mendapat tahqiq.``.
Di dalam hal ini Al-Hujwiri melihat bagi memahami keilmuan kalam yang
banyak bergantung pada rasional akal perlu kepada zuhud, katanya,
``Siapa yang berbahas secara ilmu kalam tanpa zuhud boleh membawa kepada
zindiq, sebaliknya
Siapa yang puas dengan fiqh tanpa kerohanian hilang mesra dan boleh
berdosa.``
Di dalam hal ini ma`rifat dalam maksud rasional seperti ilmu kalam perlu
kepada kerohanian. Lantaran menuju kepada kebenaran perlu kepada kebersihan
rohani. Diri yang bersih dan mesra ilahi lebih intim dari hanya memahami secara
`kering`. Sebab itu keilmuan yang bersifat kalam, dan shara` yang semata
menekankan kepatuhan perlu disertai kebersihan, kemurnian, keakhlakan dan
kelembutan yang mesra diri dengan Ilahi. Mesra diri dengan ilahi memberi kesan
kepada diri mesra juga dengan manusia dan alam. Konsep bahagia lebih bermakna
secara hati rohani dari hanya secara kefahaman yang `kering` dari unsur hati
rohani.
Al-Hujwiri berprinsip bhawa ilmu ialah ilmu yang benar.
Beliau mengingatkan di dalam menegakkan kebenaran berdasarkan keilmuan
hendaklah menjauhi tiga jenis mereka yang disebut:
1)
`Ulama` yang lalai
2)
Pembaca Al-Qur`an yang munafik
3)
Mereka yang mengutuk apa saja yang
tidak disukai.
Al-Junayd menyebut, bahawa keilmuan dan pengetahuan adalah jalan kepada
kesempurnaan dan jangan jadi bebal dan bodoh sombong !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan