Siri-2
oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal @ To’ Takbai (Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara)
(Maka kaya olehmu) akan segala waktu kamu
dengan dukacita rindu kepada Allah dan ketahui akan qadarNya. (Dan syukur
olehmu) akan Allah, karena keduanya (kaya dan syukur) itu terlebih lazat daripada
segala lazat [kepada] yang lain yang membimbangkan daripada Allah. (Dan usaha
olehmu) dengan melebih keduanya dengan mengurangkan syawaghil
[kebimbangan-kebimbangan kepada selain Allah] dan membanyakkan zikrullah hingga
jadi terbalik dukacita itu kesukaan pula dan hudhur serta Allah, dan kamu
berpaling daripada perhiasan dunia dan kemegahannya dan segala nikmat syurga.
Dan engkau berhadap tawajjuh kepada Allah Ta’ala dengan setinggi-tinggi himmah
dengan dzahir dan bathin dan dengan sekalian anggota kamu. (Dan kasih olehmu)
akan Allah supaya jangan ada engkau daripada ahli dunia dan ahli akhirat, hanya
jadikan olehmu daripada ahlullah, maka tiada tinggal di dalam hati engkau
berpaling sekali-kali kepada ma-siwallah.
Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم:
إن لله جنة
ليس فيها حور ولاقصور ولا لبن ولاعسل ولكن يتجلى فيها ربناضاحكا ألا وهي قلب
العارف بالله
[Artinya]: Bahwasanya bagi Allah itu syurga, tiada padanya anak bidadari dan tiada mahligai dan tiada susu dan tiada madu tetapinya tajalli padanya Tuhan kita pada hal suka ia.Ketahui olehmu dan iaitu hati ‘arifbillah.
Maka jika berkehendak bahwa jadi hati engkau syurga Allah (tempat tajalliNya) dan engkau dapat padanya akan lazat berjinak-jinak dan hudhur serta Allah maka hampir olehmu kepada Allah dengan menyucikan hatimu iaitu baitullah daripada cemar-cemar segala shifat yang menjauhkan daripada Allah supaya Allah Ta’ala hampir kepada engkau terlebih banyak daripada hampir engkau kepadaNya dan tajalli [D]ia bagi engkau dan supaya jadi [D]ia sam’un (pendengaran) dan bashar (penglihatan) engkau , maka engkau dengar dan engkau lihat dengan Allah dan engkau berkelakuan dengan akhlaq Allah dan jernih hatimu maka jadi ia ‘arasy Allah (tempat tajalli Tuhan) maka jadi engkau fana’ dan baqa’ dengan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan