Catatan Popular

Khamis, 22 Ogos 2019

SIRRUL ASRAR : BAB 26 PENUTUP


Pengembara di atas jalan kepada kebenaran mestilah mempunyai
kebijaksanaan, kefahaman dan pengertian yang mendalam akan
fitnah sesuatu. Ini semua merupakan kelayakan awal yang perlu
dimilikinya.

“Allah ciptakan hamba bijaksana dan berkebolehan yang
meninggalkan dunia tempat huru hara mereka ke laut
yang hanya ombak menjadi ujian mereka perbuatan baik
adalah kapal yang menempuh gelombang”.

Orang memasuki jalan ini kerana ada matlamat yang dia tuju.
Perhatiannya tetap teguh kepada matlamat namun, dia tidak
boleh abaikan pentingnya persiapan untuk pengembaraan ini.
Bila dia mempersiapkan diri dia mesti berjaga-jaga jangan ditipu
oleh rupa yang menawan dan dia mesti tidak membebankan
dirinya dengan muatan atau menjadikan perhentian atau stesen
kerohanian sebagai matlamat terakhir.

Orang yang berada pada jalan kerohanian mengatakan segala
perbuatan kepunyaan Yang Menciptakannya, manusia tidak
sepenuhnya bertanggungjawab; di dalam tangannya perbuatan
boleh kelihatan lain daripada apa yang sebenarnya. Allah
berfirman:

“Apakah mereka (berasa) aman (daripada) percubaan
Allah? Kerana tidaklah ada yang berasa aman daripada
percubaan Allah melainkan kaum yang muflis”. (Surah al-
A’raaf, ayat 99).

Inilah dasar bagi jalan ini; meninggalkan semua muatan di
belakang dan bergantung kepada Allah semata-mata, tidak
dibingungkan oleh rangsangan pada stesen-stesen di sepanjang
perjalanan. Dalam hadis Q udsi Allah berfirman:
“Wahai Muhammad! Sampaikan khabar gembira kepada
pendosa-pendosa yang Aku Maha Pengampun. Tetapi
sampaikan kepada mereka yang benar-benar kepunyaan-
Ku dan ikhlas pada niatnya untuk-Ku bahawa Aku sangat
cemburu (terhadap apa yang mereka inginkan di samping
Aku)”.
Kekeramatan yang zahir pada mereka yang hampir dengan Allah
dan Stesen kerohanian yang mereka nyatakan adalah benar.
Tetapi orang-orang yang seperti ini masih tidak terlepas daripada
rangsangan Allah dan ujian-Nya merangsang kepada dosa –
kadang-kadang mereka diberi kejayaan bila mereka mula
berbuat dosa, jadi mereka fikir suasana atau keadaan mereka
adalah milik mereka dan kekeramatan itu juga milik mereka.
Hanya nabi-nabi dan mukjizat mereka yang bebas daripada ujian
demikian. Adalah dikatakan ketakutan kehilangan iman ketika
tercabut nyawa dari badan adalah satu-satunya penjagaan yang
akan menjamin iman pada saat akhir.

Hassan al-Basri pernah berkata bahawa kepada orang yang
hampir dengan Allah berjaya melalui ketakutan mereka terhadap
Allah. Di dalam diri mereka takut jauh lebih kuat daripada harap
kerana mereka tahu bahayanya diperbodohkan oleh sifat semula
jadi manusia. Tipu daya ini menarik manusia keluar daripada
jalan tanpa mereka menyedarinya. Dia juga berkata orang yang
sihat takutkan penyakit dan harapannya adalah sedikit,
sementara orang yang berpenyakit tidak lagi takutkan ditimpa
penyakit dan harapannya untuk sihat bertambah.
Nabi s.a.w bersabda,
“Jika ditimbang takut dan harap pada orang beriman
kedua-duanya adalah sama” .
Dengan rahmat Allah, ketika saat akhir kita, Allah lebihkan
harapan kita daripada ketakutan. Nabi s.a.w bersabda,
“ Semua umatku akan menghembuskan nafas terakhirnya
dengan kepercayaan dan harapan kepada rahmat Allah” ,
kerana Allah menjanjikan,
“Keampunan-Ku meliputi segala-galanya” , dan,
“Rahmat-Ku mendahului murka-Ku”.
Allah Maha Pemurah, Penyayang dan Pengampun, tentu sekali
para hamba boleh bergantung kepada-Nya. Namun pengembara
pada jalan kerohanian mesti takut dan menyelamatkan dirinya
daripada kemurkaan Allah. Untuk itu perlu dia serahkan semua
yang dimilikinya – dirinya sendiri, kewujudannya – letakkan
segala-galanya di kaki-Nya dan berlindung dengan-Nya di dalam-
Nya.

Wahai pencari. Duduklah di atas lutut kamu di hadapan Tuhan
kamu! Akui dan bertaubat terhadap kesalahan-kesalahan kamu!
Tanggalkan daripada diri kamu segala kewujudan kebendaan!
Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa kamu yang lalu dan
nantikan di pintu keampunan-Nya tanpa membawa apa-apa,
dalam keadaan berhajat penuh kepada-Nya! Jika kamu lakukan
ini tentunya kamu akan menerima rahmat-Nya, berkat-Nya,
makrifat-Nya, kasih-Nya dan belas kasihan-Nya; dan semua
dosa-dosa kamu dan kekotoran kamu akan hancur dan terlucut
daripada kamu. Kerana Dia jualah Maha Besar, Pemurah,
Penyayang, Tuhan yang kekal abadi, Maha Berkuasa!
Kami memohon keselamatan dan kesejahteraan ke atas
penghulu kami Nabi Muhamamd s.a.w, keturunan baginda,
sahabat-sahabat baginda dan sekalian pengikut baginda. Segala
puji dan syukur kepunyaan Allah; kami serahkan segala-galanya
ke dalam tangan-Nya.
AMIN!

Tiada ulasan: