Catatan Popular

Ahad, 7 Julai 2013

KONSEP KEESAAN = AHADIYYAT (BAH 4)

Tentang perkara adalah sesuatu atau benda ( syaii ) adalah terdahulu daripada idea benda itu sendiri. Jika syaii tidak ada, maka ia menjadi 'adum '( tidak ada ). Sesuatu yang tidak ada tidak boleh terdahulu daripada ada.

Ini adalah prinsip pertama. Apabila anda berkata Zaid sedang berdiri , buah fikiran ( idea ) tentang sakhsiah ( personality ) Zaid itu adalah terlebih dahulu daripada berdiri. Kecuali wujud, semua sifat-sifat Allah yang lain datang selepas Zatnya. Oleh itu wujud itu sendiri adalah Zat. Pihak Mutakallimin, bagaimana pun menyatakan bahawa Hakikat Zat adalah terlebih dahulu daripada wujud.

1 Wujud yang paling nampak sekali adalah wujud Allah. Wujud benda-benda lain adalah dengan cahaya Allah. Apabila anda memerhati, anda memerhatikan mula-mula sekali cahaya Allah, kemudian wujud rupa yang di tunjukkan oleh cahaya ini. Apabila anada membuat sesuatu rupa atau bentuk dengan gula atau lilin, anda mula-mula perhatikan gula atau lilin, kemudian bentuk benda itu yang mana adalah benda khayalan dan tidak wujud pada lahirnya. Ianya ada dalam khayalan sahaja. Pada lahirnya ia adalah gula atau lilin. Tidak ada bentuk pada gula atau lilin. Apabila anda pecahkan bentuk itu, semuanya hancur. Oleh itu bentuk tidak beserta dengan gula atau lilin, ianya tidak ada ukuran yang menjadikannya dua benda yang berasingan. Bentuk atau rupa adalah ' adum ' dan gula atau lilin itu adalah lahirnya sahaja. Oleh itu, wujud dan sifat Allah sahaja yang ternampak. jika anda lihat diri anda sendiri dan benda-benda , anda akan lihat wujud Allah. Apabila anda lihat perkataan dalam tulisan, anda lihat perkataan dalam tulisan, anda nampak dakwat bukannya perkataan sebenarnya. Pandangan terhadap diri anda sendiri adalah pandangan terhadap Allah:
" Barang siapa yang kenal dirinya, kenallah akan Tuhannya". Inilah rahsia proses ini.
Pandangan terhadap wujud Allah adalah terdahulu daripada pandangan terhadap diri anda sendiri.
" Allah mengatasi perintahnya ". Jika anda memerhatikan diri anda sendiri dahulu, anda boleh jadi lupa memerhatikan Haq.
Kerana memerhatikan diri anda sendiri itu adalah memerhatikan diri anda itu sendiri, yang mana ianya adalah kosong. Memerhati kepada Haq adalah memerhati wujudnya.

2. ' Sirr ' ialah Hakikat Muhammad. Di atasnya adalah Tidak ada Had. ' Aku ' adalah menunjukkan kepada Tidak ada had itu.

3. Dalam peringkat ( kediaan yang ghaib ) atau ( Yang Tidak Diketahui ), Zat menunjukkan tidak ada bakat untuk sifat. Di sini ianya tidak dapat di katakan apa-apa.Ianya tidak ada sifat dan dengan itu tidak ada lakunan ( action ). Dengan itu daripada apakah dunia ini terzahir ? Sifat menzahirkan dunia ini bukan Zat. Kehidupan dunia ini ialah kesan ( athar ) sifat hidup. Pengetahuan yang terzahir dalam dunia ini adalah kesan sifat pengetahuan Zat. Begitu juga iradat, kuasa, penglihatan, percakapan dan lain-lain adalah kesan sifat-sifat yang aktif. Oleh itu baik dan jahat adalah daripada sifat dan bukan daripada Zat. Wujud mengambil bentuk hidup; iradat mengambil bentuk kehendak; pengetahuan berbentuk akal, dan seterusnya. Segala ini terzahir melalui anggota ( organ ). Iradat berbentuk hati, kuasa berbentuk otak, dengar-telinga, lihat-mata, cakap-lidah. Tiap-tiap zarah ( atom ) adalah bentuk satu sifat. Pengetahuan dan iradat mengambil bentuk sebagai dunia dalam Wahdat.Dunia adalah manifestasi atau zahirnya sifat dan lebih tepat lagi adalah satu bentuk atau rupa sifat. Tiap-tiap sifat menampakkan dirinya dalam satu bentuk ( form ). Persamaan dan perbezaan dalam bentuk adalah kerana persamaan dan perbezaan dalam sifat.

4. Jika Zat yang tidak terhad itu adalah mempunyai pengetahuantentang dirinya yang tidak terhad itu, maka Zat itu tentulah terhad pengetahuannya. Jika ianya tidak ada pengetahuan demikian, maka Pengetahuannya atau ilmunya tentulah tidak sempurna. Jika 'Yang Di ketahui ' itu tidak berhad, bagaimanakah pengetahuan atau ilmu meliputinya ? Jawabnya: Zat yang mutlak mempunyai ilmu yang mutlak pada peringkat ini yang mana perkaitannya dengan ilmu yang demikian adalah juga mutlak dan mengetahui Dirinya sebagai mutlak. Sempadan tidak ada di sini. Zat Mutlak terhad oleh ilmu yang mutlak.

Tidak ada sempadan bagi ' yang mengetahui 'dan ' yang di ketahui ' dalam peringkat itu. Apabila ia turun dari peringkat itu, maka rupa atau bentuk ' yang di ketahui ' menjelma dan itulah sempadan pertama ( first limitation ). Oleh yang demikian dalam peringkat mutlak, ilmu dan lain-lain sifat hilang dalam Zat dan Zat tidak terhad oleh ilmu. Pada peringkat ini, ianya Batin pada Dirinya sendiri.

Sebenarnya ada zahir dan ada Batin ia itu Terhad ( tidak mutlak ) dan mutlak. Yang satu janganlah di campur adukkan dengan yang lain. Yang tidak Mutlak mengetahui tentang Tidak Mutlaknya; dan yang Mutlak mengetahui tentang Mutlaknya.
Titik air yang mengalir ke lautan mengetahui tentang ' titiknya ' dan juga tentang ' lautannya . Pengetahuan yang satu tidak bercampur dengan yang lain. Ia tahu tentang kecilnya kawasannya dan tentang tidak hingganya 'Tak ada batasannya 'Apabila Zat dan ilmu bersatu, maka tidak ada ' yang meliputi ' dan ' yang di luputi ' meliputi yang di ertikan sebagai ' Yang Lain ' Di sini Zat dan Sifat adalah satu.

5. Hakikat syaii ( benda atau sesuatu perkara ) bebas daripada sifat dan tidak dapat di ceritakan. Misalnya sakit, apakah itu sakit ?Tidak dapat di ceritakan. Tiada siapa yang dapat menceritakannya dengan perkataan atau dengan bunyi, dan memberi orang lain merasai hakikatnya. Orang yang merasainya akan mengetahuinya dan apabila lebih daripada hadnya, maka berakhir dengan mati. Oleh itu hanya tidak termasuk dalam lingkungan pengetahuan, fikiran dan kasyaf. Sayyid Muhammad Gaysudraz ( Wali Allah dari Gulbarga ) pernah mengatakan, " jika anda menyembelih ayam dan menanamnya dalam tanah, semua Auliya dan Nabi-nabi bekerjasama dengan seluruh kasyaf mereka tidak akan dapat memperkatakan apakah hakikatnya pada masa itu." Ayam ialah objek atau benda yang boleh di ukur. Anda tidak tahu sedangkan sebutir pasir yang halus itu. Sebabnya ialah hakikat benda itu ialah Zat Mutlak dan Wujud Mutlak yang terlampau dari sempadan ilmu dan kasyaf. Ianya tidak di ketahui dan tidak boleh di ketahui. Sifat dapat di ketahui. Zaid mempunyai sifat-sifat ' hidup ',' berkehendak '. ' berkuasa '. ' melihat '. ' melihat, ' mendengar' dan lain-lain. Jika ia membuang sifat-sifat ini, ia tidak tahu apakah ia sebenarnya. Jikaia berlanjutan juga menyelidik perkara ini, dia boleh jadi gila. Jika dalam keadaan gila itu ia mengetahui sesuatu dia hanya tahu yang dia tidak tahu. Oleh yang demikian, percubaan hendak mengetahui hakikat Zat adalah di larang. Dan Dia membuat anda mengetahui Dirinya.maksud Surah Ali Imran. Ayat 30.
Ilmu sendiri pun dalam keadaan ta'ajub tentang Hakikatnya kerana ilmu itu sendiri meleburkan dirinya dalam Dia. Dalam peringkat Zat, ilmu itu sendiri menjadi Hakikatnya. Sehingga dan kecuali ada persaingan daripadanya, ianya tidak dapat tahu Zat itu. Bukanlah ilmu itu tidak sempurna kerana tidak tahu Zat. Jika ilmu dalam keadaan fana, maka usaha mencarinya pun akan fana juga. Tidak ada kesan. Di sini mencari adalah sebenarnya tidak mencari. Puncak pengetahuan seseorang tentang Dia ialah tidak tahu ( jahih ) dan ta'ajub.
Zannun Al-Misri ada berkata, yang bererti " Ilmu dalam Zat Allah ialah jahil ". Tidak ada Nabi atau Wali yang telah sampai atau akan sampai tingkat itu. Nabi pernah berkata yang bererti " Aku tiada tahu engkau lebih dari takat yang di kehendakki oleh ilmu engkau ". Tidak ada pandangan yang pernah melihat tajallinya Zat. Jika ada pun ia mencapai tajalli ini, maka ianya binasa atau fana, kerana tajalli Zat melarutkan ( dissolve ) semua cermin manifestasi; yang dengannya Nabi-nabi dan Aulia bersangkutan. Nabi sebagai manifestasi atau kezahiran pertama dan Wali yang kedua. Peringkat kezahiran yang kedua larut dalam pertama dan yang pertama larut dan kedua-duanya meresap masuk ke dalam Yang Tidak Berhad. Tajalli sifat larut dalam tajalli Zat dan Yang Mutlak sahaja yang kekal. Dia tidak ada yang kedua dan pintu biliknya tertutup dari semua yang di luar. Seseorang akan masuk ke dalamnya apabila meninggalkan diri dan menjadi tidak ada diri lagi.

6. Yang bererti, " Sesungguhnya Allah meliputi segala-galanya " Meliputi ini adalah ibarat air meliputi ombak, salji, embun, hujan batu dan lain-lain.

7. Hu bererti Zat Mutlak ia itu tanpa memperkatakan sifat. Nama ' Allah ' menunjukkan Zat dengan semua Sifatnya. Ahad ialah peringkat di mana semua tunjukkan tidak ada , ia itu anda tidak boleh gunakan perkataan 'ini', 'itu'kepada Dia. Wahid ialah peringkat di mana Wujudnya diithbatkan.

8  Allah berserta dengan Tidak Berhadnya dan sifat-sifat tidak berhadnya, dan ini tidak ada konsep untuk menceritakannya ia itu Dia tidak ada sifat-sifat terhad. Maka itulah dikatakan.

Hadith Nabi ada menyatakan,"Ya Allah,Engkaulah yang Awal yang tidak ada apa pun sebelum Mu;Engkaulah yang Terakhir yang tidak ada apa pun selepas Mu;Engkaulah Yang Zahir yang tidak ada apa pun atasMu,Engkaulah yang Batin yang tidak ada apa pun di bawahMu".Tidak ada ghayr (yang lain).Adanya "ghayr"adalah mungkin hanya apabila wujud Allah boleh disempadankan.

9. Ism (Nama) bukanlah hanya perkataan sahaja tetapi ianya adalah Zat yang di namakan itu berserta dengan Sifat.

 

Tiada ulasan: