Catatan Popular

Rabu, 21 November 2012

RISALATUL MURID (9): SENTIASA DALAM TAHARAH (HABIB ABDULLAH AL HADDAD TOKOH TAREKAT BA’ALAWI)

Sentiasa Dalam Taharah

Setiap murid hendaknya sentiasa didalam taharah (wudhu). Setiap kali berhadas, hendaknya segara berwudhu lalu sembahyang dua rakaat. Sekiranya dia mempunyai isteri dan dia bersetubuh, maka hendaklah dia segera mandi janabah (mandi bersih) pada masa itu juga supaya dia tidak terus menerus dalam keadaan junub (kotor).

Keterangan:

“Islam dibangunkan berlandas Kesucian (kebersihan) Jasmani dan Rohani supaya dapatmencapai Akhlak yang Mulia seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah saw dimana setiapmurid yang ingin mencapai Akhlak yang Mulia disisi Allah Taala harus mencontohi Rasulullah saw kerana beliau saw senantiasa didalam kebersihan dengan taharah (wudhu).

Hikmah taharah (wudhu) sebenarnya adalah sebagai pendinding bagi sesiapa yang
bertaharah (berwudhu) dengan sempurna semata-mata untuk Allah Taala kerana selalu
merasa ingin mengadap kepadaNya samada didalam Hak Waktu ataupun diluar Hak Waktu.
Bila wudhu seseorang sempurna berlandaskan hukum syariat dan sejalan dengan niatnya
insyallah maka akan sempurnalah wudhunya.
Bila wudhunya benar dan hatinya benar makainsyallah sholatnya benar. Untuk mengetahui samada wudhu dan sholatnya sempurna hendaklah melihat samada segala perintah dan larangan Allah Taala dapat dilaksanakan dengan ringan dan mudah. Begitu juga sekiranya murid mempunyai isteri maka digalakkan untuk segera mandi janabah pada masa itu supaya sentiasa didalam taharah (wudhu).
Hikmahnya adalah supaya bila ajal datang menjemputnya maka berada didalam taharah”.
Supaya seorang murid itu sentiasa didalam taharah, hendaklah dia mengurangi makan danmengurangi minum, sebab orang yang banyak makan dan minum selalu didatangi hadas dan apabila selalu sangat berhadas, tentulah akan menyusahkannya untuk mengekalkan dirinya didalam taharah setiap masa. Selain itu, mengurangi makan juga akan membantunya bangunditengahmalam untuk beribadat, sedang amal ditengahmalam itu adalah sangat sangat dituntutdan digalakkan.
Keterangan:

“Salah satu cara untuk mengekalkan (bertahan) taharahnya hendaklah kurang makan dan minum. Bila kurang makan dan minum, maka akan kurang ke tandas (untuk membuang hajat) dengan cara ini dapat mengekalkan taharahnya. Selain dari itu mengurangkan makan dan minum dapat membantu untuk beribadat diwaktu malam yang dituntut dalam Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw”.

Seorang murid hendaknya tidak makan kecuali diwaktu lapar dan tidak tidur kecuali sudahmengantuk, tidak berbicara kecuali diwaktu perlu dan tidak bercampur-gaul dengan orangramai kecuali dalam percampur-gaul itu ada faedah.

Keterangan:

“Dilarang juga kepada murid supaya jangan makan kecuali sudah lapar dan tidak tidur kecuali sudah mengantuk. Sekiranya dia tidak merasa lapar dan ingin makan menunjukkan dia terpengaruh dengan syahwatnya. Begitu juga, tidak tidur kecuali sudah mengantuk. Bila perbuatan ini diamalkan selalu akan membawa kepada kemalasan. Dilarang kepada murid supaya tidak bercakap kecuali pada waktu dan masa yang perlu sahaja dan tidak bercampurgaul dengan orang ramai kecuali dalam pergaulan itu mendatangkan faedah. Bila perbualan itu mengandungi maksiat hendaknya lekas-lekas hari dari campur-gaul. Sekirannya dia kekalkan juga campur-gaul akan mengundang perbuatan dosa sedangkan itu bukan matmalatnya. Setiap murid yang dalam proses penyucian batin hendaklah menerapkan caracara ini supaya dapat menjauhi permainan nafsu syahwatnya”.

Sesiapa yang suka makan banyak, hatinya akan menjadi keras seperti batu dan ketika itu segala anggotanya akan merasa berat dan malas untuk beribadah.
Banyak makan akan menarik kamu kepada banyak tidur dan banyak cakap. Apabila seseorang banyak tidur dan banyak cakap menunjukkan segala kehendak dan cita-citanya akan menjadi gambaran, semata-mata angan-angan sahaja bukan hakikat.

Dalam sebuat hadits tersebut;

“Tiada suatu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (untuk menahan kelaparan). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah dibahagi tiga, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk pernafasan”

Tiada ulasan: