Catatan Popular

Rabu, 5 Julai 2017

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KEDUAPULUH : PADA MENYATAKAN [TENTANG UNTUNGNYA] ZUHUD



OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

MAKNA ZUHUD

Ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekelian] bahawasanya zuhud itu [maknanya ialah] benci [engkau] akan dunia dan berpaling [engkau] daripadanya.

Dan berkata[lah] setengah ulama, [makna zuhud itu] iaitu [engkau] meninggalkan kesenangan dunia kerana menuntut [engkau] akan kesenangan [di] akhirat [nanti].

Dan berkata [pula] sesetengah [ulama] yang lain, [bahawasanya makna zuhud itu ialah engkau] menyimpankan [sesuatu daripada keperluan seharian engkau] atas kadar yang sangat berhajat [engkau kepadanya] daripada barang[-barang] yang diyakinkan akan hal[ pemilikan engkau akan]nya.

Dan berkata [pula] setengah [ulama] yang lain, [bahawa makna zuhud itu ialah engkau] meninggalkan [pada] menuntut [dan mecari-cari sesuatu] yang tiada ada [pada engkau] hingga[kan] habis barang yang [sudah tentu] ada [pada engkau].


KELEBIHAN ZUHUD

Dan bahawa zuhud itu [ialah salah] satu [daripada] kelakuan[-kelakuan] hati yang dipuji [oleh syarak] yang mensebabkan ia akan [mendapat] kasih [sayang] Allah Taala dan [kasih sayanag daripada] sekelian manusia akan orang yang bersifat dengan dia.

Hadith 83. Kerana [telah ber]sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,.
ertinya, “zuhud[lah] oleh mu pada dunia nescaya kasih akan dikau oleh Allah Taala, dan zuhud[lah] oleh mu pada barang yang [ada] di tangan manusia daripada dunia nescaya kasih akan dikau oleh manusia”.

Adalah zuhud itu terjadi[nya] ia [dan terwujud] kerana [seseorang itu terlebih dahulu mempunyai] ilmu [tentang hakikat zuhud itu sendiri].

Kerana [itulah] firman Allah Taala,
ertinya, “dan berkata oleh mereka yang diberikan akan ilmu, celaka kamu, bermula pahala Allah Taala lebih baik bagi mereka yang beriman dan beramal ia akan amal yang soleh daripada barang yang diberikan akan Qarun di dalam dunia ini [...]”.

Telah menerangkan Allah Taala di dalam ayat ini bahawasanya zuhud itu setengah daripada faedah bagi ilmu.

Dan ketahui oleh mu bahawasanya zuhud itu [ada] beberapa pangkat.

1. Pangkat yang pertama, bahawa zuhud ia pada ketika hatinya cenderung kepada dunia tetapi bersungguhn-sungguh ia pada melawan akan hatinya [itu].

Pangkat ini bukan zuduh tetapi permulaan bagi zuhud.

2. Pangkat yang kedua, bahawa liar hatinya daripada dunia.

Dan tiada cenderung ia kepadanya kerana mengetahui akan bahawasanya tiada biasa menghimpun akan dunia dan akhirat.

Maka murah hatinya dengan meninggalkan dunia itu kerana mengetahui ia akan bahawasanya akhirat itu lebih baik daripada dunia.

Seperti murah hati mereka yang membeli akan permata yang indah dengan seringgit sekalipun kasih ia akan wang yang seringgit itu.

Dan itu zuhud yang lebih rendah.

3. Dan pangkat yang ketiga bahawa tiada cenderung hatinya kepada dunia dan tiada liar daripadanya.

Bahkan adanya dan tiadanya bersamaan keduanya pada sisinya.

Dan adalah harta benda pada sisinya seperti air dan perbendaharaan Allah Taala [itu] seperti laut.

Maka tiada berpaling hatinya kepadanya kerana gemar atau kerana liar.

Dan bermula ini zuhud yang lebih sempurna dan yang lebih tinggi daripada yang kedua kerana yang benci akan sesuatu berbimbang ia dengan semacam dengan yang kasih akan dia.

Kerana ini tatkala mencela akan dunia oleh beberapa laki-laki pada sisi Robi’ah Al ‘Adawiyyah berkata ia bagi mereka itu, “jika tiada cemarnya hati kamu nescaya tiada mencela kamu akan dia”. Intaha.

Dibawa kepada Siti Aisyah radhiyallahu anhuma seratus ribu dirham maka tiada liar ia daripadanya tetapi membahagi-bahagi ia akan dia semuanya pada hati itu [juga] tiada ada tinggal di sisinya sesuatu.

Maka berkata khadamnya baginya, “jika engkau beli dengan satu dirham akan daging yang berbuka puasa engkau atasnya?

Maka menjawab ia, “jika engkau peringat akan daku tadi nescaya memperbuata oleh aku akan dia”.

Maka ini pangkat terkaya dan ia lebih sempurna daripada pangkat zuhud.

Dan ketahui oleh mu bahawasanya sebab bagi zuhud itu tiga perkara,

1. Yang pertama, takut akanapi neraka.

Dan iaitu zuhud sekelian yang takut.

2. Yang kedua, gemar pada nikmat akhirat.

Ini lebih tinggi daripada yang pertama.

Dan zuhud yang terjadi daripadanya zuhud sekelian yang harap.

Dan bermula ibadah serta harap lebih afdhal daripada ibadah serta takut kerana harap itu melazimkan ia akan kasih.

3. Yang ketiga, dan iaitu yang lebih tinggi bahawa adalah sebab bagi zuhud itu membesarkan diri daripada berpaling kepada yang lain daripada Allah Taala.

Kerana membersihkan hati daripadanya dan menghinakan akan barang yang lain daripada Allah Taala.

Dan itu zuhud sekelian arifin.

Dan bahawasanya zuhud yang lebih sempurna [ialah] zuhud pada tiap-tiap yang lain daripada Allah Taala pada dunia dan pada akhirat.

dan kurang daripadanya zuhud pada dunia sahaja samada harta atau kemegahan atau bersedap-sedap atau lainnya.

Dan kurang daripada ini zuhud pada harta sahaja. Tiada kemegahan dan lainnya.

Atau zuhud pada setengah perkara tiada pada yang setengah yang lain.

Dan yang akhir ini sedho’if-dho’if zuhud kerana kemegahan itu lebih lazat dan lebih diingini daripada harta. Maka zuhud padanya lebih utama.

Dan bahawasanya perbezaan antara zuhud dan fakir.

Bahawasanya zuhud itu terasing ia daripada dunia kerana taat serta kuasa ia atasnya.

Adapun jika terasing engkau daripada dunia pada ketika gemar engkau padanya maka itu dinamakan fakir (papa) tiada ia [dinamakan] zuhud tetapi ada bagi fakir itu kelebihan atas kaya.

Hadith 84. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,
ertinya, “masuk syurga sekelian fakir umat ku dahulu daripada sekelian yang kaya daripada mereka itu dengan lima ratus tahun”.

Dan pada satu riwayat dengan empat puluh tahun.

Maka ditanggungkan riwayat lima ratus tahun itu atas mendahului fakir atas gemar pada dunia.

Dan [manakala] riwayat empat puluh tahun itu atas mendahului fakir yang loba atas yang kaya yang loba.

Menyebut akan dia oleh Al Imam Al Ghazali di dalam IHya Ulumuddin.

Hadith 85. Dan bersembah oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallamnm,
ertinya, “hai Allah, hidupkan oleh Mu akan daku miskin dan matikan oleh Mu akan daku miskin”.

Dan wafat oleh Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam pada ketika baju besinya tergadai pada sisi Yahudi kerana hutangnya sebab nafkah ahlinya.

Dan ketahui oleh mu bahawasanya fakit itu jika ada ia terpada dengan barang yang diberi akan dia dan tiada ada ia loba pada menuntut harta maka pangkatnya hampir daripada pangkat orang yang zahid.

Hadith 86. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,
ertinya, “bermula syurga [itu] bagi mereka yang Islam dan adalah kehidupannya sekadar memada ia”.

Tetapi hanya sanya besar pahala fakir itu jika ia sabar dan redha dan memadakan ia akan yang ada.

Dan bermula sabar atas kepapaan itu adalah ia permulaan bagi zuhud.

Dan tiada sempurna zuhud dan lainnya melainkan dengan sabar.

Maka hendaklah menyebut hamba akan bab sabar kemudian daripada bab zuhud.


Tiada ulasan: