Catatan Popular

Khamis, 22 Ogos 2019

KETIKA BURUNG PIPIT ENGGAN HINGAP DI TANGAN SARRI AS SAQATHI


SARRI AS SAQATHI merasa takjub dengan  seekor burung pipit yang mendatangi ruangan dimana beliau beribadah dan mengajar. Lantas ulama zuhud ini pun selalu memberikan makanan kepada burung itu dengan meletakkan makanan di telapak tangan beliau dan burung itu pun hinggap dan makan di atas telapak tangan tersebut.

Namun pada suatu saat ketika sang pipit datang dan Sarri As Saqathi meletakkan roti di telapak tangan beliau, burung tersebut enggan menghampiri. 

Sampai beliau berfikir mengenai penyebab hingga burung itu enggan mendekat.

Akhirnya Sarri mengetahui bahwa pada saat itu beliau telah memakan garam dengan kualiti baik, hingga beliau berkata dalam hati, ”Aku bertaubat dari makan garam tersebut”.
Setelah itu burung itupun datang memakan roti yang ada di telapak tangan Sarri As Saqathi, dan setelah habis burung itu pun terbang.

Tiada ulasan: