Catatan Popular

Rabu, 18 Disember 2013

KISAH IMAM SYAFII KE-1

Imam Syafi’i r.a. (150H –204H ) I

Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin Al-Saibbin ‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abdal-Muttalib bin ’Abd Manaf bin Ma’n bin Kilabbin Murrah bin Lu’i bin Ghalib bin Fahr binMalik bin Al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimahbin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizarbin Ma’d bin ‘Adnan bin Ud bin Udad.Keturunan beliau bertemu dengan titisanketurunan Rasulullah s.a.w pada ‘Abd Manaf.Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur

.
Penghijrahan ke Palestina

Sebelum beliau dilahirkan, keluarganya telah berpindah ke Palestina kerana beberapakeperluan dan bapanya terlibat di dalam angkatan tentera yang ditugaskan untukmengawal perbatasan Islam di sana.

Kelahiran dan Kehidupannya

Menurut pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestina pada tahun 150Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan bapanya meninggal dunia. Tinggallah beliaubersama-sama ibunya sebagai seorang anak yatim. Kehidupan masa kecilnya dilaluidengan serba kekurangan dan kesulitan.

PENGEMBARAAN IMAM AL-SHAFI’I

Hidup Imam As-Shafi’i (150H – 204H ) merupakan satu siri pengembaraan yang tersusundi dalam bentuk yang sungguh menarik dan amat berkesan terhadap pembentukan kriteriailmiah dan popularitasnya.

Al-Shafi’i di Makkah ( 152H – 164H )

Pengembaraan beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H), ketika itu beliaudibawa oleh ibunya berpindah dari tempat kelahirannya iaitu dari Ghazzah, Palestina keKota Makkah untuk hidup bersama kaum keluarganya di sana.
Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar
ke perkampungan BaniHuzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa penghantaran anak-anak mudamereka ke perkampungan tersebut dapat mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka darisumber asalnya yang belum lagi terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asingseperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu perkara lagi adalah supaya pemuda merekadapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau diperingkat ini mengambil masa dua belas tahun ( 152 – 164H ).

Sebagai hasil dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah di sampingilmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Selepas pulang dariperkampungan itu beliau meneruskan usaha pembelajarannya dengan beberapa mahagurudi Kota Makkah sehingga beliau menjadi terkenal. Dengan kecerdikan dan kemampuanilmiahnya beliau telah dapat menarik perhatian seorang mahagurunya iaitu Muslim binKhalid Al-Zinji yang mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan umur beliau masih lagi diperingkat remaja iaitu lima belas tahun.

Tiada ulasan: