PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)
Wahai anakku tibalah masanya aku
(Imam al-Ghazali) kemukakan nasihatku yang terakhir yang terdiri daripada lapan
perkara.Terimalah nasihat ini agar ilmu yang ada pada dirimu tidak menjadi alas
an yang memudaratkanmu diakhirat nanti.4 Perkara yang wajib engkau tinggalkan
dan 4 perkara lagi wajib dilaksanakan.Empat perkara itu ialah:
1. Berusahalah sedaya upaya untuk tidak terjebak dengan pertengkaran yang akan mencetuskan pelbagai penyakit.Dosa dan kemudaratannya lebih besar daripada faedahnya.Pertengkaran mencetuskan sifat-sifat mazmumah/tercela seperti riya`,hasad dengki,sombong,permusuhan dan membangga-bangga diri.Seandainya perselisihan anda dengan pihak lain demi menegakkan kebenaran,tentu wujud dua elemen penting,iaitu;
a. Anda mengharapkan kebenaran itu akan terserlah melalui lidah anda atau orang lain.
b. Anda lebih selesa seandainya perdebatan itu diadakan secara tertutup dan tidak dihadiri oleh orang ramai.
Ketahuilah bahawa mengajukan kemusykilan pada sesuatu masalah itu sama keadaannya sebagaimana anda mendedahkan penyakit hati atau jiwa kepada seorang doktor.Jawapan kepada kemusykilan itu setara dengan usaha menyembuhkan penyakit.
Ingatlah bahawa orang yang jahil itu berpenyakit hati,sedangkan alim ulama` adalah para doktor yang berupaya merawati penyakit itu.Justeru itu seorang yang disangka berilmu tetapi belum sempurna dan mencapai kematangan dalam keilmuan sama dengan seorang doktor yang belum mencapai tahap kepakaran dan tidak mampu mengubati dan merawat penyakit pesakitnya.Dalam hal ini tidak semua orang alim yang sempurna ilmu mahu mengubati semua orang yang sakit.Mereka berkemungkinan hanya mahu merawat pesakit yang berpotensi untuk sembuh.Sebaliknya pesakit yang berpenyakit kronik dan kritikal sukar untuk dipulihkan,malah doktor itu berkata:”Orang ini sudah tidak dapat diubati.”Dia tidak mahu lagi membuang masa untuk merawatnya.
Ketahuilah wahai anakku penyakit jahil ini dikategorikan kepada empat jenis.Hanya satu boleh diubati dan tiga lagi tidak boleh diubati lagi.Tiga kejahilan yang tidak boleh diubati itu adalah seperti berikut:
i. Orang jahil yang bertanya untuk menimbulkan masalah kerana didorong oleh hasad dengki dan akibat kemarahan/kebencian.
Kejahilan seperti ini walaupun menerima penjelasan yang baik,lancar dan terang tetap tidak memuaskan hati mereka malah menimbulkan kemarahan dan kebencian.Adalah lebih baik engkau tidak menjawab soalan mereka.Sebagaimana yang dijelaskan oleh sya’ir berikut:
Jangan pedulikan soalannya dan biarkan dia dengan penyakitnya.Sehubungan ini Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya orang yang terperangkap dengan penyakit hasad dengki seluruh perkataan dan perbuatannya telah menyalakan api yang menghanguskan seluruh amalannya.Hasad dengki diumpamakan menghapuskan pahala pendengki seperti api membakar kayu bakar.
ii. Kejahilan juga berakar punca daripada kedunguan atau al-hamaqah.Sifat dungu juga sukar diubati.Seperti mana kata Nabi Isa a.s. :”Aku tidak lemah daripada menghidupkan orang yang telah mati,tetapi aku tidak akan berjaya mengubati orang yang dungu.Contoh soalan sidungu yang baru belajar ilmu akal dan ilmu syarak,lantas dia berani mencabar seorang ‘alim yang telah lama mendalami ilmu akal dan ilmu syarak.Si dungu ini tidak tahu persoalan yang diajukannya dan dia menyangka orang ‘alim itu juga mempunyai masalah yang sama dengannya tentang persoalan itu.Soalan si dungu seperti ini tidak perlu dijawab.
iii. Bahawa orang yang bertanya itu memang menghendaki pertunjuk dan hidayah.Tetapi persoalan yang ditimbulkan setaraf dengan perkataan para ulama` sufi.Pertanyaan itu timbul daripada kecetekan kefahamannya,Ia tidak perlu dijawab demi kemaslahatannya.Sehubungan ini Rasulullah SAW bersabda:
iv. Adapun kejahilan yang boleh diubati itu ialah kejahilan yang ada pada seseorang yang benar-benar ingin mencari pertunjuk dan ia mempunyai akal yang baik dan cepat memahami sesuatu masalah.Ia bukan dipengaruhi oleh hasad,marah,cintakan kedudukan dan harta dunia.Dia benar-benar ingin mencari jalan yang lurus,pertanyaannya tidak ada unsure dengki dank eras kepala atau mahu menguji orang ‘alim.Orang seperti inilah yang boleh menerima perbaikan.Soalannya wajib dijawab serta permasalahannya wajib diselesaikan.
Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh
NASIHAT KE 23:TINGGALKAN 4 PERKARA
1. Berusahalah sedaya upaya untuk tidak terjebak dengan pertengkaran yang akan mencetuskan pelbagai penyakit.Dosa dan kemudaratannya lebih besar daripada faedahnya.Pertengkaran mencetuskan sifat-sifat mazmumah/tercela seperti riya`,hasad dengki,sombong,permusuhan dan membangga-bangga diri.Seandainya perselisihan anda dengan pihak lain demi menegakkan kebenaran,tentu wujud dua elemen penting,iaitu;
a. Anda mengharapkan kebenaran itu akan terserlah melalui lidah anda atau orang lain.
b. Anda lebih selesa seandainya perdebatan itu diadakan secara tertutup dan tidak dihadiri oleh orang ramai.
Ketahuilah bahawa mengajukan kemusykilan pada sesuatu masalah itu sama keadaannya sebagaimana anda mendedahkan penyakit hati atau jiwa kepada seorang doktor.Jawapan kepada kemusykilan itu setara dengan usaha menyembuhkan penyakit.
Ingatlah bahawa orang yang jahil itu berpenyakit hati,sedangkan alim ulama` adalah para doktor yang berupaya merawati penyakit itu.Justeru itu seorang yang disangka berilmu tetapi belum sempurna dan mencapai kematangan dalam keilmuan sama dengan seorang doktor yang belum mencapai tahap kepakaran dan tidak mampu mengubati dan merawat penyakit pesakitnya.Dalam hal ini tidak semua orang alim yang sempurna ilmu mahu mengubati semua orang yang sakit.Mereka berkemungkinan hanya mahu merawat pesakit yang berpotensi untuk sembuh.Sebaliknya pesakit yang berpenyakit kronik dan kritikal sukar untuk dipulihkan,malah doktor itu berkata:”Orang ini sudah tidak dapat diubati.”Dia tidak mahu lagi membuang masa untuk merawatnya.
Ketahuilah wahai anakku penyakit jahil ini dikategorikan kepada empat jenis.Hanya satu boleh diubati dan tiga lagi tidak boleh diubati lagi.Tiga kejahilan yang tidak boleh diubati itu adalah seperti berikut:
i. Orang jahil yang bertanya untuk menimbulkan masalah kerana didorong oleh hasad dengki dan akibat kemarahan/kebencian.
Kejahilan seperti ini walaupun menerima penjelasan yang baik,lancar dan terang tetap tidak memuaskan hati mereka malah menimbulkan kemarahan dan kebencian.Adalah lebih baik engkau tidak menjawab soalan mereka.Sebagaimana yang dijelaskan oleh sya’ir berikut:
كل العداوة قد ترجي ازالتها * الا عداوة من عاداك عن حسد
Maksudnya:Segala permusuhan itu adalah
diharapkan akan hilangnya,kecuali permusuhan yang ditimbulkan daripada orang
yang berhasad dengki terhadapmu.Jangan pedulikan soalannya dan biarkan dia dengan penyakitnya.Sehubungan ini Allah SWT berfirman:
َ فَأَعْرِضْ عَن مَّن
تَوَلَّى عَن ذِكْرِنَا وَلَمْ يُرِدْ إِلا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
Maksudnya:Maka berpalinglah engkau daripada mereka yang telah memalingkan
mukanya daripada mengingati Kami,dan dia sebenarnya tidak menghendaki kecuali
hanya kesenangan hidup dalam dunia ini.(Surah al-Najm ayat 29).Sesungguhnya orang yang terperangkap dengan penyakit hasad dengki seluruh perkataan dan perbuatannya telah menyalakan api yang menghanguskan seluruh amalannya.Hasad dengki diumpamakan menghapuskan pahala pendengki seperti api membakar kayu bakar.
ii. Kejahilan juga berakar punca daripada kedunguan atau al-hamaqah.Sifat dungu juga sukar diubati.Seperti mana kata Nabi Isa a.s. :”Aku tidak lemah daripada menghidupkan orang yang telah mati,tetapi aku tidak akan berjaya mengubati orang yang dungu.Contoh soalan sidungu yang baru belajar ilmu akal dan ilmu syarak,lantas dia berani mencabar seorang ‘alim yang telah lama mendalami ilmu akal dan ilmu syarak.Si dungu ini tidak tahu persoalan yang diajukannya dan dia menyangka orang ‘alim itu juga mempunyai masalah yang sama dengannya tentang persoalan itu.Soalan si dungu seperti ini tidak perlu dijawab.
iii. Bahawa orang yang bertanya itu memang menghendaki pertunjuk dan hidayah.Tetapi persoalan yang ditimbulkan setaraf dengan perkataan para ulama` sufi.Pertanyaan itu timbul daripada kecetekan kefahamannya,Ia tidak perlu dijawab demi kemaslahatannya.Sehubungan ini Rasulullah SAW bersabda:
نحن معاشر الانبياء امرنا ان
نتكلم الناس علي قدر عقولهم
Mafhumnya:”Kami para
Anbiya` disuh berbicara dengan sekalian manusia menurut kadar akal mereka.”iv. Adapun kejahilan yang boleh diubati itu ialah kejahilan yang ada pada seseorang yang benar-benar ingin mencari pertunjuk dan ia mempunyai akal yang baik dan cepat memahami sesuatu masalah.Ia bukan dipengaruhi oleh hasad,marah,cintakan kedudukan dan harta dunia.Dia benar-benar ingin mencari jalan yang lurus,pertanyaannya tidak ada unsure dengki dank eras kepala atau mahu menguji orang ‘alim.Orang seperti inilah yang boleh menerima perbaikan.Soalannya wajib dijawab serta permasalahannya wajib diselesaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan