Catatan Popular

Selasa, 2 Oktober 2012

NASIHAT 22 : KURANG BERTANYA BANYAK AMAL (IMAM AL GHAZALI - KITAB AYYUH AL-WALAD)

PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)

Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh

NASIHAT KE 22:KURANG BERTANYA BANYAK BERAMAL

Persoalan-persoalan yang telah diajukan olehmu telah ku jawab didalam kitab-kitabku,silalah engkau merujuk disana.Adalah tidak dibenarkan menulis sebahagian daripadanya kerana ia adalah ilmu zauqi yang diperolehi melalui kelazatan beramal.Beramallah dengan ilmu yang engkau telah ketahui supaya dengannya terbuka hijab ilmu yang engkau belum ketahui.
Wahai anakku ! Selepas ini janganlah engkau banyak bertanya kepadaku tentang kemusykilanmu,melainkan pertanyaan itu datang dengan lidah hatimu.Nasihat ku ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَلَوْ أَنَّهُمْ صَبَرُوا حَتَّى تَخْرُجَ إِلَيْهِمْ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya:Seandainya mereka bersabar menunggu sehingga engkau (Muhammad) keluar menghadapi mereka.Maka itu adalah sesungguhnya lebih baik bagi mereka.Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.(Surah al-Hujurat ayat 5).
Terimalah nasihat Nabi Khaidir a.s. ketika dia menasihati Musa a.s.:
َ فَلا تَسْأَلْنِي عَن شَيْءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْراً
Maksudnya:Maka janganlah engkau segera bertanya kepadaku tentang sesuatu,sehinggga sampai masanya aku akan memberitahumu tentang hal itu kepadamu.(Surah al-Kahf ayat 70)
Justeru itu janganlah engkau terburu-buru hendak bertanya sebelum sampai masanya.Dan apabila tiba masanya ketika itu akan nampak segala-galanya bagimu.Firman Allah dalah Surah al-Anbiya` ayat 37:
سَأُورِيكُمْ آيَاتِي فلا تَسْتَعْجِلُونِ
Maksudnya:Selagi akan Aku perlihatkan kepadamu tentang tanda-tanda kebesaranKu,maka janganlah kamu terburu-buru mendesakku.
Maka janganlah engkau bertanya sebelum tiba masanya,dan yakinlah bahawasanya engkau tidak akan sampai kepenghujung jalan kecuali apabila engkau terus berjalan sebagaimana firman Allah :
أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الا رْضِ فَيَنظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ
Maksudnya:Apabila mereka tidak mahu berjalan diatas muka bumi ini,lalu mereka dapat melihat akibat yang menimpa keatas golongan terdahulu daripada mereka iaitu segala sesuatu untuk dijadikan iktibar.(Surah Fathir ayat 44).

Wahai anakku,Demi Allah seandainya engkau terus berjalan,engkau akan dapat melihat perkara-perkara yang sangat menakjubkan pada setiap tempat,dan korbankanlah dirimu untuk sampai kesana lantaran punca kejayaan adalah pengorbanan jiwa raga sebagaimana perkataan hikmah Zun Nun al-Misri:Jikalau engkau bersedia untuk berkorban dengan jiwa dan ragamu maka teruskanlah perjalananmu.Jika tidak usahlah engkau mengikuti jalan kesufian.

Tiada ulasan: