Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )
Baghdad
pada tahun 186H. Sebelum
ituAl-Shafi’i adalah salah seorang pengikut ImamMalik yang sering mempertahankan pendapatnya dan juga pendapat fuqaha’ Al-Madinah lainnya darikecaman dan kritikan fuqaha’ Ahl Al-Ra’y.
Sikapnya yang sebegini meyebabkan beliau terkenaldengan panggilan “Nasir Al-Hadith”.
IMAM AL-SHAFI’I DAN KITABNYA
Permulaan Mazhabnya
Sebenarnya penulisan Imam Al-Shafi’i secaraumumnya mempunyai pertalian yang rapat denganpembentukan Mazhabnya. Menurut Muhammad Abu Zahrah bahawa pembentukan Mazhabnyahanya bermula sejak sekembalinya dari kunjunganke
Detik terawal Mazhabnya bermula apabila beliau membuka tempat pengajarannya (halqah) di MasjidAl-Haram. Usaha beliau dalam memperkembangkan Mazhabnya itu bolehlah
dibahagikan kepada tigaperingkat :-
· Peringkat Makkah (186 – 195H)
· Peringkat Baghdad
(195 – 197H)
· Peringkat Mesir (199 – 204H)
Dalam setiap peringkat diatas beliau mempunyai ramai murid dan para pengikut yang telah menerimadan menyebar segala pendapat ijtihad dan juga hasil kajiannya.
Penulisan Pertamanya
Memang agak sulit untuk menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i dan dimana dan selanjutnya apakah kitab pertama yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah dan di mana?Kesulitan ini adalah berpunca dari tidak adanya keterangan yang jelas mengenai kedua-dua perkaratersebut. Pengembaraannya dari
satu tempat ke satu tempat
yang lain dan pulangnya semula ketempat awalnya tambah menyulitkan lagi untuk kita
menentukan di tempat mana beliau
mulakanusaha penulisannya.
Apa yang kita temui
– sesudah kita menyemak beberapa buah kitab lama dan baru yang menyentuhsejarah
hidupnya, hanya beberapa tanda yang menunjukkan bahawa kitabnya “Al-Risalah” adalahditulis atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, iaitu sebuah
kitab di dalam Ilmu Usul,
punketerangan ini tidak juga menyebut
apakah kitab ini merupakan hasil
penulisannya yang pertamaatau
sebelumnya sudah ada kitab lain yang dihasilkannya. Di samping adanya pertelingkahanpendapat di kalangan ‘ulama berhubung dengan tempat di mana beliau menghasilkan penulisankitabnya itu. Ada
pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya sewaktu beliau berada diMakkah dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya ketika berada di Iraq .
Kata Ahmad Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang
beberapa buah kitab yang jumlahnyaagak besar, sebahagiannya beliau sendiri yang menulisnya, lalu dibacakannya kepada orang ramai.Sebahagiannya
pula beliau merencanakannya sahaja kepada para sahabatnya. Untuk
mengira bilangankitab-kitabnya itu memanglah sukar kerana sebahagian besarnya telahpun hilang. Kitab-kitab itutelah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di Makkah, di Baghdad dan di Mesir”.
Kalaulah keterangan di atas boleh dipertanggungjawabkan maka dapatlah kita membuat satukesimpulan bahawa Al-Shafi’i telah memulakan siri penulisannya sewaktu beliau di Makkah lagi, dankemungkinan kitabnya yang pertama yang dihasilkannya ialah kitab “Al-Risalah”.
Al-Hujjah Dan Kitab-kitab Mazhab Qadim
Di samping “Al-Risalah” terdapat sebuah kitab lagi yang sering disebut-sebut oleh para ulamasebagai sebuah kitab yang mengandungi fatwa Mazhab Qadimnya iaitu “Al-Hujjah”. Pun keteranganmengenai kitab ini tidak
menunjukkan bahawa ia adalah kitab
pertama yang di tulis di dala
bidangIlmu Fiqah semasa beliau berada
di Iraq, dan masa penulisannya pun tidak begitu jelas.
Menurutbeberapa keterangan, beliau menghasilkannya sewaktu beliau berpindah ke negara itu pada kalikeduanya, iaitu di antara tahun-tahun 195 – 197H.
Bersama-sama “Al-Hujjah”
itu terdapat beberapa buah kitab
lain di dalam Ilmu Fiqah yang beliauhasilkan sendiri penulisannya atau beliau merencanakannya kepada para sahabatnya
di Iraq,antaranya seperti kitab-kitab berikut :
Al-Mahali
|
Kitab Al-Hajj
|
Kitab Zihar
|
Majma’ Al-Kafi
|
Kitab Al-I’tiaf
|
Kitab Lian
|
Uyun Al- Masail
|
Kitab Buyu’
|
Kitab Hudud
|
Kitab Al-Sunan
|
Kitab Al-Rahn
|
Kitabqodhya
|
Kitab Thaharah
|
Kitab Al-Ijarah
|
Kitab Illa
|
Kitab Asalah
|
Kitab Nikah
|
Kitab Al-‘Itqu
|
Kitab Al-Zakah
|
Kitab Thalaq
|
Kitab Hibah
|
Al-Shiam
|
Kitab Shadaqoh
|
Dan
Lain-Lain
|
Setengah perawi pula telah menyebut bahwa kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i adalah didalam bentuk jawaban dan perdebatan, iaitu satu penulisan yang dituju khas kepada fuqaha’ ahlal-Ra’y sebagai menjawab kecaman-kecaman mereka terhadap Malik dan fuqaha’ Al-Madinah.Kenyataan mereka ini berdasarkan kepada riwayat Al-Buwaiti : “Kata Al-Shafi’i : Ashab Al-Hadith(pengikut Imam Malik) telah berhimpun
bersama-sama saya. Mereka telah meminta saya menulis satujawaban terhadap kitab Abu Hanifah. Saya menjawab bahawa saya belum lagi mengetahui pendapatmereka, berilah peluang supaya dapat saya melihat kitab-kitab mereka. Lantas saya
meminta supayadisalinkan kitab-kitab itu.Lalu disalin kitab-kitab Muhammad bin
Al-Hasan untuk (bacaan) saya. Sayamembacanya selama setahun sehingga saya dapat menghafazkan kesemuanya. Kemudian barulah sayamenulis kitab saya di Baghdad .
Kalaulah berdasarkan kepada keterangan di atas, maka
kita pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’isemasa beliau di Iraq ialah sebuah
kitab dalam bentuk jawaban dan perdebatan, dan carapenulisannya
adalah sama dengan cara penulisan
ahl al-Ra’y. Ini juga menunjukkan bahawa masapenulisannya itu lebih awal dari masa penulisan kitab “Al-Risalah”, iaitu di antara tahun-tahun 184 – 186H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan