Catatan Popular

Ahad, 11 Ogos 2013

TOKOH SUFI HEBAT : KISAH HASAN AL BASRI BERTAUBAT (SIRI 9)



Pada mulanya Hasan dari Basrah adalah seorang penjual batu permata, kerana itu ia digelar sebagai hasan si pedagang mutiara. Hasan mempunyai hubungan perdagangan dengan Bizantium, kerana itu ia berhubung rapat dengan para jeneral dan menteri Kaisar. Dalam sebuah peristiwa ketika pergi ke Bizantium, Hasan mengunjungi perdana menteri dan mereka berbincang beberapa saat.
 “ Jika engkau suka, kita akan pergi ke suatu tempat,” menteri itu mengajak Hasan.
 “Terpulang kepadamu,” jawab Hasan. “Ke mana pun aku ikut sahaja.”

            Menteri itu memerintahkan agar disediakan seekor kuda untuk Hasan. Menteri naik ke belakang kudanya, Hasan pun melakukan hal yang serupa, setelah itu mereka berangkat menuju padang pasir. Sesampainya di tempat yang dituju, Hasan melihat sebuah khemah yang dibuat dari brokat Bizantium, diikat dengan tali sutera dan dipancang dengan tiang emas di atas tanah, Hasan berdiri jauh darinya.
            Tidak berapa lama kemudian muncul sepasukan tentera yang cukup dengan kelengkapan perang. Mereka lalu mengelilingi khemah itu, mengucapkan beberapa patah perkataan kemudian pergi. Setelah itu muncul pula ahli falsafah dan cerdik pandai yang hamper empat ratus orang jumlahya. Mereka mengelilingi khemah itu dan mengucapkan beberapa patah perkataan kemudian meninggalkannya. Hassan merasa sangat hairan menyaksikan kejadian-kejadian itu dan bertanya kepada dirinya sendiri, apakah ertinya semua itu?
            Hasan bertanya kepada perdana menteri. Menteri itu menjawab bahawa dahulu Kaisar mempunyai seorang putera yang tampan menguasai berbagai cabang ilmu pengetahuan dan tidak seorang pun dapat menandinginya. Kaisar sangat saying kepada puteranya itu. Tanpa diduga-duga, puteranya jatuh sakit. Semua tabib walau bagaimanapun mahir sekali tidak mampu menyembuhkan penyakitnya di bawah khemah tersebut. Setiap tahun orang ramai dating menziarahi kuburnya.”
            Sepasukan tentera yang mula-mula mengelilingi khemah tersebut berkata: “ Wahai putera mahkota, seandainya malapetaka yang menimpa dirimu ini terjadi di medan pertempuran, kami semua akan mengorbankan jiwa raga kami untuk  menyelamatkanmu. Tetapi malapetaka yang menimpa mu ini dating dari Dia yang tidak sanggup kami perangi dan tidak dapat kami tentangi.” Setelah itu mereka pun berlalu dari tempat itu.
            Kemudian tibalah giliran ahli falsafah dan cerdik pandai. Mereka berkata: “ Malapetaka yang menimpa dirimu ini dating dari Dia yang tidak dapat kami lawan dengan ilmu pengetahuan, falsafah dan tipu muslihat. Kerana semua falsafah di atas bumi ini tidak berdaya menghadapi-Nya dan semua cerdik pandai hanya seperti orang-orang yang dungu dihadapan –Nya. Jika demikian halnya, kami akan berusaha dengan menajukan dalih-dalih yang tidak dapat dibantah oleh sesiapa pun di alam semesta ini. “ Setelah berucap, mereka pun pergi.
            Tiba giliran orang-orang tua yang mulia: “ Wahai putera mahkota, seandainya malapetaka yang menimpa dirimu ini dapat dicegah oleh campurtangan orang-orang tua, nescaya ami telah mencegahnya dengan doa-doa kami yang rendah hati, maka pastilah kami tidak akan meninggalkan engkau seorang diri di tempat ini. Tetapi malapetaka yang menmpa mu dating dari Dia yang sedikitpun tidak mampu ditentang oleh sesiapapun.” Setelah itu mereka pun berlalu.
            Kemudian wanita-wanita cantik dengan bekas-bekas berisi emas dan batu permata mengelilingi khemah itu dan berkata: “Wahai putera Kaisar, seandainya malapetaka yang menimpa dirimu ini boleh ditebus dengan kekayaan dan kecantikan, nescaya kami merelakan diri dan harta kekayaan kami yang banyak ini untuk menebusmu dan tidak kami tinggalkan engkau di tempat ini. Namun malapetaka ini ditimpakan oleh Dia yang tidak dapat dipengaruhi oleh harta kekayaan dan kecantikan.” Selesai ucapan itu , mereka pun beredar.
            Akhir sekali Kaisar beserta perdanamenterinya tampil masuk ke dalam khemah itu dan berkata : “Wahai biji mata dan pelita hati ayahanda!Apakah yang dapat dilakukan oleh ayahanda ini? AYahanda telah mendatangkan sepasukan tentera yang perkasa , para ahli falsafah dan cerdik pandai, para penasihat, wanita-wanita yang cantik jelita, harta benda dan berbagai-bagai barang berharga. Dan ayahanda sendiri pun telah dating. Jika semua ini berfaedah, maka ayahanda pasti melakukan segala sesuatu yang dapat ayahanda lakukan. Tetapi malapetaka ini telah menimpa mu oleh Dia yang tidak mampu ditentang oleh apapun.. Semoga engkau mendapat kesejahteraan, selamat tinggal sampai tahun yang mendatang.” Kata-kata ini diucapkan oleh Kaisar kemudian ia berlalu dari tempat itu.
            Cerita menteri ini sangat memberi kesan di hati Hasan. Ia tidak dapat melawan dorongan hatinya. Dengan segera ia bersiap-siap untuk kembali ke negerinya. Sesampainya di kota Basrah ia bersumpah tidak akan tertawa lagi di atas dunia ini sebelum mengetahui dengan pasti bagaimana nasib yang akan dihadapinya nanti. Ia melakukan segala macam kebaktian dan disiplin diri yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun pada masa hidupnya.

Tiada ulasan: