Imam Syafi’i r.a.
(150H –204H ) II
Al-Shafi’i
di Madinah ( 164H – 179H )
Sesudah itu beliau berpindah
ke Madinah danmenemui Imam Malik. Beliau berdampingdengan Imam Malik di samping
mempelajariilmunya sehinggalah Imam Malik wafat padatahun 179H, iaitu selama lima
belas tahun.Semasa beliau bersama Imam Malikhubungan beliau dengan ulama-ulama
lain yang menetap di kota itu dan juga yangdatang dari luar berjalan dengan baik
danberfaedah. Dari sini dapatlah difahami bahawa beliau semasa di Madinah telah
dapatmewarisi ilmu bukan saja dari Imam Malik tetapi juga dari ulama-ulama lain
yang terkenal dikota itu.
Al-Shafi’i
di Yaman ( 179H – 184H )
Ketika Imam Malik wafat pada
tahun 179H, kota Madinah diziarahi oleh Gabenor Yaman.Beliau telah dicadangkan oleh
sebahagian orang-orang Qurasyh Al-Madinah supayamencari pekerjaan bagi Al-Shafi’i.
Lalu beliau melantiknya menjalankan satu pekerjaan diwilayah Najran. Sejak itu
Al-Shafi’i terus menetap di Yaman sehingga berlaku pertukaranGabenor wilayah itu
pada tahun 184H. Pada tahun itu satu fitnah ditimbulkan terhadap diriAl-Shafi’i
sehingga beliau dihadapkan ke hadapan Harun Al-Rashid di Baghdad atastuduhan Gabenor
baru itu yang sering menerima kecaman Al-Shafi’i kerana kekejaman dankezalimannya.
Tetapi ternyata bahawa beliau tidak bersalah dan kemudiannya beliaudibebaskan.
Al-Shafi’i
di Baghdad ( 184H – 186H )
Peristiwa itu walaupun secara
kebetulan, tetapi membawa arti yang amat besar kepadaAl-Shafi’i kerana pertamanya,
ia berpeluang menziarahi kota Baghdad yang terkenalsebagai pusat ilmu pengetahuan
dan para ilmuan pada ketika itu. Keduanya, ia berpeluangbertemu dengan Muhammad
bin Al-Hassan Al-Shaibani, seorang tokoh Mazhab Hanafi dansahabat karib Imam
Abu Hanifah dan lain-lain tokoh di dalam Mazhab Ahl al-Ra’y. Denganperistiwa itu
terbukalah satu era baru dalam siri pengembaraan Al-Imam ke kota Baghdadyang dikatakan
berlaku sebanyak tiga kali sebelum beliau berpindah ke Mesir.
Dalam pengembaraan pertama
ini Al-Shafi’i tinggal di kota Baghdad sehingga tahun 186H.Selama masa ini (184
– 186H) beliau sempat membaca kitab-kitab Mazhab Ahl al-Ra’y danmempelajarinya,
terutamanya hasil tulisan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, disamping membincanginya
di dalam beberapa perdebatan ilmiah di hadapan Harun Al-Rashid sendiri.
Al-Shafi’i
di Makkah ( 186H – 195H )
Pada tahun 186H, Al-Shafi’i
pulang ke Makkah membawa bersamanya hasil usahanya diYaman dan Iraq dan beliau terus
melibatkan dirinya di bidang pengajaran. Dari sinimuncullah satu bintang baru
yang berkerdipan di ruang langit Makkah membawa satunafas baru di bidang fiqah,
satu nafas yang bukan Hijazi, dan bukan pula Iraqi danYamani, tetapi ia adalah gabungan
dari ke semua aliran itu. Sejak itu menurut pendapatsetengah ulama, lahirlah satu
Mazhab Fiqhi yang baru yang kemudiannya dikenali denganMazhab Al-Shafi’i.
Selama sembilan tahun
(186 – 195H) Al-Shafi’i menghabiskan masanya di kota suciMakkah bersama-sama para
ilmuan lainnya, membahas, mengajar, mengkaji di sampingberusaha untuk melahirkan
satu intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yangsering bertentangan
yang beliau temui selama masa itu.
Al-Shafi’i
di Baghdad ( 195H – 197H
Dalam tahun 195H, untuk
kali keduanya Al-Shafi’i berangkat ke kota Baghdad.Keberangkatannya kali ini tidak
lagi sebagai seorang yang tertuduh, tetapi sebagaiseorang alim Makkah yang sudah
mempunyai personalitas dan aliran fiqah yang tersendiri.Catatan perpindahan
kali ini menunjukkan bahawa beliau telah menetap di negara ituselama dua tahun
(195 – 197H).
Di dalam masa yang singkat
ini beliau berjaya menyebarkan “Method Usuli” yang berbezadari apa yang dikenali
pada ketika itu. Penyebaran ini sudah tentu menimbulkan saturespon dan reaksi
yang luarbiasa di kalangan para ilmuan yang kebanyakannya adalahterpengaruh dengan
method Mazhab Hanafi yang disebarkan oleh tokoh utama Mazhabitu, iaitu Muhammad
bin Al-Hasan Al-Shaibani.
Kata Al-Karabisi : “Kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah)
Al-Kitab, Al- Sunnah danAl-Ijma’, sehinggalah datangnya Al-Shafi’i, beliaulah
yang menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma’”.
Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut (di dalamkitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki maksudnya yangkhas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi Ia menghendakimaksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama ataspermintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain dalam bidang fiqahdan lain-lain.
Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut (di dalamkitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki maksudnya yangkhas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi Ia menghendakimaksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama ataspermintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain dalam bidang fiqahdan lain-lain.
Al-Shafi’i
di Makkah dan Mesir ( 197H – 204H )
Sesudah dua tahun berada
di Baghdad (197H) beliau kembali ke Makkah. Pada tahun198H, beliau keluar semula
ke Baghdad dan tinggal di sana hanya beberapa bulan sahaja.Pada awal tahun
199H, beliau berangkat ke Mesir dan sampai ke negara itu dalam tahunitu juga. Di
negara baru ini beliau menetap sehingga ke akhir hayatnya pada tahun 204H.
Imam As-Shafi’i wafat pada tahun 204H. Asas Fiqih
dan Ushul Fiqih kemudian disebar dandiusaha-kembangkan oleh para sahabatnya
yang berada di Al-Hijaz, Iraq dan Mesir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan