oleh Shaikh
Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal @ To’ Takbai (Penyebar
Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara)
(Siri - 4)
Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah “جلاء القلوب بذكر الله” oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani رحمه الله تعالى عنه atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal.(Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara)
Fashal (فصل)
pada menyatakan kasih kepada Allah
Hai saudaraku! Sucikan olehmu akan
hatimu daripada kasihkan ma-siwallah (ما سوى الله) (barang yang lain daripada
Allah) dan engkau hiasi akan dia dengan segala permata kasihkan Allah. Jangan
engkau kasih ma-siwallah kerana kasih itu permata yang sangat indah, maka
janganlah engkau taruhkan dia kepada tempat yang kotor lagi cemar iaitu
ma-siwallah. Maka jangan engkau kasih kepada yang lain daripada Allah. (Maka
hendaklah engkau) kasihkan dia [ma-siwallah] kerana Allah supaya tiada
dibalakan kamu oleh Allah dengan sebab dia (ma-siwallah). Maka jadi sakit
hatimu dan merasailah engkau akan pahit bercerai dengan dia. Maka janganlah
engkau kasih dengan sebenar-benar melainkan Allah kerana [D]ialah taulan engkau
yang menolongkan kamu dan tiada bercerai daripada engkau sekejip mata daripada
dunia hingga akhirat. Dan [D]ialah yang memberi rahsiaNya kepada engkau dan
mengampunkan dosa kamu.
(Dan hatimu itu) cermin bagi jamaal
Allah dan tempat berkhalwat berjumpa dengan Allah dan [D]ialah serta engkau
barang dimana engkau. (Dan ma-siwallah) itu tiada kekal baginya, hanya ghaib ia
dengan bercerai dengan tinggal dan mati. Maka keluh-kesahlah engkau dan
merasalah engkau dengan pahit bercerai dengan kekasih. (Maka hendaklah engkau
berpaling) daripada sekalian yang lain, dan hampakan [kosongkan] hatimu bagi
kasihkan Allah jua. Dan tiap-tiap saat engkau sebutkan Allah, hingga jadilah
engkau daripada ahlullah dan masuklah kedalam syurga Allah iaitu hatimu dan
kamu dapat padanya hudhur serta Allah dan mabuklah engkau dengan minum arak
berjinak-jinak dengan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan