Catatan Popular

Rabu, 5 Julai 2017

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KEEMPATBELAS : PADA MENYATAKAN [TENTANG BAHAYANYA] KASIH AKAN DUNIA



OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

MAKNA DUNIA

Ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekelian] akan [perkara yang akan disebutkan ini] bahawasanya [yang] dikehendaki dengan dunia itu [ialah] tiap-tiap barang yang [ada] di atas muka bumi [ini] daripada segala yang diingini dan [dari[ada] segala yang sedap-sedap dan [daripada] segala mata benda yang ingin akan dia oleh nafsu dan loba [serta tamak] ia atas[ mendapatkan]nya.

Dan [bermula] kemegahan itu [adalah] setengah daripada [bahagian-bahagian] dunia [yang] dua macam daripada segala ba[ha]gi[an]-ba[ha]gi[an] dunia.

Atau bahawasanya dunia itu [adalah] tiap-tiap barang yang tiada memberi manfaat [kepada engkau] kemudian daripada mati [engkau nanti].

Dan [makna] akhirat itu [ialah] tiap-tiap [sesuatu] yang memberi[kan] manfaat [kepada engkau] kemudian daripada mati [engkau] sekalipun ada ia [terdapat] di dalam dunia [ini] seperti ilmu dan ibadah dan seperti makanan yang menolong atas mengerjakan ibadah.

Dan bahawasanya kasih [engkau] akan dunia itu [termasuk salah satu sifat] kelakuan yang dicela oleh syarak.

Dan adalah ia [menjadi] kepala bagi segala kesalahan [yang dilakukan oleh manusia].

Telah berfirman Allah Taala ,ertinya, “maka adapun mereka yang melampaui akan yang harus kepada yang haram dan memilih ia akan hidup dunia dengan mengikut keinginan yang diharamkan [itu] maka bahawasanya [disediakan baginya] api neraka jahannam itu ia [menjadi] tempat kediamannya”.[Surah An Naziat Ayat 37-39]

Hadith 62. Dan [ber]sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “jika [sekiranya] ada[lah harga] dunia [dan seisinya] itu menyamai pada sisi Allah Taala [dengan harga] sebelah sayap nyamuk [maka] nescaya tiada memberi minum Ia akan [orang] kafir daripadanya sekali[pun seteguk] minum air”.

Hadith 63. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam, rtinya, “bermula dunia itu [adalah ia menjadi] penjara [yang mengongkong] bagi [kebebasan] orang[-orang] yang beriman dan [sebaliknya dunia itu adalah ia menjadi] syurga [yang bebas melakukan apa sahaja] bagi orang[-orang] yang kafir”.

Hadith 64. Dan bersabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam, ertinya, “dunia itu ditinggalkan akan dia dan [di]jauhkan akan dia dan ditinggalkan [akan dia] dan dijauhkan [akan] barang yang [ada] di dalamnya melainkan [yang tidak dijauhkan akan dia dan yang tidak ditinggalkan akan dia ialah] zikrullah dan barang yang kasih [serta sayang] Allah Taala akan dia daripada segala [perbuatan-perbuatan yang] taat [kepada Allah Taala dan Nabi Muhammad] dan orang yang alim [yang mengajarkan ilmu agama kepada orang lain] dan [orang] yang belajar ilmu [agama yang ingin mendapat manfaat daripada ilmu agama yang dipelajarinya itu]”.

Dan ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekelian] bahawasanya seperti adalah [yang diterangkan sebelum ini bahawa] dunia itu dicela [akan dia maka] demikian[lah] juga adalah ia [boleh bertukar menjadi tempat] perhumaan [dan pertanian] bagi akhirat.

Selagi [nanti akan] mengetam engkau pada [hari] akhirat akan barang yang engkau tanam[kan ia] di dalam dunia [dahulu] daripada segala amal[-amal perbuatan] yang baik[-baik].

Adalah ia tempat mencari bekal perjalanan yang sangat panjang iaitu perjalanan ke negeri yang kekal.

Kerana firman Allah Taala, ertinya, “menuntut bekal oleh kamu maka bahawasanya sebaik-baik bekal bagi perjalanan akhirat itu menjunjung perintah Allah Taala dan menjauhkan akan larangannya”.[Surah Al Baqarah Ayat 197]

Dan tiada binasa melainkan mereka yang melalaikan akan dia oleh dunia daripada akhirat dan melupakan akan dia oleh segala kesedapannya daripada perjalanannya.

Seperti seorang yang musafir di dalam hutan dengan orang ramai.

Maka melihat ia buah-buahan di dalam hutan itu.

Maka bersungguh-sungguh ia memakan buah-buahan itu hingga ketinggalan ia daripada kawannya maka sesat ia dan menerkam akan dia oleh binatang yang buas.

Dan ketahui oleh mu bahawasanya barangsiapa menyangka ia akan badannya berlumur dengan dunia dan hatinya kosong dan bersih daripadanya nescaya telah menipu akan dia oleh syaitan.

Hadith 65. Kerana sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam, ertinya, “hanyasanya bandingan [orang] yang mempunyai dunia seperti [dia] berjalan pada air, adakah kuasa yang berjalan pada air bahawa tiada basah oleh dua tapak kakinya?”.

Dan diceritakan daripada Saidina Ali karramallahu wajhah, ertinya, “yang halal daripada dunia itu sebab bagi dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dan yang haram daripadanya sebab bagi seksa dengan api neraka”.

Dan diriwayatkan bahawasanya melihat oleh Nabi Isa alaihis salam akan dunia pada rupa perempuan yang tua yang sangat huduh [yang mana] atasnya daripada tiap-tiap perhiasan maka bersabda ia baginya,berapa orang suami yang telah berkahwin engkau akan mereka itu? Maka menjawab dunia itu, tiada dapat aku menghingga mereka itu, maka bersabda ia, adakah mentalak mereka itu akan dikau atau mati mereka itu daripada engkau? Maka berkata ia, bahkan aku punah[kan] sekelian mereka itu, maka bersabda Nabi Isa alaihis salam, tercengang aku bagi sekelian suami engkau yang tinggal, betapa tiada mengambil teladan mereka itu dengan sekelian suami engkau yang dahulu”.


Tiada ulasan: