Catatan Popular

Rabu, 3 Julai 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (12) Ikhlas



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Apa syarat sah amal?
          Jawab: Syarat sah amal itu ialah ikhlas.
  1. Soal: Ikhlas itu pula berapa perkara?
    Jawab: Ikhlas itu tiga jenis: Ikhlas orang mubatadi (permulaan), ikhlas orang mutawassit  (pertengahan), dan ikhlas orang muntahi (kesudahan).
  1. Soal: Apakah perbezaan tiga jenis ikhlas ini?
    Jawab: Ikhlas orang mubtadi ialah suci daripada ria dan sum'ah, hanya semata-mata kerana Allah dengan mengharapkan mendapat pahala masuk syurga dan kerana takutkan azab masuk neraka.
    Ikhlas orang mutawassit ialah maha suci daripada ria dan sum'ah, hanya semata-mata kerana Allah, hanya mengerjakan suruhan Allah kerana dia hamba Allah. Mengerjakan suruh dan meninggalkan tegah bukan kerana hendakkan pahala masuk syurga dan bukan kerana takutkan azab masuk neraka. Ikhlas orang muntahi iaitu tiada menilik bagi dirinya ada amal, tetapi hanya memandang kelakuan Allah Ta'ala pada dirinya. (Inilah sikap orang wahdat al-wujud).
75 Soal: Apakah perbezaan di antara tiga jenis ikhlas ini?
Jawab: amal orang mubtadi itu syirik semata-mata kerana membangsakan amal bagi dirinya, lagipun ia menuntut akan balasan amalnya. Amal orang mutawassit itu syirik juga tetapi halus syiriknya jika dibandingkan dengan syirik orang muntahi, kerana sabda Nabi (bukan hadith), terjemahnya, Wujudmu itu dosa tiada boleh dikiaskan baginya bagi lainnya.
Manakala amal orang muntahi itu lepas daripada syirik halus ini. Maka inilah yang dituntut


76. Soal: Manakah jalan yang boleh mengeluar dan melepaskan kita daripada syirik?
Jawab: Jalan yang boleh mengeluarkan engkau dariapda syirik ialah engkau keluar daripada diri engkau. (Keluar dari diri erti diri dianggap tidak ada, yang ada hanya Allah - pada sangkaan orang wahdat al-wujud).
terjemahnya: Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (kerana mengerjakan sembahyang malam), sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa, takut (akan kemurkaan-Nya) dan harap (akan rahmat-Nya)?
(2) Ikhlas orang muntahi iaitu tiada menilik bagi dirinya ada amal, tetap hanya memandang kelakuan Allah ta'ala pada dirinya, maka ini adalah wahdat al-wujud lagi jabariyah.
(3) Kata-kata dalam perkara 76 di atas yang berbunyi "Jalan yang boleh mengeluarkan engkau daripada syirik ialah engkau keluar daripada diri engkau" berbau fana' atau wahdat al-wujud iaitu menganggap diri tidak ada yang ada hanya Allah, segala yang dilakukan oleh diri sebenarnya itu adalah dilakukan oleh Allah sendiri.


Tiada ulasan: