Catatan Popular

Isnin, 30 Disember 2024

WASIAT 9: WASIAT IHWAL BERHATI-HATI AGAR TIDAK MEMUSUHI AHLI TAUHID

Kitab Al-Washaya li Ibn al-‘Arabi

Berhati-hatilah engkau agar jangan memusuhi ahli ‘la ilaha illa Allah’ kerana ia memiliki pertolongan Allah.

Mereka adalah para wali Allah.

Jika mereka melakukan kesalahan dan mendatangkan ke bumi ini kesalahan yang tidak menyebabkan mereka menyekutukan Allah sedikit pun, maka Allah menemui mereka dengan membawa ampunan.

Barang siapa yang telah ditetapkan pertolongan atas dirinya, makaia tidak boleh diperangi. Barangsiapa memusuhi Allah, maka Allah pasti mengingat balasannya di dunia dan di akhirat.

Dan setiap orang yang tidak Allah beritahukan permusuhannya kepada-Nya, janganlah kau jadikan musuh.

Setidaknya, jika engkau tidak mengenalinya, maka biarlah urusannya. Jika terbukti bahawa ia musuh Allah, yang sudah pasti orang musyrik, maka berlepas dirilah darinya, sebagaimana dilakukan Nabi Ibrahim a.s. kepada bapanya.

Allah SWT berfirman: “Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri darinya (QS Al-Tawbah, 9:114).”

Timbanganmu ini adalah dengan firman Allah SWT:

“ Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang – orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu adalah bapak-bapak mereka (QS Al-Mujadilah, 58:22),

sebagaimana dilakukan Ibrahim a.s.: “Atau, anak-anak, saudara atau keluarga mereka (QS Al Mujadilah, 58:22).”

Ketika engkau tidak mengetahui hal itu, sebisa mungkin janganlah memusuhi hamba-hamba Allah, dan jangan pula memusuhi hamba-hamba Allah, dan jangan pula memusuhinya kerana apa yang diucapkan.

Engkau hanya boleh membenci perbuatannya, bukan dirinya. Sementara itu, yang dibenci dari musuh Allah adalah dirinya.

Bezakanlah antara orang yang engkau benci dirinya, yakni musuh Allah, dan orang yang engkau benci perbuatannya, yaitu orang Mukmin, atau yang tidak engkau ketahui kesudahan orang bukan Muslim pada waktu itu.

Berhati-hatilah terhadap firman Allah di dalam hadis sahih: “Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka pasti Aku memaklumkan perang kepadanya.”

Jika ia tidak mengetahui perihal dirinya dan lantas memusuhinya, maka bererti ia tidak memenuhi hak Allah dalam penciptaannya.

Sebab, ia tidak mengetahui ilmu Allah tentang dirinya dan Allah pun tidak menjelaskan kepadanya, sehingga ia pun berlepas diri darinya serta menjadikannya sebagai musuh. Jika ia mengetahui keadaan lahiriah dirinya, sekalipun ia musuh Allah dan engkau tidak mengetahuinya, maka bersahabatlah dengannya untuk menegakkan hak Allah dan janganlah memusuhi di sisi Allah, Nama Illahi yang tampak pun membantahmu.

Kerana itu, janganlah engkau jadikan hujah Allah atas keburukanmu, sebab engkau akan binasa. Allah memiliki hujah yang pasti. Pergaulilah, hamba-hamba Allah dengan penuh kasih saying, persis sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada orang-orang kafir dan Musyrik di antara mereka melalui pengetahuan-Nya ihwal keadaan mereka itu.

Allah SWT tidak memberikan rezeki kepada mereka kecuali kerana pengetahuan-Nya, yang mereka berada di dalamnya.

Mereka tidak ada di dalamnya kerana mereka, melainkan kerana diri Nya, sebagaimana telah kami sebutkan dengan ungkapan yang umum bahawa Allah SWT adalah Pencipta segala sesuatu. Sementara itu, kekufuran dan kemusyrikan mereka tercipta dalam diri mereka.

Dengan ungkapan yang khusus, tidak ada satu hukum pun dalam maujud kecuali dengan apa yang ditetapkan atasnya dalam ketiadaan.


Tiada ulasan: