Catatan Popular

Rabu, 3 Julai 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (8) Ma'rifat - wahdat al-wujud



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

52. Soal: Manakah ma'rifat haqiqat yang wajib diketahui agar terlepas daripada syirik?
Jawab: Haqiqat itu engkau pandang dengan cahaya yang dipetaruhkan Allah Ta'ala pada tengah hatimu akan haqiqat dirimu dan apa yang ada pada dirimu dan pandang daripada Allah kepadamu.


53. Soal: Apa yang daripadamu dan apa yang daripada Allah kepada kamu?
Jawab: Daripadamu itu hina, faqir, dha'if, lemah, itulah bahagian darimu. Manakala mulia, kaya, kuat, dan kuasa, maka inilah yang daripada Allah Ta'ala kepada kamu. Mulia engkau itu ialah mulia Allah Ta'ala, kaya engkau itu kaya Allah Ta'ala, kuat engkau itu ialah kuat Allah Ta'ala, kuasa engkau itu adalah kuasa Allah Ta'ala. Maka fana'kanlah muliamu itu dalam mulia Allah Ta'la. Fana'kanlah kayamu itu dalam kaya Allah Ta'ala. Fana'kanlah kuatmu dalam kekuatan Allah Ta'la. Fana'kanlah kuasamu dalam kuasa Allah. Tiada satu dzarah dan dirimu pada hakikatnya hanya semata-mata anugerah Allah Ta'ala kepadamu. Fikirkan asal kamu itu 'adam (tiada) maka Allah anugerah kepadamu dengan didatangkan ni'mat. Mengadakan dikau dengan tiada kerana 'illah (sebab). Kemudian Allah datangkan ni'mat anugerah yang tiada terkira seperti membei rezeki yang berbagai-bagai, ada yang manis, masam, kelat, pahit, masin, pedas, dan sebagainya yang tiada terkira. Saudara sekalian! Banyaklah dikau fikir akan ni'mat Allah pada dirimu. Maka kerjakanlah segala suruhan Allah sekali-pun jika engkau terasa berat, dan jangan sekali-kali melakukan ma'siat, serta jangan jadi seperti binatang yang tiada mempunyai akal fikiran dan tiada memikirkan tentang hidup dan mati
  1. Soal: Mana darjah haqiqat?
    Jawab: Darjah haqiqat itu ialah hilang segala wujud yang zahir ini pada pandangan hati.
  1. Soal: Mana haqiqat tauhid?
    Jawab: Haqiqat tauhid itu ialah segala apa yang terlintas di hati semuanya itu binasa lagi baharu.
  1. Soal: Mana haqiqat tasawuf?
    Jawab: Haqiqat tasawuf ialah meninggalkan segala da'wa.
  1. Soal: Mana asal mengenal Allah?
    Jawab:Asal mengenal Allah ialah mengenal diri.
  1. Soal: Berapa yang bernama diri?
    Jawab:Ada tiga: pertama sebenar-benar diri, kedua diri terperi, dan ketia diri terdiri.
  1. Soal: Mana sebenar-benar diri, mana diri terperi, dan mana diri terdiri?
    Jawab:Sebenar-benar diri keadaannya kapas iaitu keadaan Allah, diri terperi keadaan benang iaitu keadaan Muhammad, dan diri terdiri itu keadaan kain iaitu keadaan Adam. Mithal ini kerana menghampirkan kepada faham jua kerana maha suci Allah daripada mithal dan tasybih.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

As-salam Tuan Wan Adeli,
Saya dengan ini memohon kepada Tuan,
izinkanlah saya untuk share status di blog ini
bagi rujukan saya dan keturunan saya nanti.