Catatan Popular

Rabu, 18 Disember 2013

KISAH IMAM SYAFI KE-5

Imam Syafi’i r.a. (150H –204H )


Method Penulisan Kitab-Kitab Qadim

Berhubung dengan method penulisankitab “Al-Hujjahdan lain-lain belum dapatkita pastikan dengan yakin kerana sikapasalnya tida kita temui, kemungkinan masihlagi ada naskah asalnya dan kemungkinanjuga ianya sudah hilang atau rosak dimakanzaman. Walaubagaimanapun ia tidakterkeluarini hanya satu kemungkinan sahajadari method penulisan zamannya yangdipengaruhi dengan aliran pertentangan mazhab-mazhab fuqahadi dalam beberapamasalah, umpamanya pertentangan yang berlaku di antara mazhab beliau dengan MazhabHanafi da juga Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat dalam penulisan kitab “Al-Um” yang pada asalnya adalah kumpulan dari beberapa buah kitab Mazhab Qadimnya. Setiapkitab itu masing-masing membawa tajuknya yang tersendiri, kemudian kita itu puladipecahkan kepada bab-bab kecil yang juga mempunyai tajuk-tajuk yang tersendiri. Didalam setiap bab ini dimuatkan dengan segala macam masalah fiqah yang tunduk kepadatajuk besar iaitu tajuk bagi sesuatu kitab, umpamanya kitab “Al-Taharah”, ia mengandungitiga puluh tujuh tajuk bab kecil, kesemua kandungan bab-bab itu ada kaitannya denganKitab “Al-Taharah”.

Perawi Mazhab Qadim

Ramai di antara para sahabatnya di Iraq yang meriwayat fatwa qadimnya, di antara merekayang termasyhur hanya empat orang sahaja :


Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang wafat pada tahun 240H.

Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun

260H.Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun245H

.Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241H.

Menurut Al-Asnawi, Al-Syafi’i adalahulamapertama yang hasil penulisannya meliputibanyak bab di dalam Ilmu Fiqah.

Perombakan Semula Kitab-kitab Qadim

Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun 199H menyebabkan berlakunya satu rombakanbesar terhadap fatwa lamanya. Perombakan ini adalah berpuncak dari penemuan beliaudengan dalil-dalil baru yang belum ditemuinya selama ini, atau kerana beliau mendapatihadis-hadis yang sahih yang tidak sampai ke pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab qadimnya, atau kerana hadis-hadis itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada diMesir sesudah kesahihannya selama ini tidak beliau ketahui. Lalu dengan kerana itu beliautelah menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan berdasarkan kepada prinsipnya :Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah Mazhab saya”.

Di dalam kitab Manaqib Al-Syafi’i”, Al-Baihaqi telah menyentuh nama beberapa buah kitablama (Mazhab Qadim) yang disemak semula oleh Al-Shafi’i dan diubah sebahagianfatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :-

1. Al-Risalah
2. Kitab al-Siyam
3. Kitab al-Sadaq
4. Kitab al-Hudud
5. Kitab al-Rahn al-Saghir
6. Kitab al-Ijarah
7. Kitab al-Jana’iz

Menurut Al-Baihaqi lagi Al-shafi’i telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab lamanya yangmana fatwa ijtihadnya telah diubah. Catatan Al-Baihaqi itu menunjukkan bahawa Al-Shafi’imelarang para sahabatnya meriwayat pendapat-pendapat lamanya yang ditolak kepadaorang ramai. Walaupun begitu kita masih menemui pendapat-pendapat itu berkecamuk disana-sini di dalam kitab-kitab fuqahamazhabnya samada kitab-kitab yang ditulis fuqahayang terdahulu atau pun fuqaha’ yang terkemudian.

Kemungkinan hal ini berlaku dengan kerana kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan olehAl-Za’farani, Al-Karabisi dan lain-lain sudah tersebar dengan luasnya di Iraq dan diketahuiumum, terutamanya di kalangan ulama dan mereka yang menerima pendapat-pendapatnya itu tidak mengetahui larangan beliau itu.

Para fuqahaitu bukan sahaja mencatat pendapat-pendapat lamanya di dalam penulisanmereka, malah menurut Al-Nawawi ada di antara mereka yang berani mentarjihkanpendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya disokong oleh hadis-hadis yangsahih.

Pentarjihan mereka ini tidak pula dianggap menentangi kehendak Al-Shafi’i, malahan itulahpendapat mazhabnya yang berdasarkan kepada prinsipnya :Apabila ditemui sesebuahhadis yang sahih maka itulah mazhab saya”.

Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya itu tidak disokong oleh hadis yang sahih kitaakan menemui dua sikap di kalangan fuqahaMazhab Al-Syafi’i :

Pertamanya :
Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid MazhabAl-Syafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Syafi’i yang tidak dimansuhkan olehnya, keranaseseorang mujtahid (seperti Al-Syafi’i) apabila ia mengeluarkan pendapat barumya yangbercanggah dengan pendapat lamanya tidaklah bererti bahawa ia telah menarik pendapatpertamanya, bahkan di dalam masalah itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.

Keduanya : Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur fuqahaMazhab Al-Syafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah dua pendapatnya yangbertentangan yang mustahil dapat diselaraskan kedua-duanya

Tiada ulasan: