Catatan Popular

Sabtu, 17 November 2012

RISALATUL MURID (3) : TAUBAT (HABIB ABDULLAH AL HADDAD)

Taubat

Langkah pertama yang harus dilalui oleh setiap murid dalam menuju kepada Allah Taala ialah dengan bertaubat kepada Allah Taala dengan sebenar benarnya taubat daripada segala dosa. Jika ada sesuatu hak orang lain dalam simpannya yang telah dizaliminya pada masa lalu, maka haruslah dikembalikan pada pemilik hak jika barangnya masih ada. Jika barangnya sudah tidak ada haruslah diganti dengan lain ataupun dipohon dari pemiliknya untuk dihalalkan.

Sebab orang (murid) yang masih bergantung zimmatnya (menanggung hak orang) dengan hak orang lain tidak berkemungkinan dapat menuju ke jalan Allah Taala.

“Habib Abdullah AlHaddad menjelaskan bahwa bertaubat harus dilakukan pada semua murid murid yang ada keinginan untuk menuju kepada Allah swt dengan taubat yang benar, mengandungi maksud “dengan penuh keinsafan dan ikhlas atas taubatnya itu”.

Keterangan:

“Sekiranya ada didalam simpanannya atau sudah dihilangkan atau sudah dijualnya tanpa
pengetahuan pemiliknya hendaklah di kembalikan sekiranya masih ada. Sekiranya sudah tidak ada harus diganti. Sekiranya tidak berkemampuan hendaklah memohon maaf pada pemiliknya supaya menghalalkannya sekiranya pemilik itu setuju. Kalau tidak, maka mahu atau tidak harus digantikan, tidak ada jalan lain.

Terjebaknya seseorang melakukan demikian adalah seperti berikut:

1. Suka menjadi Pak Sanggup: Pada permulaannya ada niat yang bersih untuk menolong pada pemilik samada untuk di simpan atau untuk diperbaiki barang kepunyaan pemilik itu.

2. Niat bersih bertukar: Pada suatu masa datanglah niat si pak sanggup itu bertukar kerana desakkan kehidupan yang sempit sehingga sanggup menjual atau mengadai barang kepunyaan pemilik itu tanpa pengetahuan pemilik sebenar. Kerana didalam kiraannya, dia sanggup mengantikan atau menebus balik barangan itu semula pada masa tertentu.

3. Hati yang kotor: Bila sudah tidak dapat mengembalikan barang kepunyaan pemilik, hatinya bertukar menjadi kotor hingga sanggup buat tak tahu yang dia ada menerima sesuatu barangan yang bukan kepunyaannya yang harus dikembalikan walaupun berdepan dengan pemilik yang sebenar tanpa segan silu dan perasaan takut.

4. Tiada ketakutan dalam hatinya:

Pertama, Allah Maha Mengetahui akan sikap si pak sanggup itu yang tidak akan dapat mengembalikan barangan kepunyaan pemilik sebenar tetapi Tuhan mengizinkan juga kerana ada kemungkinan datang pada pak sanggup itu sifat tahu memilih untuk menjadi seorang yang amanah didalam perjanjiannya.

Kedua, oleh kerana cetek ilmu pengetahuan agama maka si pak sanggup itu tidak dapat menilai mana yang baik, mana yang buruk dimana ada tertanam didalam hatinya bahwa bila ada rezki akan dikembalikannya.

Ketiga, si pak sanggup lupa dan tidak tahu bahwa dia tidak mempunyaikeupayaan dan kuasa untuk mengembalikan barangan itu hanya bersandar kepada rezki yangakan datang tanpa berusaha untuk membuat sesuatu tapi hanya duduk dan mengharap aje.

Keempat, maka Tuhan menghinanya kerana tidak mahu berusaha untuk mengembalikan
barang kepunyaan pemilik kerana hatinya tidak ada perasaan takut kepada pemilik baranganitu. Bila sudah ada sifat tidak takut pada pemilik walaupun berdepan dengan pemilik, itumenunjukkan bahwa hakikatnya si pak sanggup tidak takutkan Tuhannya, itupun kalau dia ada Tuhan”.

“Habib Abdullah juga menyebut tentang perjalanan murid menuju kepada Tuhan tidak
berkemungkinan sampai kepada Tuhan selagi ada menanggung hak orang lain. Terpulanglah kepada Tuhan untuk menghakimi hambanya samada dibenarkannya untuk meneruskan perjalan hambanya atau tidak. Ini tergantung pada sihamba samada ketidak sanggupan yang sebenar yang di alami dirinya, keikhlasan hati, bertaubat sebenarnya, mempunyai perasaanmalu dan takut pada pemilik barang, berjanji dengan Tuhan tidak akan mengulangi sikapnya untuk menjadi pak sanggup pada masa akan datang dan menjaga hatinya supaya dibersihkan semula”.

Syarat taubat yang sah ialah menyesali diri atas segala dosa yang lalu dengan sebenar benar penyesalan serta berazam kuat tidak akan buat lagi dosa selama masih hidup termasuk jangan berdetik (cita cita) untuk melakukan dosa kerana perbuatan itu akan merosakkan taubatnya yang sebenar dan tidak diterima oleh Allah Taala.

Keterangan:

“Kita harus memahami apa itu Taubat dan apa kesan sampingannya. Bagaimana cara untuk bertaubat yang berkesan pada hati?Apabila taubat itu berkesan maka akan datang
pertolongan dari Tuhan untuk membantu dan mengingatkan kita dari melakukan perbuatan mungkar pada masa yang mendatang.

Taubat yang sebenarnya adalah suatu perbuatan yang datang dari hati untuk mengucapkan PENGAKUAN pada Tuhan beserta dengan PENYESALAN atas perbuatan perbuatan yang lalu. Apa itu PENGAKUAN, iaitu bersumpah kepada Allah Taala. PENYESALAN adalah PERASAAN KEINSAFAN yang datang dari lubuk hati seorang hamba beserta RASA IKHLAS.

Bagaimana RASA IKHLAS datang? MENYEDARI dirinya tidak ada kuasa dan kemampuan untuk membuat sesuatu walau sebesar zarrah sekalipun. MENYEDARI dirinya dimiliki Tuhanyang menjadikannya. MENYEDARI dirinya dihidupkan dan akan dimatikan oleh Tuhannya.

MENYEDARI perbuatan dirinya akan dihadapkan pada Tuhan untuk ditimbangkan segala amalan-amalannya kelak. Dari mana datangnya MENYEDARI? Itu adalah perbuatan Allah Taala pada hambanya yang hendak diselamatkan dari Api Neraka”.
“Sekiranya kita faham akan keterangan diatas itu ada mengandungi beberapa perkara yang mudah dan juga berat supaya jangan mempermainkan seperti berikut:

1. PENGAKUAN adalah BERSUMPAH PADA ALLAH TAALA.
2. PENYESALAN adalah PERASAAN KEINSAFAN.
3. RASA IKHLAS adalah MENYEDARI.

Bila ketiga perkara ini dapat difahami dan dilakukan barulah Taubat itu Insyallah berkesan pada diri kita”.
Setiap murid harus mengakui dirinya bersifat cuai dan lalai dalam menunaikan hak hak Tuhanyang wajib atas dirinya. Apabila rasa kesalan atas kecuaian dan kelalaian, maka hati akan berpatah hati dan menyesal mengenangkan diri yang malang. Maka ketahuilah ketika itu Allah akan bersama sesuai dengan firmanNya dalam sebuah Hadis Qudsi;

“Aku sentiasa berada bersama sama orang yang berpatah hatinya kerana AKU”

Keterangan:

“Sila rujuk keterangan diatas; untuk mengakui akan sifat yang sering cuai, lalai dan malas atas perintah Tuhan yang diwajibkan pada diri, hendaklah dilakukan dengan adab dan
melaksanankan panduan tersebut sebaik-baiknya. Dengan berwudhu dan selesai shalat
berdoalah kepada Tuhan dan mengakulah didepan pintuNya dan mohonlah bantuan dariNya”.

Tiada ulasan: