Catatan Popular

Rabu, 5 Julai 2017

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KESEMBILAN BELAS : PADA MENYATAKAN [TENTANG UNTUNGNYA] KHAUF



OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

ERTINYA TAKUT AKAN ALLAH TAALA

MAKNA TAKUT

Ketahui[lah] oleh mu bahawasanya takut itu pedih hati dan sakit ia dengan sebab yang dibenci pada masa yang akan datang.

Dan terkadang adalah takut itu kerana dosa.

Dan terkadang ada ia kerana mengenal sifat Allah Taala.

Dan yang kedua ini lebih sempurna daripada yang pertama kerana bahawasanya orang yang mengenal akan Allah Taala tak dapat tiada takut ia akan dia.

Kerana inilah berfirman Allah Taala,
ertinya, “hanya sanya [yang paling] takut akan Allah Taala daripada segala hamba NYA oleh sekelian orang alim”.

Dan bahawasanya [perasaan] takut itu [timbul] mengikut [kepada] pengenalan [kepada sesuatu dan] barangsiapa banyak pengenalannya [terhadap sesuatu maka] nescaya banyak[lah] takutnya [kepada sesuatu itu].

Dan barangsiapa sedikit pengetahuannya [kepada sesuatu maka] nescaya sedikit[lah] oleh takutnya [kepada sesuatu itu].

Kerana [banyak sedikit pengetahuan seseorang terhadap sesuatu] ini[lah maka] bersabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,
ertinya, “aku lebih takut akan Allah Taala [berbanding] daripada kamu”.

[Maka jangan nak mengada-ngada nak buat sesuatu lebih daripada apa yang aku buat.]

Kerana adalah Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam [itu] lebih banyak pengetahuannya [berbanding] daripada orang lainnya.

Dan bahawasanya takut itu [adalah salah] satu kelakuan yang dipuji [oleh Islam].

Telah menghimpunkan oleh Allah Taala akan empat perkara bagi sekelian yang takut akan Allah Taala.

1. Pertama, pertunjuk.

2. Dan kedua, rahmat.

3. Dan ketiga, pengetahuan.

4. Dan keempat, redha daripadanya oleh Allah Taala.

Kerana [berpandukan kepada] firman Allah Taala,

ertinya, “pertunjuk dan rahmat bagi sekelian mereka yang takut akan tuhan mereka itu”.[Surah Al A’raf Ayat 154]

Dan firman Nya,
Yang telah terdahulu [ayatnya dan ertinya].

Dan firman Nya [lagi],
ertinya, “telah redha Allah Taala daripada mereka itu dan redha mereka itu daripada NYA, yang demikian itu bagi mereka yang takut akan tuhannya”.
[Surah Al Bayyinah Ayat 8]

Dan ketahui[lah] oleh mu akan bahawasanya [engkau dapat] menghasilkan takut itu dengan dua perkara :

1.. Pertama, dengan pengetahuan dan pengenalan.

Maka mereka yang mengetahui ia akan kebesaran Allah Taala dan akan terkaya NYA daripada segala makhluk [NYA akan takut kepada Allah Taala].

Dan [mengetahui ia] akan bahawasanya menjadikan IA akan syurga dan api neraka [itu untuk menjadi balasan kepada mereka yang taat dan mereka yang derhaka] dan [menjadikan IA] akan [siapakah] penduduk [yang mendiami] bagi [antara] keduanya.

Dan tiada mengetahui ia akan bahawasanya adakah ia [termasuk di dalam] penduduk syurga atau [dia termasuk di dalam] penduduk api neraka.

Maka tak dapat tiada daripada [merasa] takut ia akan Allah Taala [dengan sebab pengetahun dan pengenalan ini].

2. Dan yang kedua, dengan memandang kepada sekelian mereka yang takut [kepada Allah] dan menilik [ia] akan [bagaimanakah] kelakuan mereka itu dan mendengar [apakah] perkhabaran mereka itu [tentang takut kepada Allah Taala].

Banding[an]nya [sama] seperti [seorang] kanak-kanak [yang] tiada takut ia akan ular kerana tiada mengetahui ia akan bahawasanya ular itu [boleh] mensebabkan [ia jatuh kepada] kebinasaan.

Bersalahan [pula] bapa bagi budak itu [maka] takut ia akan ular kerana mengenal ia akan mudharat dengan sebab dipatuk itu ular.

Tetapi apabila melihat kanak-kanak itu akan ayahnya [yang] takut akan ular dan lari [ia] daripadanya dan gementar badannya kerana [mengetahui ia akan mudharat] ular itu nescaya mengikut [kanak-kanak itu] akan ayahnya pada ketakutannya dan merasa ia di dalam hatinya akan takut [seperti mana takut ayahnya] sekalipun tiada ada ia mengetahui akan sifat [mudharat] ular [itu].

Dan ketahui[lah] oleh mu bahawasanya takut itu [bolehlah diibaratkan] seperti cemeti yang menghalau ia akan hamba kepada [berusaha mendapatkan] tuah akhirat.

Tetapi tiada sayugia [ia] bahawa [jika] berlebih-lebihan ia hingga membawa kepada putus asa [ia] daripada rahmat Allah Taala kerana yang demikian itu dicela [pada agama Islam].

Bahkan apabila bersangatan takutnya [itu maka] hendaklah mencampur[kan] ia akan dia dengan [meng]harap[kan] akan rahmat Allah Taala.

Dan sayugia[lah ia] bahawa lebih kuat takut daripada harap selama ada ia mengerjakan dosa.

Adapun orang yang taat yang tiada ada maksiatnya maka sayugia sama banyak oleh takutnya dan harapnya.

Seperti Saidina Umar radhiyallahu anhu berkata ia, “jika diseru, hendaklah masuk syurga sekelian makhluk kecuali seorang laki-laki nescaya aku takut bahawa adalah aku demikian itu laki-laki, dan jika diseru, hendaklah masuk api neraka oleh sekelian makhluk kecuali seorang laki-laki nescaya aku harap bahawa adalah aku demikian itu laki-laki”.

Dan adapun apabila hampir ia akan mati maka bermula harap dan baik sangka dengan tuhannya lebih utama baginya.

Hadith 82. Kerana sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,
ertinya, “jangan mati [salah] seorang [daripada] kamu pada satu kelakuan daripada segala kelakuan melainkan pada kelakuan membaikkan ia akan sangka dengan Allah Taala”.

Dengan bahawa harap ia akan rahmat dan maaf Allah Taala kerana pada ketika hampir mati itu tiada ada faedah bagi takutnya.

Dan bahawasanya harap tu menyalahi ia akan cita-ciat dengan bahawasanya harap itu bergantung hati dengan yang digemari pada hasilnya pada masa akan datang serta berusaha ia pada sebab bagi hasilnya seperti mereka yang menajak ia akan sawah dan menanam ia padanya akan padi maka harap ia akan mendapat padi pada ketika mengetam.

Dan bahawasanya cita-cita itu bergantung hati dengan yang tersebut dengan tiada berusaha pada menghasilkan yang digemari itu seperti mereka yang mencita-cita ia akan mendapat padi dengan tiada menanam padi atau mencita-cita ia akan mendapat anak dengan tiada ia berkahwin.

Kerana perbezaan tersebut berfirman Allah Taala,
ertinya, “bahawasanya mereka yang beriman dan mereka yang berpindah daripada negeri kufur kepada negeri iman dan bersungguh-sungguh mereka itu pada meninggikan agama Allah Taala [dan] bermula mereka itu harap akan rahmat Allah Taala dan Allah Taala amat pengampun lagi amat kasih sayang”.

Dan bahawasanya faedah bagi harap itu gemar pada menuntut akan yang diharapnya.

Dan faedah bagi takut itu gemar pada lari daripada yang ditakut[i nya] itu.

Dan barangsiapa harap ia akan sesuatu nescaya menuntut ia akan dia.

Dan barangsiapa takut akan sesuatu nescaya lari ia daripadanya.

Dan sekurang-kurang pangkat takut itu barang yang mensebabkan ia akan meninggalkan dosa dan akan berpaling daripada dunia.

Dan barangyang tiada mensebabkan akan yang demikian itu maka ia perkhabaran hati bukan takut.

Bahkan bermula takut itu apabila sempurna ia nescaya mensebabkan ia akan zuhud daripada dunia.

Maka sekarang menyebut hamba akan zuhud dan maknanya.


Tiada ulasan: