Catatan Popular

Ahad, 25 Ogos 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (28). Akal dan jahil


Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

1    145. Soal: Yang mana dinamai perhiasan pada orang lelaki?
Jawab: Tiga perhiasan pada orang lelaki.
Pertama, ada ilmu dan kuat mendirikan hukum. Kedua, memurahkan hartanya kepada manusia serta tiada ingat akan dia. Ketiga, sangat berusaha pada segala pekerjaan yang memberi manaf'at.

1    146. Soal: Akal manusia itu berapa jengkal panjangnya?
Jawab: (Jenis) akal manusia itu tiga jengkal.
Satu jengkal, melebihkan dunia dari akhirat dan melebihkan harta daripada amal ibadat. Dua jengkal, melebihkan akhirat dan dunia, tiada suka pada pekerjaan yang tiada memberi menaf’at, lagi tahu akan dirinya itu hamba, dan merendahkan diri sesama manusia. Akal tiga Jengkal ialah orang yang memandang akan Tuhannya, fana' akan dirinya, dipandangnya pada segala perbuatan dirinya perbuatan Allah, dan ikhtiarnya ikhtiar Allah pada dirinya. Ini akal orang yang tiga jengkal itu.
  1. Soal: Apa yang berat daripada langit, apa yang lebih luas daripada bumi, apa yang lebih kaya daripada laut, apa yang lebih keras daripada batu, apa yang terlebih hangat daripada api, apa yang terlebih sejuk daripada air, dan apa yang terlebih pahit daripada racun?
    Jawab:Adapun yang terlebih berat dari pada langit itu iaitu menuduh orang yang tiada berdosa. Yang terlebih luas daripada bumi itu ialah kata yang sebenarnya. Yang terlebih kaya daripada laut itu Ialah hati yang murah. Yang terlebih keras daripada batu itu ialah hati orang munafik. Yang terlebih hangat daripada api itu ialah perkataan yang kasar. Yang terlebih sejuk daripada air itu berkehendakkan kepada bakhil. Yang terlebih pahit daripada racun itu ialah sabar.
  1. Soal: Mana kepala akal?
Jawab: Kepala akal itu tiga perkara: Mema'afkan kesalahan manusia, merendahkan diri kepada manusia, dan mendahulukan fikir sebelum menjawab soalan.
  1. Soal: Mana kepala jahil?
    Jawab: Kepala jahil tiga perkara: Orang yang sangat membesarkan diri sesama manusia, banyak perkataan yang tiada memberi menaFat, dan mengaibkan manusia pada suatu pekerjaan akan tetapi dia sendiri melakukannya. 
  2. Soal: Jahil itu dari manakah datangnya?
    Jawab. Jahil itu datang daripada ketiadaan ilmu, dengan sebab itulah wajib menuntut ilmu.

Tiada ulasan: