MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SEPERTI YANG
TERSIRAT DI DALAM FIRMAN ALLAH
73.Surah
Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ
اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah
kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Bermakna
seseorang itu telah menunaikan "AKU BERSAKSI YANG LAIN TIADA, YANG
ADA HANYA ALLAH"
Iaitu
ASHADU AN
LAA ILAHA ILLALLAH BERMAKNA TELAH DAN
SEDANG BERADA SEPERTI DIDALAM SABDA NABI MUHAMMAD SAW
Berkata Ali
RA..Rasulullah bersabda...Allah berfirman............; Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU... Barangsiapa
BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,, Dan barangsiapa
yang masuk bentengKu.. niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...(H R . Syirazi)
RAHSIA YANG
TERDAPAT DIDALAM FIRMAN ALLAH
73.Surah
Al-Muzzammil (ayat 8 )
وَاذْكُرِ
اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah
kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
IALAH SEDANG
MENGADAKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG SIFAT ALLAH BUKAN LAIN DARI ALLAH
1.
Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat yang sedang dirasai
seperti sifat (Ada, ilmu, hayat, kudrat, irodat, basor, samak dan berkata-kata)
bermakna sedang berlaku penyaksian seperti yang telah kita katakan didalam
kalimah Tauhid iaitu ASHADU - AKU BERSAKSI ATAU AKU SEDANG MENYAKSIKAN
SIFAT-SIFAT SEPERTI (Ada, ilmu, hayat, kudrat, irodat, basor, samak dan
berkata-kata)
2. Didalam
masa sedang merasai / dalam ertikata sedang menyaksikan akan sifat-sifat (Ada,
ilmu, hayat, kudrat, irodat, basor, samak dan berkata-kata) sebutlah
Allah sebanyak-banyaknya.
Apabila
menyebut Allah sebanyak-banyaknya diketika sedang menyaksikan sifat-sifat
seperti (Ada, ilmu, hayat, kudrat, irodat, basor, samak dan berkata-kata)
dengan cara tersendiri berlakulah pengakuan bahawa sifat yang sedang disaksikan
iaitu sifat yang sedang dirasai / disaksikan itu adalah sifat Allah... Dengan
tidak perlu kita mengaku-ngaku...
PENYAKSIAN
DAN PENGAKUAN INI BERLAKU SECARA TERSENDIRI ATAU DENGAN KATA LAIN SECARA
AUTOMATIK..
Hadis kudsi
ada menerangkan bahawa "INSAN ITU
RAHSIA AKU, AKU RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN
DARIPADA AKU"
SETELAH
BERLAKU PENGAKUAN BAHAWA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH YANG SEDANG DISAKSIKAN ITU
ADALAH SIFAT ALLAH (SIFAT ALLAH BUKAN LAIN DARI ALLAH). PENYAKSIAN DAN
PENGAKUAN YANG BERLAKU SECARA TERSENDIRI INI JUGA DISEBUT ISBAT....
LAGI SEKALI
DENGAN SECARA TIDAK DISEDARI BERLAKU PENAFIAN SEGALA SIFAT YANG WAJIB BAGI
ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI DAN KEPADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH..
NAFI DAN
ISBAT AKAN BERLAKU DIDALAM SATU MASA YANG SAMA,
TERKANDUNG
DIDALAM DUA PERLAKUAN (PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN) YANG BERLAKU DIDALAM SATU MASA
YANG SAMA.
PERKARA INI
TELAH TERSIRAT DIDALAM PERINTAH ALLAH YANG JUGA TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH
73.Surah
Al-Muzzammil (ayat 8 )
وَاذْكُرِ
اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta
tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dalam firman
Allah ini "TERSIRAT" perintah yang suruh dilakukan. Apabila perintah
tersebut dilakukan, secara automatik akan berlaku penyaksian dan pengakuan yang
Allah itu adalah Allah...
Kepada yang
sedang berlakunya penyaksian dan pengakuan yang Allah adalah Allah, itulah
Muhammad Rasulullah yang diperakui oleh Allah.
JALAN DAN
CARA INI HENDAKLAH DILAKUKAN DARI MULA BANGUN TIDUR SEHINGGALAH SAMPAI KEPADA
TIDUR SEMULA,
Dilakukan
berulang-ulang sehinggalah terputusnya hubungan nyawa dengan jasat, berlakunya
penghabisan pernafasan iaitu mati...
PADA
PERMULAAN BERLAKUNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG SIFAT ALLAH ADALAH SIFAT
ALLAH (YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH) INILAH KALIMAH TAUHID YANG BUKAN
DIUCAP-UCAPKAN TETAPI YANG BERLAKU SETELAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH YANG
TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH
73.Surah
Al-Muzzammil (ayat 8 )
وَاذْكُرِ
اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta
tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
PERINTAH
ALLAH INI HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA ISTIQOMAH (TERUS MENERUS$ DARIPADA MULA
BANGUN TIDUR SEHINGGALAH SAMPAI KEPADA TIDUR SEMULA....
APABILA
TELAH KEKAL MELAKUKAN PERINTAH ALLAH INI "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG
ALLAH ITU ADALAH ALLAH"
Lama
kelamaan datanglah ingat kepada Allah, ingat itu akan datang dengan sendiri
setelah beristiqomah melaksanakan penyaksian dan pengakuan yang Allah itu
adalah Allah...
Firman Allah
;
20.Surah
Ţāhā (ayat 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا
فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
"Sesungguhnya Akulah
Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan
dirikanlah solat untuk mengingati Daku.
TETAP MENGERJAKAN
SOLAT (solat daim)
70.Surah
Al-Ma`ārij (ayat 19)
إِنَّ
الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا
Sesungguhnya manusia itu dijadikan
bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)
70.Surah
Al-Ma`ārij (ayat 20)
إِذَا
مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat
resah gelisah;
70.Surah
Al-Ma`ārij (ayat 21)
وَإِذَا
مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia
sangat bakhil kedekut;
70.Surah
Al-Ma`ārij (ayat 22)
إِلَّا
الْمُصَلِّينَ
Kecuali orang-orang yang mengerjakan
solat -
70.Surah
Al-Ma`ārij (ayat 23)
الَّذِينَ
هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ
Iaitu mereka
yang tetap mengerjakan solatnya;
2.Surah
Al-Baqarah (ayat 238)
حَافِظُوا
عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan
tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta
(solat di tengah - diantara masa bangun tidur sehingga kepada masa tidur
semula) dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk.
6.Surah
Al-'An`ām (ayat 60)
وَهُوَ
الَّذِي يَتَوَفَّاكُم بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُم بِالنَّهَارِ ثُمَّ
يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَىٰ أَجَلٌ مُّسَمًّىۖ ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ
ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada
waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia
bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu)
yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian
Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.
30.Surah
Ar-Rūm (ayat 23)
وَمِنْ
آيَاتِهِ مَنَامُكُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُم مِّن فَضْلِهِۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
Dan di
antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah
tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari
rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan
yang demikian mengandungi keterangan-keterangan
bagi
orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).
39.Surah
Az-Zumar (ayat 42)
اللَّهُ
يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَاۖ
فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ
أَجَلٍ مُّسَمًّىۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Allah (Yang
Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari
badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan
jiwa orang
yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang
Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga
sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah
bagi kaum
yang berfikir (untuk memahaminya).
78.Surah
An-Naba' (ayat 9)
وَجَعَلْنَا
نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu
untuk berehat?
Solat wusta
iaitu solat (menyebut dan mengingati Allah) ditengah iaitu dari masa bangun
tidur sehinggalah ridur semula.. Dilakukan disetiap masa jaga kita sejak dari
bangun tidur (terbitnya fajar) sehinggalah kepada tidur semula (gelap malam)
Solat wusta
ialah perbuatan menyebut dan mengingati Allah ditengah-tengah iaitu diantara
bangun dari tidur sehinggalah sampai kepada tidur semula. Bertuhankan hanya
kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah dengan adanya diri sendiri dan adanya
sesuatu selain dari Allah...
16.Surah
An-Naĥl (ayat 49)
وَلِلَّهِ
يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مِن دَابَّةٍ
وَالْمَلَائِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa
yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak
serta malaikat; sedang mereka tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat
dan sujud kepadaNya).
2.Surah
Al-Baqarah (ayat 239)
فَإِنْ
خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًاۖ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ
كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ
Dan jika kamu takuti maka solatlah
sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa,
maka hendaklah kamu mengingati Allah, sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa
yang kamu tidak mengetahuinya.
الَّذِينَ
آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ
تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(yaitu)
orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Surah Taha
ayat 130
فَاصْبِرْ
عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ
وَقَبْلَ غُرُوبِهَاۖ وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ
لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ
Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka
katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan
sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan
pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang,
Surah
Al-Isro' ayat 78
أَقِمِ
الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِۖ
إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا
Dirikanlah shalat dari sesudah matahari
tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sesungguhnya
shalat subuh itu disaksikan.
Surah Al-Haj
ayat 77
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا
الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ۩
Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah
kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu
mendapat kemenangan.
Surah Sn
-Nur ayat 42
أَلَمْ تَرَ
أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ
صَافَّاتٍۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا
يَفْعَلُونَ
Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah:
kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan
mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solatnya dan
tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
4.Surah
An-Nisā' (ayat 103)
فَإِذَا
قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ
جُنُوبِكُمْۚ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَۚ إِنَّ الصَّلَاةَ
كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
Kemudian apabila kamu telah selesai
mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa
kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah
merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan
sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang
diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
33.Surah
Al-'Aĥzāb (ayat 21)
لَّقَدْ
كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ
وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada
diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan Allah dan hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati
Allah banyak-banyak.
Surah
Al-Ankabut ayat 45
اتْلُ مَا
أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ
عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ
مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah apa yang telah diwahyukan
kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat
itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya
mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat
yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
SETELAH
MELAKUKAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH DISETIAP DETIK DARI
MULA BANGUN DARI TIDUR SEHINGGALAH SAMPAI KEPADA MASA TIDUR SEMULA, LAMA
KELAMAAN DATANGLAH HIDAYAH DAN PETUNJUK DARI ALLAH...
TERNYATALAH
KENYATAAN ALLAH SEPERTI DIDALAM FIRMANNYA
51.Surah
Adh-Dhāriyāt (ayat 20)
وَفِي
الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang
membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai
pengetahuan) yang yakin,
51.Surah
Adh-Dhāriyāt (ayat 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ
أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka
mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
TENGGELAMLAH SEPERTI DIDALAM FIRMAN ALLAH
37.Surah
Aş-Şāffāt (ayat 96)
وَاللَّهُ
خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ
"Padahal Allah yang mencipta kamu
dan benda-benda yang kamu buat itu!"
39.Surah
Az-Zumar (ayat 62)
اللَّهُ
خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap
sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
19.Surah
Maryam (ayat 65)
رَّبُّ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ
لِعِبَادَتِهِۚ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا
"Tuhan yang mencipta dan
mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya;
oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap
dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama
dan sebanding denganNya?"
HIDAYAH
PETUNJUK YANG AKAN DITURUNKAN SETELAH DISETIAP DETIK DAN SAAT DARI MULA DARI
BANGUN TIDUR SEHINGGALAH KEPADA MASA TIDUR SEMULA SENTIASA BERSIH DARI SEBARANG
SYIRIK (TIDAK TIMBUL LAGI KESEDARAN KEPADA BADAN DIRI SENDIRI DAN KESEDARAN
KEPADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH)
SUDAH
TENGGELAM DIDALAM PERASAAN ALLAH YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH...
56.Surah
Al-Wāqi`ah (ayat 77)
إِنَّهُ
لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan
kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan
pimpinan),
56.Surah
Al-Wāqi`ah (ayat 78)
فِي كِتَابٍ
مَّكْنُونٍ
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup
terpelihara,
56.Surah
Al-Wāqi`ah (ayat 79)
لَّا
يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Yang tidak disentuh melainkan oleh
makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
56.Surah
Al-Wāqi`ah (ayat 80)
تَنزِيلٌ
مِّن رَّبِّ الْعَالَمِينَ
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian
alam.
56.Surah
Al-Wāqi`ah (ayat 81)
أَفَبِهَٰذَا
الْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ
Patutkah kamu bersikap sambilewa
terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
56.Surah
Al-Wāqi`ah (ayat 82)
وَتَجْعَلُونَ
رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ
Dan kamu jadikan sikap kamu
mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur
akan ajarannya)?
2.Surah
Al-Baqarah (ayat 2)
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى
لِّلْمُتَّقِينَ
Kitab Al-Quran
ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk
bagi orang-orang yang bertaqwa;
42.Surah
Ash-Shūraá (ayat 52)
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ
أَمْرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن
جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ
لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Dan demikianlah
Kami wahyukan kepadamu - Al-Quran sebagai roh perintah Kami; engkau tidak
pernah mengetahui apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui
apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi,
Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara
hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran
itu ke jalan yang lurus,
17.Surah
Al-'Isrā' (ayat 82)
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ
وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Dan Kami turunkan
dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat
penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan Al-Quran
tidak menambahkan orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.
\97.Surah
Al-Qadr (ayat 1)
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Sesungguhnya Kami
telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
97.Surah
Al-Qadr (ayat 2)
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
Dan apa jalannya
engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
97.Surah
Al-Qadr (ayat 3)
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam Lailatul-Qadar lebih
baik daripada seribu bulan.
97.Surah
Al-Qadr (ayat 4)
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ
رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
Pada Malam itu,
turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala
perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
97.Surah
Al-Qadr (ayat 5)
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Sejahteralah Malam
(yang berkat) itu hingga terbit fajar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan