Catatan Popular

Sabtu, 13 Oktober 2012

TAREKAT AGUNG NAQSYABANDIYAH 5 : MURAQABAH DALAM TAREKAT


MURAQABAH pada pengertian bahasa bermakna ‘Berjaga-jaga’ namun pada pengertian istilah Tariqat Tasawwuf ia bermaksud menantikan limpahan Faidhz dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dalil amalan Muraqabah adalah berdasarkan Nas Al-Quran, “Wa Fi Anfusikum, Afala Tubsirun”
Terjemahannya: Dan di dalam diri kamu, apa tidakkah kamu memerhatikannya? Di dalam ayat Ilahi ini menyatakan bahawa di dalam diri insan itu terdapat Latifah-Latifah dengan cahaya Nur yang berbeza yang hanya dapat dikenalpasti menerusi Muraqabah. Apabila kandungan ayat tersebut difikirkan dengan lebih mendalam dapatlah difahami bahawa Dia memerintahkan kita supaya sentiasa berkeadaan berjaga-jaga dan Syuhud. 

Menerusi Muraqabah, seseorang Salik akan dapat menempuh kesemua maqam-maqam Ruhani dan di dalam batinnya akan terlimpahlah Nur-nur dan Rahsia-rahsia Rabbaniyah (Ketuhanan) kepada dirinya secara berterusan. Kerana itulah seseorang ‘Arif Kamil yang telah mencapai darjat yang tinggi, apa sahaja yang mereka lihat adalah merupakan penglihatan dari matahati. Dari Qalb sehinggalah ke La Ta’yin, kesemua wilayah-wilayah yang merangkumi Sair
Qadami dan Sair Nazari adalah terhasil menerusi Muraqabah. Menerusi Muraqabah jugalah akan mudah terhasilnya Dawam Hudhur iaitu sentiasa berada dalam Kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala, merasakan bahawa limpahan dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala senantiasa terlimpah ke atas kita pada setiap waktu dan keadaan. Ini merupakan martabat Ihsan iaitu merasakan seolaholah kita melihat Allah Subhanahu Wa Ta’ala ataupun merasakan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala sedang memerhati kita. Ihsan juga diistilahkan sebagai Syuhud atau Musyahadah dan inilah merupakan usaha perjuangan Para Auliya dan Asfiya, supaya sentiasa berasa Kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Muraqabah lazimnya dikaitkan dengan berkhalwat atau bersunyi diri. Khalwat adalah mengosongkan hati dari ingatan selain Allah dan mengosongkan hati dari pandangan terhadap makhluk.
Menerusi Muraqabah ianya dapat menghalang hati kita dari mengingati makhluk selain Allah meskipun orang yang bermuraqabah tersebut duduk dan bergaul bersama-sama dengan makhluk. Adapun sesetengah orang yang melakukan Muraqabah dengan menutupkan kepala dengan kain dan menutup mata adalah untuk membolehkan seseorang Salik itu memberikan Tawajjuh yang sempurna terhadap Zat Allah Ta’ala dengan hati yang tenang dan tenteram.
Melakukan Khalwat sambil menutup kepala dengan kain dinamakan Khalwat Saghirah. Melakukan Muraqabah sambil menahan nafas juga ada diamalkan oleh sebilangan besar Masyaikh namun ia bukanlah wajib. Walaubagaimanapun banyak rahsia yang akan dapat diperolehi apabila seseorang Salik itu dapat mengawal pernafasannya kerana ia dapat meningkatkan penumpuan. Muraqabah hendaklah dilakukan dalam keadaan tenang dan carilah tempat yang tenteram dan sebaik-baiknya dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar sambil duduk menghadap Kiblat. Jika melakukan Muraqabah secara berjemaah maka hendaklah duduk dalam satu bulatan dan sekiranya ramai maka hendaklah duduk rapatrapat dengan menghadapkan diri kepada Syeikh. Seluruh pemikirannya hendaklah bertawajjuh Kehadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan memberikan tumpuan kepada suatu gambaran yang bersifat abstrak di dalam fikiran. Sebutkan Allah Allah dalam hati sambil membayangkan limpahan yang bersifat Nur terlimpah dari sisi atas dan jatuh kepada Latifah-Latifah pada tubuh badan.

KAIFIYAT MURAQABAH

AWAL Muraqabah memang agak sukar untuk mensucikan Allah pada gambaran abstrak di dalam fikiran namun hendaklah terus memberikan penumpuan kepada limpahan dari Allah untuk mensucikan segala gambaran abstrak tersebut dengan pengertian yang suci. Hendaklah bersungguh-sungguh berusaha mensucikan makna Allah dari segala pengertian yang tidak layak untukNya. Berikan sepenuh penumpuan terhadap makna Allah dan elakkan dari mencampur adukkanNya dengan tumpuan terhadap lintasan hati dan nafsu atau perkaraperkara keduniaan.

Jika dia menyedari dirinya telah menumpukan ingatan kepada selain Allah maka hendaklah dia cepat-cepat bermunajat dengan mengucapkan kalimah Baz Gasht iaitu lafaz, “Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi, A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka” beberapa kali di dalam hati dan segera kembali memberikan penumpuan terhadap limpahan Allah dan pengertian makna Allah.
Fikiran hendaklah dikosongkan dari segala ingatan yang selainNya dan begitu juga hati perlu dikosongkan dari sebarang Ghairullah yakni segala sesuatu selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Bayangkan dalam fikiran bahawa suatu pancaran cahaya Nur dari arah atas ‘Arash sentiasa terlimpah ke atas kesemua sepuluh Latifah seterusnya menghidupkan kesemua Latifah tersebut untuk berzikir mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Muraqabah secara amaliahnya memerlukan kekuatan hati dan fikiran dan perlu dilakukan secara berterusan kerana segala gambaran abstrak dalam fikiran manusia itu selalunya dikotori dengan gambaran-gambaran Hawa, Nafsu, Syaitan dan Dunia.
Dalam Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah terdapat beberapa peringkat Muraqabah seperti Muraqabah Ahadiyat, Muraqabah Ma’iyat, Muraqabah Aqrabiyat dan sebagainya. Menurut Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Muraqabah merupakan kaedah Zikir Khafi kedua sesudah Ismu Zat dan Nafi Itsbat yang diamalkan dalam Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah, yakni seseorang itu memberikan tumpuan Tawajjuh terhadap hatinya dan mensucikannya dari sebarang ingatan dan khayalan tentang selain Allah serta sentiasa memerhatikan limpahan Faidhz Ilahi terlimpah pada hati tanpa perantaraan Zikir dan tanpa perantaraan Murshid. Adalah dikehendaki seseorang itu agar setiap waktu memberikan Tawajjuh terhadap Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan merendahkan diri dan hati sehingga dirinya tenggelam dalam Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan keadaan ini hendaklah berkekalan dalam dirinya kerana ianya merupakan suatu Nikmat yang agung dari sisi Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala Yang Maha Suci.
Daimi Tawajjuh yakni penumpuan yang berterusan merupakan suatu tahap Zikir yang amat tinggi dan merupakan maksud bagi sekelian bentuk zikir. Yang dituntut daripada amalan Zikir adalah Hudhur Ma’a Allah yakni mencapai kehadiran bersama-sama Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan bukanlah sekadar Zikir itu sahaja yang bertindak sebagai perantaraan. Hanya itulah sahaja maksud yang dituntut lupakan kepada segala yang lain. Menururt Para Masyaikh, melakukan Muraqabah dengan penuh Jazbah akan membawa lebih pendekatan terhadap Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengatasi amalan Zikir Nafi Itsbat.
Jika seseorang Murid berjaya melakukan Muraqabah secara Daimi yakni berterusan, maka dia mencapai kedudukan Wizarat (Kata Jamak bagi Wazir). Akan terbukalah Kasyaf perkataanperkataan hati dalam dirinya dan mencapai Tasarruf dengan kehidupan Alam Malak dan Alam Malakut.
Namun keupayaan untuk melakukan Muraqabah tidak akan terhasil dengan mudah tanpa amalan Zikir yang banyak dan tanpa bersahabat dengan Syeikh. Maka Seseorang Murid hendaklah sentiasa memperbanyakkan Zikir sepertimana yang telah ditalqinkan oleh Syeikhnya dan hendaklah sentiasa melakukan Rabitah dengan Syeikhnya agar dapatlah dia menikmati Limpahan Faidhz secara berterusan dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

MURAQABAH AHADIYAT

PADA permulaan melakukan Muraqabah, hendaklah kita benar-benar memahami Mabda Faidhz (Tempat Punca Limpahan) dan Mawrid Faidhz (Tempat Terima Limpahan). Hendaklah membayangkan atau mengkhayalkan bahawa suatu limpahan dari sisi Zat Yang Maha Tinggi yang berupa cahaya turun melimpah ke atas hati kita

Bayangkanlah limpahan Faidhz dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berupa cahaya turun ke atas Latifah Qalb dengan limpahan yang senantiasa mencurah-curah secara berterusan setiap masa dan keadaan sehinggalah kita mendapat kenikmatan dalam Syuhud dan Musyahadah atau disebut Martabat Ihsan yang hanya dapat diperolehi menerusi latihan Muraqabah. Semoga Allah memberikan kita Taufiq.
Seterusnya hendaklah melakukan Muraqabah Ahadiyat pada setiap Latifah Alam Amar iaitu pada Latifah Qalb, Latifah Ruh, Latifah Sirr, Latifah Khafi dan pada Latifah Akhfa dengan lafaz niat seperti berikut:
LATIFAH QALB

“Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’ Jami’ Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis Wa Zawal. Mawrid Faidhz Latifah Qalb Man Ast.” [Bahasa Farsi]
Terjemahan: Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang Terhimpun Segala Sifat Yang Sempurna Dan Suci Dari Segala Kelemahan Dan Kekurangan. Mawrid Faidhz adalah pada Latifah Qalb Ku.
LATIFAH RUH
 “Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’ Jami’ Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis Wa Zawal. Mawrid Faidhz Latifah Ruh Man Ast.
” Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang Terhimpun Segala Sifat Yang Sempurna Dan Suci Dari Segala Kelemahan Dan Kekurangan. Mawrid Faidhz adalah pada Latifah Ruh Ku.
 LATIFAH SIRR
 “Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’ Jami’ Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis Wa Zawal. Mawrid Faidhz Latifah Sirr Man Ast.”
Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang Terhimpun Segala Sifat Yang Sempurna Dan Suci Dari Segala Kelemahan Dan Kekurangan. Mawrid Faidhz adalah pada Latifah Sirr Ku.
LATIFAH KHAFI
 “Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’ Jami’ Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis Wa Zawal. Mawrid Faidhz Latifah Khafi Man Ast.”
 Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang Terhimpun Segala Sifat Yang Sempurna Dan Suci Dari Segala Kelemahan Dan Kekurangan. Mawrid Faidhz adalah pada Latifah Khafi Ku.
 LATIFAH AKHFA
 “Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’ Jami’ Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis Wa Zawal. Mawrid Faidhz Latifah Akhfa Man Ast.”
Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang Terhimpun Segala Sifat Yang Sempurna Dan Suci Dari Segala Kelemahan Dan Kekurangan. Mawrid Faidhz adalah pada Latifah Akhfa Ku.
Para Masyaikh Naqshbandiyah Mujaddidiyah telah menetapkan bahawa setiap Latifah Alam Amar perlu dilakukan Muraqabah secara berasingan dan ianya bermaksud agar setiap Latifah itu diterokai satu persatu kerana setiap Latifah Alam Amar adalah suatu alam yang berasingan dan setiap alam adalah tidak sama antara satu dengan yang lain. Maka hendaklah menempuhnya satu persatu.
Muraqabah bererti memerhatikan limpahan Faidhz dari sumber Faidhz iaitu Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan memelihara bayangan limpahan Faidhz tersebut senantiasa terlimpah pada Mawrid Faidhz yakni Latifahlatifah yang tertentu secara berterusan. Adapun, limpahan Faidhz dari Hadhrat Haq Subhanahu Wa Ta’ala yang diterima pada Latifah seseorang Salik, maka Latifah itu merupakan Mawrid Faidhz dan kerana itulah Para Masyaikh telah menetapkan bagi seseuatu maqam itu dengan Muraqabah yang berasingan.
Bagi penerokaan Daerah Imkan mereka telah mengarahkan Para Murid melakukan Muraqabah Ahadiyat. Ianya merupakan Muraqabah terhadap Zat Yang Maha Memiliki Ketinggian yang terhimpun padaNya segala sifat kesempurnaan dan suci dari sebarang kekurangan dan kelemahan dan Zat tersebut dinamakan dengan suatu nama yang agung lagi diberkati iaitu Allah. Ketahuilah bahawa pada setiap Muraqabah Latifah hendaklah benar-benar memerhatikan Mawrid Faidhz iaitu tempat limpahan itu diterima. Kesemua Latifah itu setiap satu darinya adalah dari Hadhrat Masyaikh Kiram Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah sehinggalah kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam iaitu dengan cara membayangkan bahawa dada mereka berhadapan secara ‘akas bertentangan atau disebut Ta’akkus.
Gambaran mereka berada dalam keadaan seperti kita sedang melihat cermin.Bayangan gambaran hendaklah dilakukan dengan membayangkan dari limpahan Faidhz yang khusus kepada Latifah yang khusus pada diri secara terbalik sebagaimana yang dikehendaki dengan ungkapan “Ana ‘Inda Zonni ‘Abdi Bi” yakni Allah adalah bertindak menurut sangkaan hambaNya terhadapNya. Sesungguhnya ia adalah mudah bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk melakukannya.
 Setelah Murid sempurna melakukan Muraqabah Ahadiyat, seterusnya hendaklah melakukan Muraqabah Tajalliyat pada setiap satu Maqam Latifah Alam Amar iaitu pada Latifah Qalb, Latifah Ruh, Latifah Sirr, Latifah Khafi dan Latifah Akhfa dengan lafaz niatnya seperti yang akan dinyatakan nanti. Wama Zalika ‘Ala Allahi Bi ‘Aziz

MURAQABAH TAJALLIYAT LATIFAH QALB

Bayangkan Latifah Qalb diri berkedudukan berhadapan dengan Latifah Qalb Mubarak Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya menyebut lafaz niatnya: “Ilahi, Faidhz Tajalliyat Af’aliyah Keh Az Latifah Qalb Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta’ala ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi Wabarik Wasallam Dar Latifah Qalb Hadhrat Adam ‘Alaihissalam Ifadhzah Farmudah, Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Qalb Man Ilqa Kun”

 Terjemahan: Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz Tajalliyat Af’aliyah dari Latifah Qalb Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada Latifah Qalb Hadhrat Adam ‘Alaihissalam, dengan kehormatan Para Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah hubungkanlah pada Latifah Qalb ku.

MURAQABAH TAJALLIYAT LATIFAH RUH

Bayangkan Latifah Ruh diri berkedudukan berhadapan dengan Latifah Ruh Mubarak Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya menyebut lafaz niatnya: “Ilahi, Faidhz Tajalliyat Sifat Tsubutiyah Keh Az Latifah Ruh Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta’ala ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi Wabarik Wasallam Dar Latifah Ruh Hadhrat Nuh Wa Ibrahim ‘Alaihimassalam Ifadhzah Farmudah, Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Ruh Man Ilqa Kun”

Terjemahan: Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz Tajalliyat Sifat Tsubutiyah dari Latifah Ruh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada Latifah Ruh Hadhrat Nuh dan Hadhrat Ibrahim ‘Alaihimassalam, dengan kehormatan Para Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah hubungkanlah pada Latifah Ruh ku.

MURAQABAH TAJALLIYAT LATIFAH SIRR

Bayangkan Latifah Sirr diri berkedudukan berhadapan dengan Latifah Sirr Mubarak Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya menyebut lafaz niatnya: “Ilahi, Faidhz Tajalliyat Shuyun Zatiyah Keh Az Latifah Sirr Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta’ala ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi Wabarik Wasallam Dar Latifah Sirr Hadhrat Musa ‘Alaihissalam Ifadhzah Farmudah, Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Sirr Man Ilqa Kun”

Terjemahan: Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz Tajalliyat Shuyun Zatiyah dari Latifah Sirr Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada Latifah Sirr Hadhrat Musa ‘Alaihissalam, dengan kehormatan Para Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah hubungkanlah pada Latifah Sirr ku.

MURAQABAH TAJALLIYAT LATIFAH KHAFI

Bayangkan Latifah Khafi diri berkedudukan berhadapan dengan Latifah Khafi Mubarak Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya menyebut lafaz niatnya: “Ilahi, Faidhz Sifat Salbiyah Keh Az Latifah Khafi Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta’ala ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi Wabarik Wasallam Dar Latifah Khafi Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam Ifadhzah Farmudah, Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Khafi Man Ilqa Kun”

Terjemahan: Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz Sifat Salbiyah dari Latifah Khafi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada Latifah Khafi Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam, dengan kehormatan Para Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah hubungkanlah pada Latifah Khafi ku.

MURAQABAH TAJALLIYAT LATIFAH AKHFA

Bayangkan Latifah Akhfa diri berkedudukan berhadapan dengan Latifah Akhfa Mubarak Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya menyebut lafaz niatnya: “Ilahi, Faidhz Tajalliyat Shan Jami’ Keh Az Latifah Akhfa Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta’ala ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi Wabarik Wasallam Ifadhzah Farmudah, Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Akhfa Man Ilqa Kun”

Terjemahan: Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz Tajalliyat Shan Jami’ dari Latifah Akhfa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, dengan kehormatan Para Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah hubungkanlah pada Latifah Akhfa ku.

Tiada ulasan: