PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)
Orang yang menjalani jalan menuju
akhirat perlu bimbingan guru yang mursyid lagi bijak mendidik.Dia dapat
menghapuskan sifat-sifat mazmumah dengan tarbiahnya yang mantap.Sifat-sifat
mazmumah itu diganti dengan sifat-sifat mahmudah.Proses tarbiyah diumpamakan
pekerjaan seorang petani yangsentiasa membuang duri dan rumput yang tumbuh
dicelah-celah tanamannya.Dengan sebab itu tanamannya akan subur dan
menghasilkan rezeki yang lumayan.
Guru yang mursyid juga bertindak selaku penta`dib iaitu mengasuh adab dan membimbingnya ke jalan Allah,kerana Allah SWT mengutuskan rasul-rasulNya untuk menjadi pembimbing umatnya dan apabila rasul-rasul a.s. wafat tugas mereka diteruskan para khulafa` untuk membimbing manusia ke jalan Allah.
Guru yang mursyid adalah pewaris Rasulullah SAW yang mendalam ilmunya,tetapi tidak semua orang alim layak menjadi waris Rasulullah SAW.Justeru itu diperturunkan sifat-sifat guru mursyid:
Apabila seseorang itu dibimbing oleh guru mursyid maka perlu dia menghayati adab-adab bergaul dengannya.
Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh
NASIHAT KE 16:PERLUNYA GURU MURSYID
Guru yang mursyid juga bertindak selaku penta`dib iaitu mengasuh adab dan membimbingnya ke jalan Allah,kerana Allah SWT mengutuskan rasul-rasulNya untuk menjadi pembimbing umatnya dan apabila rasul-rasul a.s. wafat tugas mereka diteruskan para khulafa` untuk membimbing manusia ke jalan Allah.
Guru yang mursyid adalah pewaris Rasulullah SAW yang mendalam ilmunya,tetapi tidak semua orang alim layak menjadi waris Rasulullah SAW.Justeru itu diperturunkan sifat-sifat guru mursyid:
- Seseorang yang berpaling daripada mencintai dunia dan pangkat.
- Guru mursyid dibimbing oleh guru mursyid dan salasilahnya sampai kepada Rasulullah SAW.
- Dia seorang yang berjaya mendidik dirinya sendiri dengan menyedikitkan makan,kurang bercakap,kurang tidur,banyak bersolat,bersedekah dan berpuasa.
- Disebabkan guru tersebut dibimbing oleh guru mursyid yang menyebabkan dia memiliki akhlak mulia sebagai cara hidupnya seperti sabar,sholat,tawakkal,syukur,yakin,qana’ah,berjiwa tenang,penyantun,tawadhuk,berilmu,benar,malu,menyempurnakan janji,teguh pendirian dan berhati-hati.
Apabila seseorang itu dibimbing oleh guru mursyid maka perlu dia menghayati adab-adab bergaul dengannya.
- Jangan bertengkar dengannya dan hindari berhujah melawannya.
- Jangan terburu-buru menghamparkan sejadah dihadapannya kecuali pada waktu sholat.
- Jangan memperbanyak solat sunat dihadapannya.
- Hendaklah dia mengamalkan apa-apa yang diperintahkan oleh gurunya itu dengan kadar keupayaannya.
- Apa sahaja yng diterima daripada gurunya itu jangan sekali-kali mengengkarinya dari segi batin,perbuatan dan perkataan.Jangan dia menjadi seorang munafik,kalau dia tidak berupaya mematuhi gurunya adalah lebih baik dia meninggalkannya sehingga dia benar-benar mampu boleh datang semula kepada gurunya. Dan keadaan batinnya sama dengan keadaan zahirnya.
- Jangan bersahabat dengan orang jahat supaya terhindar dia daripada berhubung hatinya dengan syaitan manusia dan syaitan jin.Dengan itu hatinya suci daripada bisikan syaitan.Dia hendaklah memilih kehidupan fuqara` yang merendah diri daripada cara hidup golongan kaya yang angkuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan