PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU)
NASIHAT KE 25:PENUTUP DAN DOA
Wahai anakku,sesungguhnya aku telah tuliskan dalam warkah ini apa-apa yang dikau inginkan.Sewajarnya dikau melaksanakan isi kandungannya dan janganlah dikau melupaiku dalam doa-doamu.Ambillah doa ini dan amalkan selepas sholatmu.
اللهم اني اساءلك من النعمة تمامها ومن العصمة دوامها ومن الرحمة شمولها ومن العافية حصولها ومن العيش ارغده ومن
العمر اسعده ومن الاحسان اتمه ومن الانعام اعمه ومن الفضل اعذبه ومن اللطف اقربه اللهم كن لنا ولا تكن علينا
Maksudnya:Ya Allah aku memohon daripadaMu ni’mat yang paling sempurna,pemeliharaan yang berkekalan,rahmat yang menyeluruh,kesihatan yang berhasil,kehidupan yang mudah,umur yang berbahagia,ihsanMu yang paling sempurna,keni’matan yang menyeluruh,kelebihan yang paling lazat dan kelembutanMu yang paling hampir.Ya Allah jadilah Dikau pembela kami dan bukannya penghukum kami.
اللهم اختم لنا بالسعادة اجالنا وحقق بالزيادة امالنا واقرن بالعافية غدونا واصالنا واجعل الي رحمتك مصيرنا ومالنا واصبب سجال
عفوك علي ذنوبنا ومن علينا باصلاح عيوبنا واجعل التقوي زادنا وفي دينك اجتهادنا وعليك توكلنا واعتمادنا
Maksudnya:Ya Allah tamatkanlah ajal kami dengan kebahagiaan dan limpahkanlah kepada kami yang lebih baik daripada apa yang kami harapkan dan iringilah kehidupan pagi dan petang kami dengan kesihatan serta jadikanlah kesudahan hidup kami dan kemuncak cita-cita kami untuk memperolehi rahmat dan redhaMu.Ya Allah curahkanlah kemaafanMu kepada kami seperti hujan yang lebat yang menyucikan dosa-dosa kami dan kurniakanlah kepada kami ni’matMu yang memperbaiki segala keaiban kami serta jadikanlah taqwa itu sebagai bekalan kami dan kurniakanlah kesungguhan kepada kami untuk memperjuangkan agamaMu dan jadikanlah tawakkal dan pegangan kami hanya dengan Dikau Ya Allah.
اللهم ثبتنا علي نهج الاستقامة واعذنا في الدنيا من موجبات الندامة يوم القيامة وخفف عنا ثقل الاوزار وارزقنا عيشة الابرار واكفنا واصرف عنا شر الاشرار واعتق رقابنا ورقاب اباءنا وامهاتنا واخواننا واخواتنا من النار برحمتك يا عزيز يا غفار يا كريم يا ستار يا عليم يا جبار يا الله يا الله يا الله برحمتك يا ارحم الراحمين ويا اول الاولين ويا اخر الاخرين وذاالقوة المتين ويا راحم المساكين ويا ارحم الراحمين لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين وصلي الله علي سيدنا محمد واله وصحبه اجمعين
الحمد لله رب العالمين
Maksudnya:Ya Allah tetapkanlah kami berada diatas jalan istiqamah dan lindungilah kami didunia ini daripada melakukan perkara-perkara yang mengakibatkan penyesalan kami di hari qiamat nanti dan ringankanlah bebanan dosa-dosa kami dan kurniakanlah kepada kami kehidupan sebagai hamba-hambaMu yang baik dan jauhkanlah kejahatan orang-orang yang durjana keatas kami dan lepaskanlah leher-leher kami,ibubapa kami serta seluruh saudara-saudara kami baik lelaki mahupun perempuan daripada belenggu api neraka jahannam.Semuanya itu dengan berkat rahmatMu.Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Mengampuni,Maha Pemurah serta yang menutup keaiban kami.Wahai Tuhan Yang Mengetahui lagi Maha Perkasa,Ya Allah Ya Allah Ya Allah dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,Wahai Tuhan Maha Terawal dan Yang Maha Terkemudian.Wahai Tuhan Yang Mempunyai kekuatan yang amat kukuh Wahai Tuhan Yang Mengasihi orang miskin,Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,Tidak ada Tuhan Yang Layak Disembah melainkan Dikau Maha Suci Engkau sesungguhnya aku ini termasuk dikalangan orang yang menzalimi diri sendiri.
Karya Imam Abu Hamid
al-Ghazzali rh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan