Catatan Popular

Rabu, 5 Julai 2017

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KELIMABELAS : PADA MENYATAKAN [TENTANG BAHAYANYA] MEMBESARKAN DIRI



OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

MAKNA MEMBESARKAN DIRI

Ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekelian] bahawasanya [makna] membesarkan diri itu [ialah] bahawa melihat ia akan dirinya lebih [besar] daripada orang yang lain pada [besarnya] sifat kesempurnaan [yang ada di dalam dirinya] dan melihat ia akan orang yang lain itu lebih hina [dan lebih kecil sifat kesempurnaannya] daripada[ diri]nya.

Maka ia [adalah dikira antara] setengah daripada segala [macam] sifat kecelaan yang di dalam hati [seseorang] dan [adalah ia dikira] sebesar-besar maksiat yang [ter]sembunyi [dan tidak kelihatan oleh mata yang kasar].

Telah berfirman Allah Taala,

ertinya,maka sejahat-jahat [dan seburuk-buruk] oleh tempat ketetapan [yang disediakan kepada] sekelian yang membesarkan diri [itu] iaitu api neraka jahannam”.

Hadith 66. Dan bersabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam pada barang yang menceritakan ia akan dia daripada tuhannya yang maha mulia,ertinya, “ketinggian itu [adalah] selindang Ku dan kebesaran itu [adalah] kain Ku maka barangsiapa [di antara mahkluk-makhluk Ku yang] mencabut dan merebut ia akan Daku akan [salah] satu daripada keduanya nescaya Aku [akan] campakkan dia ke dalam api neraka jahannam dan tiada Aku peduli [apa yang berlaku kepadanya]”.


Bermula itu [ialah seseorang itu] meninggi[kan hatinya] atas [orang] yang lain [daripadanya] dengan bahawa melihat ia bagi dirinya [mempunyai sifat-sifat] kemuliaan [yang tinggi dan yang lebih] atas [kedudukannya daripada] orang yang lain.

Dan عظمة itu [adalah] keadaan sesuatu [yang ada] pada dirinya [yang dia merasakan dirinya lebih besar ke]mulia[annya daripada orang lain] lagi [lebih] sempurna lagi [lebih] terkaya [daripada orang lain].

Maka [sifat] yang pertama [itu] lebih tinggi [kecelaannya] daripada [sifat] yang kedua kerana [adalah] ia [sifat yang pertama otu menjadi] kesudahan bagi [sifat] yang kedua.

Kerana itu dimisalkan [dan dicontohkan sifat] yang pertama [itu] dengan selindang [yang dipakaikan di atas bahu untuk menunjukkan ketinggiannya] dan [diumpamakan sifat] yang kedua dengan kain yang dipakai[kan] dipinggang [untuk menunjukkan kebesarannya].

Adalah makna hadith ini [menunjukkan] bahawasanya keduanya [adalah] dua sifat yang [menjadi] ketentuan dengan Allah Taala [semata-mata yang mana] tiada patut keduanya [diberikan kepada makhluk] melainkan [hanya ditentukan] bagi Allah Taala [semata-mata].

Maka barang siapa [yang] membesarkan dirinya maka seolah-olah[nya] ia merebut akan sifat tuhan.

Maka patut [benarlah] bahawa dilemparkan akan dia ke dalam api neraka [dan tidak dipedulikan apakah yang berlaku kepadanya].

Hadith 67. Dan bersabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, tiada masuk ke dalam syurga oleh [se]seorang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada membesarkan diri”.

Dan seperti adalah membesarkan diri itu kelakuan yang dicela.

Demikian juga sebaliknya adalah merendah diri itu kelakuan yang dipuji oleh syarak.

Hadith 68. Kerana sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “tiada menambah oleh Allah akan hamba dengan sebab memaafkan kesalahan orang lain melainkan akan kemuliaan dan tiada merendah diri oleh sesorang kerana Allah Taala melainkan meninggikan akan dia oleh Allah Taala”.

Hadith 69. Dan sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “barangsiapa meninggalkan ia akan memakai pakaian yang elok kerana merendah diri kerana Allah pada ketika kuasa ia atasnya nescaya menyeru akan dia oleh Allah Taala pada hari kiamat atas kepala sekelian makhluk hingga memberi pilih ia daripada barang mana segala hullah iman mengkehendaki ia memakai ia akan dia”.

Dikehendaki dengan menyeru atas kepala sekelian makhluk bahawa memasyhurkan akan dia oleh Allah Taala antara sekelian manusia dan bermegah-megah Allah Taala dengan dia.

Dan makna hullah itu dua helai kain yang baru (selindang dan kain yang dipakai dipinggang).

Dan hanyasanya adalah membesarkan diri itu sangat besar dosanya hingga tiada masuk syurga mereka yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripadanya kerana ada di bawahnya tiga macam daripada kekejian yang besar,

1. Merebut sifat yang tertentu dengan Allah Taala seperti yang tersebut pada hadith yang terdahulu.

2. Mengingkarkan yang seebnar dan menghinakan manusia.

Hadith 70. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya,bermula membesarkan diri itu perbuatan mereka yang meolak ia akan yang sebenar dan mengingkarkan ia akan dia dan menghinakan ia akan manusia”.

3. Bahawasanya membesarkan diri itu sebab bagi meninggalkan segala sifat kepujian kerana orang yang membesarkan diri itu tiada kuasa ia kasih bagi manusia akan barang yang kasih ia bagi dirinya.

Dan tiada kuasa ia merendah diri dan tiada kuasa ia meninggalkan marah dan dengki dan berlemah lembut pada memberi nasihat dan meninggalkan riya.

Pendeknya tiada ada kelakuan yang dicela melainkan mengerjakan akan dia oleh orang yang membesarkan diri dan tiada ada kelakuan yang dipuji melainkan meninggalkan ia akan dia.

Dan ketahui oleh mu bahawasanya ubat membesarkan diri itu bahawa mengetahui manusia yang membesarkan diri itu akan hakikat dirinya.

Dan bahawasanya permulaannya [daripada] air mani yang binasa (kemuruk).

Dan kesudahannya bangkai yang keji.

Dan ia pada antara demikian itu menanggung akan tahi.

Dan bahawasanya asalnya ketiadaan kemudian dijadikan akan asalnya daripada tanah kemudian dijadikan akan dia sendiri daripada air mani kemudian daripada darah kemudian daripada seketul daging.

Dan tiada ada baginya pendengar dan tiada pengetahuan.

Dan tiada penglihat dan tiada hidup dan tiada kekuatan.

Kemudian dijadikan baginya segala yang tersebut.

Dan bahawasanya mengerasi akan dia oleh penyakit.

Terkadang sakit ia dengan tergagah dan lapar ia dengan tergagah dan dahaga ia dengan tergagah.

Dan kadang mengkehendaki ia akan mengetahui sesuatu maka jadil ia akan dia.

Dan mengkehendaki ia akan melupakan sesuatu maka ingat ia akan dia.

Dan mengkehendaki ia mengingat akan sesuatu maka lupa ia akan dia.

Dan benci ia akan sesuatu maka memberi manfaat ia akan dia.

Dan ingin ia akan sesuatu maka memberi mudharat ia akan dia.

Kemudian kesudahannya mati dan hisab.

Maka jadilah ia daripada isi neraka.

Maka anjing dan babi lebih baik daripadanya.

Maka kerana apa membesarkan ia akan dirinya dan ia hamba yang hina yang lemah.

Dan betapa patut membesarkan diri bagi mereka yang membasuh tahi dengan tangannya tiap-tiap hari dan menanggung akan dia selama-lama.

Tiada ulasan: