1. Nama ilmu ini iaitu ilmu Tauhid,
ilmu Kalam, ilmu Sifat, ilmu Ussuluddin, ilmu ‘Aqidul Iman
2. Tempat ambilannya : iaitu diterbitkan daripada
Qur’an dan Hadits
3. Kandungannya iaitu mengandung pengetahuan dari
hal membahas ketetapan pegangan kepercayaan kepada Tuhan dan kepada
rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan
segala dalil-dalil supaya diperoleh I’tikad yang yakin (kepercayaan yang
putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana
kepercayaan itu.
4. Tempat bahasannya atau Maudu’nya
kepada empat tempat:
a. Pada Zat Allah Ta’ala
dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil padaNya dan
sifat-sifat yang harus padaNya.
b. Pada zat rasul-rasul
dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil padanya dan
sifat-sifat yang harus padanya
c. Pada segala kejadian
dari segi jirim dan jisim dan aradh sekira-kira keadaannya itu jadi petunjuknya
dan dalil bagi wujud yang menjadikan dia
d. Pada segala pegangan dan
kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran rasul-rasul
Allah seperti hal-hal surga dan neraka dan hari kiamat
5. Faedah ilmu ini iaitu dapat
mengenal Tuhan dan percaya akan rasul dan mendapat kebahagian hidup didunia dan
hidup di akhirat yang kekal.
6. Nisbah ilmu ini dengan lain-lain
ilmu, yaitu ilmu ini ialah ilmu yang terbangsa kepada agama islam dan yang
paling utama sekali dalam agama islam.
7. Orang yang menghantarkan ilmu
ini atau mengeluarkannya yaitu, yang pertama mereka yang menghantarkan titisan
ilmu tauhid dengan mendirikan dalilnya untuk menolak perkataan meraka yang
menyalahi ialah dari pada ulama-ulama yang mashur yaitu Imam Abu Al hasan Al
Asy’ari dan Imam Abu Mansur At Maturidi tetapi mereka pertama yang menerima
ilmu tauhid daripada Allah Ta’ala ialah nabi Adam alaihissalam, dan yang akhir
sekali Nabi Muhammad SAW.
8. Hukumnya, iaitu fardhu ‘ain bagi
tiap-tiap orang yang mukallaf laki-laki atau perempuan mengetahui sifat-sifat
yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada Allah Ta’ala dengan jalan Ijmal
atau ringkasan begitu juga bagi rasul-rasul Allah dan dengan jalan tafsil atau
uraian
9. Kelebihannya iaitu semulia-mulia
dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu yang lain-lain, karena menurut haditsnya
nabi: Inallahata’ala lam yafrid syai’an afdola minattauhid wasshalati walaukana
syai’an afdola mintu laf tarodohu ‘ala malaikatihi minhum raakitu wa minhum
sajidu, artinya, Tuhan tidak memfardukan sesuatu yang terlebih afdhol daripada
mengEsakan Tuhan. Jika ada sesuatu terlebih afdhol daripadanya
niscaya tetaplah telah difardhukan kepada malaikatnya padahal setengah daripada
malaikatnya itu ada yang ruku’ selamanya dan setengah ada yang sujud selamanya
dan juga ilmu tauhid ini jadi asal bagi segala ilmu yang lain yang wajib
diketahui dan lagi karena mulia , yaitu Zat Tuhan dan rasul dan dari itu maka
jadilah maudu’nya semulia-mulia ilmu dalam agama islam.
10. Kesudahan ilmu ini iaitu dapat membedakan
antara I’tikad dan kepercayaan syah dengan yang batil dan dapat pula membedakan
antara yang menjadikan dengan yang dijadikan atau antara yang Qadim dengan yang
muhadasNya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan