Catatan Popular

Ahad, 25 Ogos 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (29) Ilmu yang wajib dituntut



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui




152 Soal: Ilmu apakah yang wajib dituntut, dan apa hukum ke atas orang yang meninggalkan menuntut ilmu?
Jawab:Ilmu yang wajib dituntut itu tiga. Pertama, ilmu Usuluddin iaitu mengetahui barang yang wajib pada Allah, yang mustahil dan yang harus bagi-Nya. Demikian juga pada hak rasul. Semuanya itu hinga kadar mengsahkan imannya. Kedua ilmu Fiqh iaitu sekadar mengetahui syarat-syarat rukun amal ibadatnya dan yang membatalkannya. Ketiga, ilmu Tasawuf, iaitu sekira-kira mengetahui akan binasa apa yang membinasakan pahala ibadatnya. Sabda nabi Salla Allah 'alaihi wa sallam, tiada sekali-kali diterima amal syirik walau sebesar bukit sekalipun.

153 Soal: Apa hukum orang yang meninggalkan menuntut ilmu yang tiga itu dan tiada mengetahui ilmu yang tiga itu?
Jawab: Hukumnya fasiq sebab meninggalkan yang wajib, tiada sah menjadi wali nikah dan saksi.

154Soal: Dari mana datang papa?
Jawab: Papa datang daripada ketiadaan akal. Jikalau ada akalnya, panjang ikhtiarnya.

Tiada ulasan: