Catatan Popular

Jumaat, 2 Ogos 2013

TEROKA IMAN DAN TAUHID SIRI 17 (BAH 1) : PERBEZAAN DI ANTARA ASAS IMAN DENGAN NATIJAH IMAN



Iman yang sahih melahirkan natijah-natijah yang membawa kesan-kesan penting kepada orang-orang yang beriman. Iman yang benar meresap ke dalam hati dan menguasai jiwa mu'min bagi memudahkan ia menta'ati semua perintah-perintah Allah. Iman yang terbit dari sumber yang sahih akan memenuhi jiwa dengan ketenangan sehingga meningkatkan dalam diri mu'min daya pengorbanan dan perjuangan yang tinggi bagi memikul tugas-tugas da'wah Islamiyyah dan jihad fi sabilillah. Bertambah di dalam diri mu'min dengan iman yang sahih sifat pergantungan, keyakinan, tawakkal, takut, berserah dan berharap kepada Allah.
Sebahagian dari kesan iman yang sahih dan 'ibadah yang sah juga ialah Allah mencampakkan ilham atau lintasan-lintasan hati, mimpi salihah, kassyaf dan karamah ke dalam diri mu'min. Kesemua perkara ini sah berlakunya kerana terdapat nas-nas al-Qur'an dan sunnah yang membenarkannya. Walaupun demikian natijah-natijah iman tersebut hanyalah merupakan petunjuk jalan untuk;rizembolehkan mu'min untuk terus mengendalikan seluruh urusan hidupnya di bawah naungan sumber yang asasi, iaitu al-Qur'an dan al-Sunnah. Natijah-natijah iman tidak boleh dijadikan dalil bagi penetapan dasar-dasar 'aqidah ataupun penambahan­penambahan kepada amal 'ibadah, hukum-hukum syari'at dan sudut-sudut akhlak.
Sumber yang sahih, iaitu al-()ur'an dan al-Sunnah telah menggariskan bahawa:
1.      Mencapai natijah-natijah iman seperti kassyaf, firasat, karamah dan sebagainya bukan merupakan matlamat 'ibadah.
2.      Natijah-natijah iman dalam perkara-perkara di atas tidak menjadi dalil kepada 'aqidah, 'ibadah, syari'at ataupun sudut-sudut akhlak. la cuma berperanan dalam terus membimbing mu'min untuk berjalan dengan selamat di atas sumber-sumber yang sahih, iaitu al-gur'an dan al-Sunnah.
3.      Tidak ada sesuatu yang mengatasi ketinggian kedudukan al-()ur'an dan al-Sunnah sebagai sumber pegangan hidup mu'min. Sehebat mana sekalipun natijah-natijah iman yang dIslami oleh seseorang ia tidak dapat menggantikan al-gur'an dan al-Sunnah.
4.      Tidak ada manusia selain para nabi yang boleh mencapai peringkat ma'sum. Oleh itu natijah-natijah iman tidak menjadi hujjah terhadap taraf kemulian atau kesuciaan seseorang sehingga kata-kata dan perbuatannya diletakkan setaraf dengan kata-kata dan perbuatan Rasulullah s.a.w.
5.      Tidak gugur taklif atau kewajipan-kewajipan di dalam al-Din semata-mata kerana seseorang itu telah diberikan keistimewaan dengan mengalami berbagai-bagai natijah iman.

Tiada ulasan: