Oleh Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-Illahi’ (Sufi Syatariyyah)
1. Fana ialah membinasakan (mematikan) kesedaran kepada yang lain dari Allah, samada dunia ataupun diri salik. Dalam fana, salik masih ada pengetahuan tentang binasa (mati) ini. Apabila pengetahuan ini pun hilang, maka ia menjadi Fana-ul-Fana. Menafikan naïf ialah mengiakan (membenarkan), dan dengan itu menjadi baqa.
Firman yang bererti :
“Sesungguhnya Akulah Tuhan “ [Surah Thaha : 14]
Pengetahuan (ilmu) diri ialah ilmu Allah.
Firman yang bererti :
“ Tiap-tiap sesuatu akan hilang (mati) dan wajah Allah tetap abadi dengan keagungan dan kemuliaanNya”. [Surah ar Rahman : 26-27]
2. Tidak ada ibadat lebih berkesan daripada memerhatikan khatrat supaya yang lain dari Allah tidak mempengaruhi anda.
Hadith berkata yang bererti:
“Ada seketul daging dalam badan, apabila ia suci, seluruh badan akan suci, apabila ia rosak, seluruh badan akan rosak iaitulah hati “. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Hati itu ibarat raja dan anggota badan itu ibarat ratyatnya. Jika raja itu di pimpin ke jalan lurus, maka ratyatnya pun akan mengikut jalan yang lurus juga. Oleh itu orang yang hendak menuju Allah, mestilah membersihkan hatinya dengan menghindarkan khatrat ini (bisikan dosa dan maksiat) agar anggota yang lain pun jadi bersih. Mula-mula Ulamak membersihkan badan agar dengan itu dapat di lanjutkan kepada pembersihan hati. Cara ini mengambil masa yang panjang. Nabi-nabi membersihkan hati dulu dan membuka mata hati itu.
3. Tajalli Allah menerangi hati dengan tidak di sangka-sangka , tetapi tajalli itu menerangi hati-hati yang bersedia menerima tajalli itu.
4. Jibrail ialah khatrat yang membuat si hamba menyedari Tuhannya. Kalam (perkataan) Allah turun dari Uluhiyat kepada Jibrail melalui Ruh Muhammad, kemudian kepada badan Muhammad s.a.w. Hakikat Muhammad bercakap kepada Ruh Muhammad dan Ruh Muhammad bercakap kepada badan Muhammad. Kalam Allah mula-mulanya Wahi dan kemudian Ilham dan kemudian khatrat (malaki, nafsani, syaitani) Semua ini adalah tajalli kalam Allah.
5. Apa sahaja yang membawa anda kepada Allah adalah agama; dan apa sahaja yang menghalang anda menuju Allah adalah Alam (Dunia).
6. Seseorang yang mengingat Allah kerana untuk keduniaan di dunia ini atau di akhirat ialah zalim kepada dirinya.
Firman yang bererti :
”Sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Engkau Yang Maha Suci; sebenarnya kami adalah daripada mereka yang zalim “. (Zalim ialah meletakkan sesuatu pada yang bukan tempatnya ). [Surah at Taubah : 87]
Ingatlah Allah semata-mata kerana Allah, agar anda tidak jadi musyrik. Jangan tingglkan zikir kerana yang berzikir itu dapat mengelakkan godaan nafsu, anda boleh sampai kepada Allah melaui dan dengan berkat zikir. Cari sahabat dan jangan tinggalkan cari itu kerana musuh. Murid-murid Syekh Syah Wajhuddin tidak dapat menghilangkan kekacauan hati dan bagaimana hendak melakukan zikir ? Syekh itu berkata bahawa kerja syaitan ialah untuk memporak-perandakan fikiran anda dan kerja anda ialah menumpukan (konsentrasi) fikiran itu.
Adalah di katakan bahawa Khannas (Syaitan) itu mengacau fikiran.
“yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,” [Surah an Nas : 5]
Juga di katakan bahawa Allah jadikan jin dan manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah.
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku.” [Surah Az Zariyat : 56]
Oleh itu dalam ibadat janganlah porak-perandakan fikiran anda.
7. (Tiap-tiap khatrat atau idea atau gerak fikiran adalah Rasul Allah ) Tiap-tiap khatrat, sama ada jalali atau jamali ialah rasul Allah, tetapi selagi salik itu sedar dirinya, dia janganlah melangkah lebih dari sempadan syariat; dia hendaklah jangan jadi pelampau.
Gulsyan-I-Raz berkata : “Sedarilah Allah sebagai pelaku di mana-mana; tetapi janganlah melampaui batasan “.
Kerana melanggar syariat itu adalah racun yang menyebabkan mati fikiran dan menyebabkan kegelapan.
8. Amirul-Mukminin hadhrat Ali berkata :Ubat anda dalam diri anda, anda tidak lihat.Penyakit anda dari diri anda, anda tidak perhatikan.
Anda adalah kecil di bandingkan dengan segala perbatasan (limitations).Anda lihat semua dalam diri anda dan diri anda dalam semua secara perincian. Apa yang anda kehendaki anda kehendaki untuk diri anda sendiri.
9. Khatrat masuk kedalam fikiran dengan ilham dan bukan melalui alatan pancaindera. Khatrat datang dari Alam Malakut ,sama ada yang baik atau yang buruk. Pengetahuan keduniaan datang melalui pancaindera. Apa sahaja yang datang dari Alam Malakut datang melaui hati (mata batin) dengan cara kebolehan khayali sebagaimana dalam mimpi atau selepas mati. Khatrat ini datang secara sukarela pada orang biasa selepas nyawa bercerai dengan badan dan juga pada orang yang ‘mati sebelum mati’. Mujahadah perlu ‘mati sebelum mati’. Agar seseorang itu mencapai mati dalam hidup itu sendiri. Seseorang itu dapat mengalami dalam hidup di dunia ini apa yang di alami oleh orang yang telah bercerai nyawa dari badan. Ia melalui ilmul-yaqin (pengetahuan dengan keyakinan) kepada ainul-yaqin (pengetahuan dengan mengalami sebenarnya atau dengan pandangan)
Nabi-nabi dan wali-wali mencapai pengalaman ini dalam hidup mereka (mereka melihat ke dalam Alam Arwah dan Alam Mithal dalam hidup ini dalam jaga mereka dan ini di gelar kasyaf ).
10. Firman yang bererti :
”Dialah yang Awal dan Akhir, yang Zahir dan yang Batin”.[ Surah Al Hadid : 3]
Jika Dia ada di situ, tidak ada ruang untuk (benda) atau ghayr (yang lain) sama ada zahir atau khayali.
Firman yang bererti:
” Sesungguhnya Dia meliputi segala-galanya “ iaitu apa yang nampak di luar atau apa yang di dalam khayalan. [Surah Fusilat : 54]
AwalNya adalah AkhirNya, dan AkhirNya adalah AwalNya.ZahirNya adalah BatinNya, dan BatinNya adalah ZahirNya. Tidak ada ruang untuk yang lain.
11. Khatrat ialah dari Allah dan bukannya yang lain. Khatrat itu sama ada baik atau jahat adalah tajalli Perkataan Allah yang turun ke dalam hati. ( Bisikan hati itu rasul Allah, oleh itu terimalah mereka ).
12. Apabila khatrat syaitan atau nafsani menyinari hati anda, terimalah sebagai perintah Allah dan petuhilah dalam ilmu dan khayalan. Apabila khatrat Rahmani (ketuhanan) atau Malaki (malaikat) menyinari hati anda, lakukanlah dengan perbuatan kerana ia membawa anda hampir dengan Allah. Dengan cara ini, seseorang Sufi sentiasa memerhatikan khatrat (khawatir hati ) dan tidak melupakan kerja-kerja hati itu. Kaum Syattariyah sangat mementingkan perkara ini dan menganggap semua khawatir (bisikan hati) datang dari punca ini.
13. Dalam Wahdat (keesaan) tidak ada (banyak) terpaksa di binasakan untuk mencapai Wahdat.
Huruf ‘mim’ dalam perkataan Ahmad di binasakan dalam Ahad. Sahabat-sahabat nabi bertanya, “Wahai Nabi, engkaukah Ahad ? “ Jawab Nabi, “Tidak, aku Ahmad tanpa ‘mim’-‘mim’ itu binasa dalam tajalli Ahdiyyat. (Siapa yang melihat ku, melihat Allah ).
14. Apabila tidak ada ghayr dalam Wahdat, bagaimanakah anda perhatikan ghayr dalam penyembahan anda ? Apabila ada ghayr di situ maka wujudlah munafik dalam penyembahan.
15. Anda tidak nampak Dia dalam benda-benda yang hina ; keagunganNya menjadi tabir di hadapan anda. Tidak ada seorang pun yang kenal Iskandar Zulkarnain dalam pakaian penunggu pintu . Rupanya pakaian itu menjadi tabir.
16. Apabila anda melakukan dosa, anggaplah itu sebagai perintah Allah dan diri anda telah di lantik untuk melakukan dosa itu; dan paling kan diri anda dari dosa itu dengan Istighfar (Aku berlindung dengan Allah daripada dosa) yang juga adalah perintah Allah. Jangan lupakan Qadha dan Qadar. Anggaplah diri anda sebagai alat.
Pandanglah kepada tauhid dalam perbuatan. Lupakan diri anda dan perbuatan anda. Tiap-tiap perbuatan sama ada baik atau jahat adalah dari Pelaku Yang Sebenarnya iaitu Haq Mutlak. Sesuatu lakuan adalah dari satu sifat daripada sifat-sifat Allah, yang tidak terkira banyaknya, dan sifat-sifat itu pula bergantung pada Zat. Dari lakuan (perbuatan) terus kepada sifat dan dari sifat kerana zat. Tiap-tiap lakuan (perbuatan) anda dalam dunia ini adalah bayangan lakuan, sifat atau zat Dia, dan resapkanlah diri anda dalam bayangan-bayangan ini. Junaid, pemimpin mazhab ini, ada berkata bahawa makrifat ada empat peringkat :
PERTAMA : Anggaplah tiap-tiap lakuan dan gerak, baik atau jahat, datang dari diri (salik) dan dunia, dan bermula dari Allah; dan ceraikan ini dari ‘pelaku yang terhad’ yang tidak ada lakuan, sifat dan zatnya sendiri. ‘Yang terhad’ adalah cermin zat , sifat dan lakuan Yang Mutlak – yang terhad itu hanya membayangkan ini.
KEDUA : Mulai dari perbuatan kepada sifat, kerana tidak ada perbuatan (lakuan) yang tidak bermula dari satu sifat.
KETIGA: Anggaplah tiap-tiap khatrat sebagai perintah Allah. Jika sekiranya khatrat itu khatrat jalali dan bersesuaian dengan syariat, lakukanlah.
Yang bererti :
”Apa sahaja binatang yang merangkak dan melata, melainkan Dialah yang memegang jambulnya (ubun-ubunnya), kerana sesungguhnya Tuhan ada di atas jalan yang lurus.” [Surah Hud : 56]
Jambul ‘rab’ bagi ruh adalah dalam tangan ‘rab’ diri yang terhad. Rab diri ialah dalam tangan Rab-ul-Arbab dalam tangan Uluhiyyat dan ini pula dalam tangan Wahdiyyat dan Wahdiyyat dalam tangan Wahdat dan Wahdat dalam tangan Zat Mutlak.
KEEMPAT : Pengetahuan diri memerlui cermin Ilmu Allah, agar dengan itu anda ketahui ilmu Allah dalam ilmu anda sebagai irfan (pengenalan) iaitu ilmu yang sama itu juga terzahir pada Arif dalam bentuk Irfannya. Inilah yang di maksudkan dengan baik dan jahat itu datang dari Allah. Inilah perbuatan (lakuan) Allah; dari perbuatan , timbul sifat; dan sifat menzahirkan Zat.Arif tidak hiraukan baik dan jahat, dia hanya sebagai alat perkakas. Tumpukan pandangan anda kepada perintah dan bukan kepada pemberi perintah dan kepada penerima perintah; jika tidak orang akan merujukkan hasil tindakkan (perbuatan) itu kepada diri, kepada nafas dan kepada syaitan. Suatu hari seorang murid berkata ;”Aku syukur kepada Allah kerana memberi taufik dan aku berlindung daripada dosa ‘. Gurunya berteriak ; “Aku fikirkan anda berdoa dan menjadi Muslim, bukannya supaya menjadi kafir dan musyrik “ Murid itu berkata :”Bagaimana pula ?” Guru itu menjawab : “Anda kaitkan perbuatan anda dengan Hamd (pujian) dan Istighfar pula pada diri. Ini kufur dan syirik.”
Firman yang bererti :
”Allah menjadikan kamu ada apa yang kamu buat “. (Surah Saffat : 96]
KejadianNya semuanya baik. Apa sahaja yang jahat berkaitan dengan ‘adum. Mengakui kesalahan (dosa) diri sendiri adalah sebagai adab kita kepada Allah.
Adam dan Hawa berkata : Yang bererti :
“Kami telah menzalimi diri kami “ [Surah al Araf : 23]
Mereka jawab ini apabila di Tanya kenapa mereka makan buah pokok yang terlarang itu. Tetapi adab itu janganlah di lakukan melampaui batasan hingga membawa syirik.
Firman yang bererti :
”Sesungguhnya aulia-aulia Allah tidaklah mereka takut dan dukacita “. [Surah Yunus : 62]
Syirik dan takut menghalang jalan Tauhid. ( Bagi Allah tidak ada pagi dan tidak ada petang ) Muwahid hendaklah memandang Tauhid meski pun dengan tidak di sedari ia membuat dosa. Aulia dan Ambiya lebih takut kepada syirik daripada dosa. Bebaskan diri anda daripada syirik, jika anda kosongkan diri anda dari diri.
Firman yang bererti :
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku! Janganlah engkau sekutukan Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” [Surah Luqman : 13]
Membebaskan diri sendiri daripada ‘diri’ lebih sukar dari ‘mematikan diri’ dan ‘mati dalam hidup’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan