Catatan Popular

Rabu, 18 Disember 2013

KISAH IMAM SYAFII KE-3

Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )


FATWA-FATWA IMAM AL-SHAFI’I

Perpindahan beliau ke Mesir mengakibatkan satuperubahan besar dalam Mazhabnya. Kesanperubahan ini melibatkan banyak fatwanya semasabeliau di Baghdad turut sama berubah. Banyakkandungan kitab-kitab fiqahnya yang beliauhasilkan di Baghdad disemak semula dan diubah.Dengan ini terdapat dua fatwa bagi As-Shafi’i, fatwa lama dan fatwa barunya. Fatwa lamanyaialah segala fatwa yang diucapkan atau ditulisnyasemasa beliau berada di Iraq, fatwa barunya ialahfatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Mesir. Kadang-kadang dipanggil fatwalamanya dengan Mazhabnya yang lama atau Qaul Qadim dan fatwa barunya dinamakan denganMazhab barunya atau Qaul Jadid.

Di sini harus kita fahami bahawa tidak kesemua fatwa barunya menyalahi fatwa lamanya dan tidakpula kesemua fatwa lamanya dibatalkannya, malahan ada di antara fatwa barunya yang menyalahifatwa lamanya dan ada juga yang bersamaan dengan yang lama. Kata Imam Al-Nawawi :Sebenarnyasebab dikatakan kesemua fatwa lamanya itu ditarik kembali dan tidak diamalkannya hanyalahberdasarkan kepada ghalibnya sahaja”.

PARA SAHABAT IMAM AL-SHAFI’I

Di antara para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal di Al-Hijaz (Makkah dan Al-Madinah) ialah :-

Sementara di Iraq pula kita menemui ramai para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal, di antaramereka ialah :-

Di Mesir pula terdapat sebilangan tokoh ulama yang kesemua mereka adalah sahabat Imam Al-Shafi’i,seperti :-
Dari usaha gigih mereka, Mazhab Al-Shafi’i tersebar dan berkembang luas di seluruh rantau Islam dizaman-zaman berikutnya.

PERKEMBANGAN MAZHAB IMAM AL-SHAFI’I

Menurut Ibn Al-Subki bahawa Mazhab Al-Shafi’I telah berkembang dan menjalar pengaruhnya dimerata-rata tempat, di kota dan di desa, di seluruh rantau negara Islam. Pengikut-pengikutnyaterdapat di Iraq dan kawasan-kawasan sekitarnya, di Naisabur, Khurasan, Muru, Syria, Mesir, Yaman,Hijaz, Iran dan di negara-negara timur lainnya hingga ke India dan sempadan negara China.Penyebaran yang sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan kepada kita sejauh manakewibawaan peribadi Imam Al-Shafi’i sebagai seorang tokoh ulama dan keunggulan Mazhabnyasebagai satu-satunya aliran fiqah yang mencabar aliran zamannya

Tiada ulasan: