Catatan Popular

Rabu, 5 Julai 2017

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KELAPAN BELAS : PADA MENYATAKAN [TENTANG UNTUNGNYA] TAUBAT



OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

Ketahui oleh mu bahawasanya taubat itu permulaan jalan bagi sekelian yang menjalani akan jalan akhirat dan anak kunci bagi tuah sekelian murid.

Dan bahawasanya taubat itu wajib ia dengan bersegera daripada segala dosa sekalipun dosa kecil.

Dan melambatkan taubta itu satu dosa yang lain pula sekalipun berpuluh-puluh tahun.

Bersalahan bagi muktazilah yang berkata mereka itu dengan berbilang-bilang dosa melambatkan taubat itu dengan sebab panjang masa tetapi berlebih kurang besarnya dengan berlebih kurang panjang masa melambatkan itu.

Dan berhajat ia kepada taubat daripada maksiat melambatkan itu seperti wajib ia taubat daripada maksiat yang pertama.

Kemudian jika mengetahui ia akan segala dosanya atas tafsil nescaya wajib atasnya taubat daripada semuanya dengan satu-satu.

Dan tiada memada oleh satu taubat sahaja bagi segala dosa itu.

Dan jika tiada teringat ia akan tafsil segala dosanya maka hendaklah ia berkata, “jika ada bagi aku dosa yang tiada akan ketahui akan dia maka aku taubat daripadanya kepada Allah Taala”.

Dan bahawasanya diri taubat itu satu ibadah yang dijanjikan akan pahala kerananya.

Adapun hilang seksa kemudian daripada taubat maka iaitu diserahkan kepada Allah Taala.

Telah berfirman Allah Taala,ertinya, bahawasanya Allah Taala kasih Ia akan sekelian yang banyak [ber]taubat”.[Surah Al Baqarah Ayat 222]

Dan firman Nya,ertinya, “dan taubat oleh kamu kepada Allah Taala sekelian amu hai sekelian yang beriman”.[Surah An Nur Ayat 31]

Hadith 75. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam, ertinya, “orang yang taubat daripada dosa [sama] seperti mereka yang tiada berdosa”.

Hadith 76. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam [lagi],
ertinya, “hai yang mana-mana manusia, [ber]taubat[lah] oleh kamu kepada Allah Taala, maka bahawasanya aku [ber]taubat kepada Nya pada satu hatu seratus kali [taubat]”.

Hadith 77. Dan sabdanya [sollallahu alaihi wasallam],
ertinya, “bahawasanya Allah Taala yang maha mulia lagi yang maha besar menerima Ia akan taubat hamba selama [mana hamba itu] belum sampai ruhnya kepada halkumnya”.

Hadith 78. Dan sabdanya [sollallahu alaihi wasallam],
ertinya, “barangsiapa taubat ia sebelum naik matahari daripada tempat lenyapnya nescaya menerima Allah Taala akan taubatnya”.

Dan ketahui oleh mu bahawasanya makna taubat pada lughah [ialah] kembali dan pulang.

Dan pada syarak barangyang berhimpun padanya tiga rukun,

1. Pertama, menyesal atas mengerjakan maksiat kerana Allah Taala.

Maka tiada sah taubat mereka yang tiada menyesal atau menyesal ia tiada kerana Allah Taala seperti menyesal ia kerana bala yang turun atasnya disebabkan maksiat itu.

2. Dan yang kedua, meninggalkan akan maksiat yang taubat ia daripada.

Maka tiada sah taubat mereka yang meninggalkan ia akan maksiat yang [telah] taubat ia daripadanya.

3. Dan yang ketiga, mencita-cita atas ketiadaan kembali ia kepada umpama maksiat yang taubat ia daripadanya.

Maka tiada sah taubat mereka yang tiada mencita-cita atas ketiadaan kembali kepada umpama maksiatnya itu.

Ini jika maksiat itu tiada meninggalkan fardhu dan tiada bergantung dengan manusia.

Adapun jika ada dosanya itu meninggalkan umpama fardhu sembahyang maka wajib pula atasnya mengqadha segala fardhu yang luput itu.

Dan jika ada maksiat itu bergantung dengan manusia seperti mencuri harta orang maka disyaratkan memulangkan ia akan harta itu atau gantinya kepada empunyanya atau minta halal ia daripadanya dengan tafsil pada mazhab kita [Asy] Syafie.

Bersalahan pada mazhab Imam Malik, memada minta halal dengan ijmal dan ada padanya keluasan.

Maka jika tiada kuasa ia memulangkannya dan tiada menghalalkan oleh empunyanya maka hendaklah bersungguh-sungguhn ia pada mengikhlaskan taubatnya dan memohonkan kepada Allah Taala mudah-mudahan menjadikan ia akan yang empunya harta itu redha pada hari kiamat.

Dan setengah daripada syarat itu ketiadaan sampai ruh kepada halkum dan ketiadaan naik matahari dari sebelah barat.

Seperti yang tersebut pada dua hadith yang lalu.

Dan apabila sempurna segala syarat dan rukun taubat itu nescaya sah ia dan tak dapat tiada daripada diterima akan dia.

Kerana firman Allah Taala,
ertinya, “dan Allah Taala jua yang menerima Ia akan taubat daripada hamba Nya”.

Dan bermula doa dengan menerima taubat seperti,

ertinya, “hai Allah terima oleh mu akan taubat ku”.

Dan adalah ia kerana ketiadaan diyakinkan akan cukup segala syarat itu.

Inilah perkataan Abu Al Hasan Al Asy’ari.

Dan berkata Imam Al Haramain dan Al Qadhi, “bahawasanya diterima taubat itu dengan zan jua”.

Dan bermula khilaf ini pada taubat orang Islam.

Adapun taubat kafir dengan masuk Isalm maka diterima akan dia dengan putus dengan dalil yang putus dengan ittifaq ulama kerana firman Allah Taala,
ertinya, “berkata oleh mu bagi mereka yang kafir, jika berhenti mereka itu daripada kufur dengan masuk Islam nescaya diampuni bagi mereka itu akan barang yang terdahulu daripada segala dosa mereka itu”.
[Surah Al Anfal Ayat 38]

Dan Ketahui oleh mu bahawasanya yang menegah daripada taubat itu isror ertinya tetap mengerjakan maksiat.

Dan adalah sebab bagi isror itu lima perkara,

1. Yang pertama, bahawasanya seksa yang dijanjikan itu bertangguh.

Dan tabiat manusia itu bermudah-mudah ia dengan barang yang tiada tunai maka ubatnya bahawa berfikir ia.

Supaya mengetahui ia akan bahawasanya tiap-tiap barang yang akan datang itu hampir ia.

Dan yang jauh itu barang yang tiada seperti yang telah lalu.

Dan bahawasanya mati itu lebih hampirkan ia kepada seseorang daripada tali sepatunya.

Dan tiada mengetahui ia adakah hari ini akhir umurnya.

Kemudian berfikir ia betapa penat ia bekerja seperti kerja sawah kerana takut ketiadaaan makanan pada tahun hadapan.

Maka seperti menanggung ia akan penat bekerja kerana hendak melepaskan lapar tahun di muka seperti itu menyegar akan ia akan tubuh kerana melepaskan seksa pada masa yang akan datang.

Kerana lapar itu pun bertangguh juga dan seksa api neraka lebih pedih daripada lapar itu.

2. Yang kedua, sukar meninggalkan kesedapan dan keinginan.

Dan ubatnya bahawa berfikir ia bahawasanya jika doktor yang kafir menyebut baginya akan air sejuk penting bagi penyakitnya dan memberi mudharat oeh air sejuk itu akan dia nescaya meninggalkan ia akan air sejuk itu sekalipun bersangatan ingin ia kepadanya maka hendaklah mengetahui ia akan bahawasanya Allah Taala dan Rasul Nya lebih benar daripada doktor itu.

Dan seksa api neraka lebih pedih daripada mudharat kasakitan yang disebabkan [oleh] air sejuk itu.

Dan menetapkan ia di dalam hatinya akan bahawasanya apabila sukar atasnya meninggalkan kesedapan dan keinginan pada masa yang sedikit maka betapa tiada sukar atasnya menanggung akan seksa api neraka dan atas luput nikmat syurga?

3. Yang ketiga, menangguh ia akan taubut itu sehari lepas sehari.

Dan berkata ia selagi akan taubat oleh aku pada masa yang akan datang.

Dan taubat itu di dalam kekuasan aku.

Dan ubatnya bahawa fikir ia dan mengetahui ia akan bahawasanya umurnya tiada di dalam kekuasaannya.

Dan boleh jadi mati ia dengan terkejut sebelum ia taubat.

Tambahan lagi jika sukar atasnya meninggalkan keinginannya pada masa sekarang nescaya pada masa yang aakn datang lebih sukar ia.

Dan jika adalah menanti akan hari yang mudah atasnya pada hari itu melawan nafsunya maka iaitu hari yang belum dijadikan akan dia.

Adalah bandingannya seperti seorang yang mengkehendaki ia mencabut pohon kayu dan lemah ia daripadanya kerana kuat akarnya.

Maka menangguhkan ia kepada tahun yang akan datang.

Dan mengetahui ia akan bahawasanya pokok kayu itu bertambah besar dan bertambah kuat akarnya dan ia bertambah tuan dan [bertambah] lemah dan yang demikian itu sehabis-habis jahil.

4. Yang keempat, bahawa menjanjikan ia akan dirinya dengan kemurahan Allah Taala dan maafnya dan ini sehabis-habis bodoh.

Kerana harap ia akan kelepasan pada ketika tiada menjalani ia akan jalannya.

Dan yang demikian itu tiada biasa seperti seperti tiada biasa berlayar perahu pada daratan.

Hadith 79. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,
ertinya, “bermula orang yang berakal [itu ialah] mereka yang menghisab ia dan menghinakan ia dan mengerasi ia akan dirinya (ertinya menjadikan ia akan dirinya mengikut perintah tuhan Nya) dan beramal ia bagi barang yang kemudian daripada mati, dan bermula orang yang lemah yang taksir ia pada segala pekerjaan mereka yang memperikutkan ia akan dirinya akan keinginan (maka tiada menegah ia akan dia daripada yang diharamkan) dan mencita-cita ia atas Allah Taala akan segala angan-angan”.

Maak serta taksirnya pada mengerjakan taat dan serta mengikutnya akan keinginan tiada ia bersedia dan tiada ia taubat.

Bahkan mencita-cita ia atas Allah Taala akan ampunnya dan maafnya dan akan masuk syurga serta mengekalkan ia atas maksiat dan meninggalkan ia akan taubat.

Dan berkata Said Ibnu Jubai rahimahullah Taala, “bermula kelalaian dengan Allah bahawa berpanjangan oleh seseorang laki-laki dengan mengerjakan maksiait dan mencita-cita ia atas Allah Taala akan ampun [Nya]”.

Dan ketahui oleh mu bahawasanya dosa kecil itu jadi besar ia dengan beberapa sebab,

1. Yang pertama, bahawa membilang kecil ia akan dia dan menghinakan ia akan dia.

Maka tiada perduli ia akan dia dan tiada dukacita ia dengan sebabnya.

2. Yang kedua, sukacita ia dengan dia dan bermegah-megah ia dengan dia.

3. Yang ketiga, bahawa bermuda-mudah ia dengan menutupi Allah Taala atasnya dan menyangka ia akan bahawasnya kerana mulianya pada sisi Allah Taala dan tiada mengetahui ia akan bahawasanya ia dimurkai Allah Taala.

4. Dan yang keempat, bahawa mengerjakan ia akan dia dengan terang-terangan dan menzahirkan ia akan dia dan menyebut ia akan dia kemudian daripada mengerjakan ia akan dia.

Hadith 80. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,
ertinya, “tiap-tiap umat aku dimaafkan daripada (tiada dosa bagi mereka itu) melainkan yang berterang-terangan dengan maksiat (tiada dimaafkan daripada mereka itu) adn setengah daripada menzahirkan dan menerangkan maksiat itu bahawa mengerjakan oleh [se]seorang pada malam akan [sesuatu] pekerjaan yang jahat kemudian masuk ia pada masa pagi-pagi pada ketika menutupi Allah Taala akan dia maka berkata ia, aku [telah] kerjakan semalam begian-begian, dan sesungguhnya telah bermalam ia menutui akan dia oleh tuhannya dan berpagi-pagi ia membuka ia akan penutup Allah Taala daripadanya dengan memasyhurkan dosanya”.

5. Yang kelima, bahawa keluar dosa kecil itu daripada orang yang alim yang diikuti akan dia.

Maka yang demikian itu dosa besar ia kerana bahawasanya berkekalan ia kemudian daripada matinya.

Hadith 81. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,
ertinya, “barangsiapa berjalan ia pada Islam akan jalan jahat nescaya adalah atasnya dosanya dan dosa mereka yang mengerjakan akan dia kemudiannya daripada ketiadaannya kurang daripada segala dosa mereka itu oleh sesuatu”.

Dikehendaki dengan berjalan itu menyerupai ia dengan perbuatan atau dengan perkataan atau menolong ia atasnya atau diiukti akan dia atasnya.

Dan firman Allah Taala,
ertinya, “menulis oleh Kami akan barangyang mendahulukan oleh mereka itu daripada segala amal kebaikan dan kejahatan dan segala bekas mereka itu”.
[Surah Yasin Ayat 12]

Dikehendaki dengan segala bekas itu barang yang menghubungi ia daripada segala amal kemudian daripada selesai pekerjaan dan yang mengerjakan.

Tatkala adalah yang membangkitkan atas taubat itu takut akan Allah yang keluar ia daripada pengenalan nescaya memperiringkan oleh hamba akan menyatakan takut maka hamba berkata.

Tiada ulasan: