Catatan Popular

Khamis, 29 November 2012

KITAB USUL DIRI (SIRi 7) : SEMASA TUHAN DALAM LA TA’AYUN


Di katakan bahawa Allah s.w.t itu mempunyai perbezaan dengan sekalian makhluknya, tujuan ulamak ilmu Ketuhanan memperkenalkan sifat ini ialah untuk membezakan di antara DiriNya dengan makhluk ciptaanNya

Soalan:
Semasa Tuhan dalam La Ta'ayun, Adakah Dia memiliki sifat-sifat Salbiyah?

Jawapan:
Semasa zaman La Ta'ayun Dia sudah bersifat Salbiyah, jika Dia tidak mempunyai sifat tersebut maka Dia adalah lemah kerana sifat itulah menunjukkan Dia Tuhan

Soalan:
Adakah nama yang lain kepada sifat Salbiyah tersebut?

Jawapan:
Nama yang lain kepada sifat Salbiyah tersebut juga di namakan Asmaul Adhom iaitu sifat keagunganNya

Soalan:
Mengapa sifat salbiyah itu di khususkan kepada Dirinya sahaja?

Jawapan:
Jika sifat Salbiyah itu ada pada makhluk maka sudah tentu makhluk bersifat Tuhan, maka ia adalah mustahil

 
Soalan:
Di mana mustahilnya sedangkan sifat Wahdaniyah itu berada pada kumpulan sifat Iftiqar Allah s.w.t?

Jawapan:
Walaupun sifat Wahdaniyah itu berada pada kumpulan sifat Iftiqar akan tetapi segala pergerakkan makhluk itu pada dasarnya adalah datang daripada sifat ke Esaan Tuhan bukan sifat daripada makhluk secara mutlak
Soalan:
Mengapakah sifat Nafsiyah itu masih di panggil sifat, pada hal Dia bukannya sifat?

Jawapan:
Sebab Dia di panggil sifat ialah kerana ia tidak di maksudkan kepada Nafsiyah akan tetapi ia di tujukan kepada wujudNya sahaja, bukan pada istilah DiriNya

Soalan:
Apakah perhubungan sifat Nafsiyah dengan sifat Salbiyah?

Jawapan:
Perhubungan di antara dua sifat itu adalah perhubungan yang mutlah (wajib) kerana ia menunjukkan ke Agungan Tuhan, ertinya kedua sifat tersebut tidak boleh bercerai

Soalan:
Mengapa ia di namakan Salbiyah?

Jawapan:
Sebab di namakan Salbiyah ialah kerana ia merupakan dasar atau tulang belakang ke Agungan Tuhan, tanpa sifat tersebut maka ia tidak boleh di namakan Tuhan, ertinya sifat yang menafikan Dirinya menyamai makhluk

Soalan:
Ada berapakah jumlah sifat Salbiyah tersebut?

Jawapan:

Sifat Salbiyah itu ada sejumlah lima sifat iaitu sifat Qidam,Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala lilhawadis, Qiyamuhu Binafsih dan Wahdaniyah

Tiada ulasan: