PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)
Kedua:Segala tindakan anda terhadap orang lain hendaklah didahului dengan mengukur tindakan itu sekiranya terkena keatas diri anda sendiri.Justeru itu apa yang anda suka orang lain melakukan keatas diri anda maka laksanakanlah yang sedemikian itu keatas orang lain.Ini disebabkan iman seseorang hamba Allah itu tidak akan sempurna sehingga dia mencintai seluruh manusia apa-apa yang disukai keatas dirinya sendiri.
Ketiga: Apabila anda mempelajari sesuatu ilmu atau menelitinya secara mendalam biarlah ilmu itu dapat memperbaiki dan menyuci jiwa anda.Demikian juga seandainya anda mengetahui bahawa usia anda hanya tinggal seminggu lagi,pasti anda tidak sibuk belajar ilmu feqah yang sibuk berkhilafiah.Anda juga dalam keadaan seperti itu tidak akan sibuk belajar teori akhlak dan ilmu kalam untuk berdebat semata-mata.
Dalam keadaan seperti ini anda akan sibuk dengan muraqabah hati anda sendiri dengan mempelajari sifat-sifat kejernihan jiwa dan berpaling dari urusaqn dunia yang melalaikan.Ketika itu anda sibuk mengisi hati anda dengan cinta Allah,beribadat kepadaNya dan menghiaskan diri dengan sifat-sifat mahmudah.
Wahai anakku yang tercinta ! Dengarlah nasihatku dengan teliti mudah-mudahan anda berada di jalan keselamatan.
Cubalah anda fikirkan sekiranya seorang sultan hendak melantikmu menjadi menteri besarnya seminggu lagi.Beritahukan kepadaku apakah yang anda akan lakukan dalam tempoh seminggu itu ? Sudah tentu dalam masa seminggu itu anda akan melakukan apa sahaja yang disukai oleh sultan itu.
Maka sekarang cuba anda fikirkan baik-baik apa yang telah aku katakana tadi kerana anda adalah seorang yang cerdas kefahamannya dan perkataan yang sedikit sudah cukup bagi seorang yang bijak.Rasulullah SAW bersabda:
Seandainya anda ingin memperdalamkan hal-hal yang berkaitan dengan hati maka hendaklah anda merujuk kepada kitab Ihya` ‘Ulum al-Din dan yang lainnya daripada hasil nukilanku.
Ilmu yang berkaitan dengan penyucian jiwa adalah termasuk dalam ilmu-ilmu fardhu ‘ain dan yang lain daripadanya adalah ilmu fardhu kifayah,kecuali sekadar anda belajar hokum-hukum yang berkenaan dengan kesempurnaan mengerjakan kefardhuan yang diwajibkan.Mudah-mudahan Allah memberi tawfiq kepadamu dengan menghasilkan ilmu dari jenis itu.
Keempat: Janganlah anda menghimpunkan harta benda dunia lebih banyak daripada cukup makan setahun seperti apa yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW bagi sebahagian daripada isteri-isterinya dan Junjungan SAW bersabda:
اللهم اجعل قوت ال محمد كفافا Mafhumnya: Ya Allah jadikanlah makanan keluarga Muhammad hanya secukupnya sahaja.
Junjungan Nabi SAW tidak menyediakan makanan untuk keperluan setahun keluarganya,atau tegasnya Junjungan hanya menyediakan makanan untuk sehari setengah sahaja.
Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh
NASIHAT KE 24:LAKSANAKAN 4 PERKARA
Pertama:Hendaklah anda menilai dan mengukur
perhubunganmu dengan Tuhanmu.Perhatikan perlakuan dan layanan pekerja atau
orang bawahanmu denganmu yang anda merasa senang dengannya.Demikian juga apa
yang anda tidak suka tentangnya hambamu yang majaz (yang
hakikatnya dia adalah makhluk Allah juga sepertimu).Oleh itu janganlah anda
bertindak sebagaimana pekerjamu itu ketika anda berhubung dan berinteraksi
dengan Tuhanmu kerana Dia adalah Tuan yang memilikimu.Kedua:Segala tindakan anda terhadap orang lain hendaklah didahului dengan mengukur tindakan itu sekiranya terkena keatas diri anda sendiri.Justeru itu apa yang anda suka orang lain melakukan keatas diri anda maka laksanakanlah yang sedemikian itu keatas orang lain.Ini disebabkan iman seseorang hamba Allah itu tidak akan sempurna sehingga dia mencintai seluruh manusia apa-apa yang disukai keatas dirinya sendiri.
Ketiga: Apabila anda mempelajari sesuatu ilmu atau menelitinya secara mendalam biarlah ilmu itu dapat memperbaiki dan menyuci jiwa anda.Demikian juga seandainya anda mengetahui bahawa usia anda hanya tinggal seminggu lagi,pasti anda tidak sibuk belajar ilmu feqah yang sibuk berkhilafiah.Anda juga dalam keadaan seperti itu tidak akan sibuk belajar teori akhlak dan ilmu kalam untuk berdebat semata-mata.
Dalam keadaan seperti ini anda akan sibuk dengan muraqabah hati anda sendiri dengan mempelajari sifat-sifat kejernihan jiwa dan berpaling dari urusaqn dunia yang melalaikan.Ketika itu anda sibuk mengisi hati anda dengan cinta Allah,beribadat kepadaNya dan menghiaskan diri dengan sifat-sifat mahmudah.
Wahai anakku yang tercinta ! Dengarlah nasihatku dengan teliti mudah-mudahan anda berada di jalan keselamatan.
Cubalah anda fikirkan sekiranya seorang sultan hendak melantikmu menjadi menteri besarnya seminggu lagi.Beritahukan kepadaku apakah yang anda akan lakukan dalam tempoh seminggu itu ? Sudah tentu dalam masa seminggu itu anda akan melakukan apa sahaja yang disukai oleh sultan itu.
Maka sekarang cuba anda fikirkan baik-baik apa yang telah aku katakana tadi kerana anda adalah seorang yang cerdas kefahamannya dan perkataan yang sedikit sudah cukup bagi seorang yang bijak.Rasulullah SAW bersabda:
ان الله لا ينظر الي صوركم ولا الي اعمالكم ولكن ينظر الي قلوبكم ونياتكم
Mafhumnya:”Sesungguhnya
Allah tidak memandang kepada paras rupa anda dan amalan anda yang zahir tetapi
Dia Maha Melihat dan Menilai keadaan hati dan niat anda.”Seandainya anda ingin memperdalamkan hal-hal yang berkaitan dengan hati maka hendaklah anda merujuk kepada kitab Ihya` ‘Ulum al-Din dan yang lainnya daripada hasil nukilanku.
Ilmu yang berkaitan dengan penyucian jiwa adalah termasuk dalam ilmu-ilmu fardhu ‘ain dan yang lain daripadanya adalah ilmu fardhu kifayah,kecuali sekadar anda belajar hokum-hukum yang berkenaan dengan kesempurnaan mengerjakan kefardhuan yang diwajibkan.Mudah-mudahan Allah memberi tawfiq kepadamu dengan menghasilkan ilmu dari jenis itu.
Keempat: Janganlah anda menghimpunkan harta benda dunia lebih banyak daripada cukup makan setahun seperti apa yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW bagi sebahagian daripada isteri-isterinya dan Junjungan SAW bersabda:
اللهم اجعل قوت ال محمد كفافا Mafhumnya: Ya Allah jadikanlah makanan keluarga Muhammad hanya secukupnya sahaja.
Junjungan Nabi SAW tidak menyediakan makanan untuk keperluan setahun keluarganya,atau tegasnya Junjungan hanya menyediakan makanan untuk sehari setengah sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan